Nayraish | 3

48.2K 2.9K 174
                                    

AISH terjaga dari tidurnya apabila mimpi buruk datang menghantuinya. Nafasnya tercungap-cungap. Air mata yang mengalir membasahi pipinya dikesat. Kerana inilah dia tidak suka tidur.

Masih jelas di ingatannya tentang peristiwa yang membuatkan hidupnya berubah menjadi gelap. Bukan sekali tetapi dua kali peristiwa yang serupa terjadi padanya.

"Anak umi, Ayan... Jaga diri baik-baik. Tolong jaga Ahan dan walid untuk umi..." Suara terakhir arwah uminya terngiang-ngiang di fikirannya.

Ketukan pintu bilik membuatkan Aish tersedar dari lamunannya. Selepas menunaikan solat Subuh tadi dia hanya termenung di atas katilnya. Sedar tidak sedar sudah jam 7:30 pagi ketika itu.

"Ayan, jom turun makan," ajak Ariq di sebalik pintu bilik tidur itu.

Tanpa banyak bunyi, Aish turun ke bawah untuk makan bersama keluarganya. Kelihatan semua orang sudah berada di meja makan kecuali dirinya.

"Morning abang Ayan!" sapa adik tirinya, Atiya.

Aish hanya angkat kening kanan tanda menyapa sebelum dia mengambil tempat duduk di sebelah Ariq. Sedikit pun dia tak menoleh ke arah walid yang merenungnya.

"Restoran kamu berdua okey ke?" tanya Tuan Affan sekadar basa basi. Sudah lama dia tak berbual dengan anak-anaknya itu.

"Alhamdulillah, semua okey walid," jawab Ariq bagi pihak Aish. Maklumlah, hubungan Tuan Affan dan Aish terlalu dingin.

"Baguslah tu."

"Ayan, makanlah banyak-banyak. Ibu masakkan special untuk Ayan tau," ucap ibu tirinya, Puan Nurul.

"Terima kasih ibu," balas Aish sopan.

Walaupun pada awalnya dia tidak dapat menerima wanita itu sebagai ibu tirinya, namun akhirnya terbuka juga hatinya setelah melihat ketulusan Puan Nurul menjaga mereka seperti anak kandung sendiri.

"Ayan..." Kunyahan Aish terhenti apabila Tuan Affan memanggil nama panggilan manjanya itu. Panggilan yang diberikan oleh arwah umi mereka.

"Ayan tak nak jadi seperti dulu lagi ke?" Mendengar pertanyaan itu, Aish diamkan diri lama.

"Ayan, I'm talking to you." Sedikit tegas nada suara Tuan Affan apabila Aish tidak menyahut.

"Apa maksud walid?" Aish tatap wajah serius walidnya seketika. Ingin bertatapan mata lama pun dia tak sanggup.

"Impian Ayan, Ayan tak nak cuba lagi ke?" Tuan Affan cuba memancing Aish dengan pertanyaan itu.

"Tak. Ayan dah happy dengan kerja Ayan yang sekarang," jawab Aish perlahan walaupun bohong.

"Ahan..." Tuan Affan memanggil nama manja anak keduanya pula.

"Ya walid?" sahut Ariq sambil menatap wajah walidnya itu.

"Betul ke apa Ayan cakap tu?"

"Haah walid, Ayan happy sebab ada Ahan di sisi dia hehe," Ariq menjawab lalu tersenyum comel. Dia cuba yang terbaik agar hubungannya dengan walid kekal baik.

Tuan Affan anggukkan kepala sekali. Aish hairan kerana sudah lama walidnya itu tak berbicara dengannya apatah lagi memanggil nama Ayan. Ayan singkatan Rayhan dan Ahan singkatan Farhan.

Hanya dirumah saja, Aish dan Ariq mengelar diri mereka Ayan dan Ahan manakala jika di luar rumah mereka mengelar diri sebagai Ray dan Far. Nama itu cukup istimewa sehinggakan mereka tidak ingin orang luar tahu tentang nama manja mereka itu.

𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷

PINTU masuk Musical Cafe dibuka lalu Nayra melangkah masuk. Langkahnya terhenti apabila melihat Khairul duduk di sebuah kerusi yang selalu dia duduki setiap kali dia singgah di kafe itu.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now