Nayraish | 7

39.9K 2.6K 677
                                    

TIBA di depan bilik wad Aish, kelihatan tiga orang jejaka yang duduk di luar pintu bilik wad tersebut. Nayra terus menyembunyikan sejambak bunga tulip di belakang badannya.

"Awak okey?" soal Ziyad tatkala melihat kehadiran Nayra di sana. Harith dan Ariq turut menoleh ke arahnya.

Nayra angguk sekali. Kepala setia menatap lantai. Dia gugup ada dekat dengan lelaki.

"Ray dah sedar tapi mungkin dia tidur semula," ujar Ariq sambil bersilang tangan ke dada. Dia bersimpati dengan Nayra kerana dia sudah mendengar kisah sebenar dari Ziyad.

"Dia halau kitaorang tadi. Kami paksa dia makan tapi dia tak nak, alasannya leher dia sakit," kata Harith pula.

"Padahal perut dia tu dari tadi berbunyi," sambung Ziyad pula. Nampak sangat kawannya itu memilih makan!

"Pergilah masuk."

"Boleh ke?" Melihat Ariq mengangguk, Nayra buka pintu bilik itu perlahan. Pintu dibiarkan saja terbuka luas.

Dia menghampiri katil wad Aish itu. Kelihatan Aish masih tertidur pulas. Nayra duduk di kerusi yang tersedia sebelah katil Aish namun jauh jaraknya. Bunga tulip itu diletakkan di atas meja berhampiran.

Wajah tampan Aish direnung. Entah mengapa Nayra rasa tenang. Dia selesa berada di dekat lelaki itu tetapi tidak dengan lelaki lain. Mungkin kerana dia percaya lelaki itu?

Aish yang perasan dirinya direnung mula membuka kelopak matanya lalu dia menatap wajah Nayra yang sedang merenungnya sedalam lautan itu. Nayra masih lagi hanyut dalam lamunannya.

Terkedu Aish dibuatnya. Tahulah muka tu cantik, tak payah tengok dia macam tu. Aish berdehem seketika sebelum bersuara.

"Dah puas tatap wajah handsome aku?"

"Eh? Bila awak bangun?" soal Nayra sedikit terkejut. Lekas dia larikan pandangan.

"Buat apa kat sini?" soal Aish kembali dengan riak wajah serius.

"Saya nak lawat awak sebab saya punca tercedera." Gugup Nayra berbicara tanpa menatap mata Aish. Dia hanya cuba beranikan diri.

"Kau pun cedera." Aish tatap wajah Nayra yang lebam itu dengan perasaan simpati.

"Tapi tak teruk sangat," tipu Nayra. Jujur, dia tak dapat tidur dengan lena semalaman kerana rasa sakit dan takut.

"Ni bunga untuk awak." Nayra segera mengubah topik, bunga tulip itu pun bertukar tangan.

"Kau bagi aku bunga?" Terserlah lesung pipit di kedua pipi lelaki itu. Namun lekas Aish kawal senyumannya.

"Ni tanda maaf dan terima kasih saya sebab awak dah selamatkan saya semalam." Tanpa lelaki itu, mungkin Nayra akan lebih trauma dan akan mengurung diri buat selamanya.

"Thank you walaupun aku tak suka bunga."

"Kenapa awak tak makan?" soal Nayra agak hairan melihat makanan yang masih tak dijamah di atas meja.

"Makanan hospital ni tak sedap." Selamba Aish mengutuk. Tak selera sungguh dia nak menjamu selera.

"Awak nak makan apa? Saya boleh belikan." Nayra berdiri dari duduknya. Namun lekas Aish menghalang dia pergi.

"Takpa. Nanti aku suruh Far masakkan untuk aku."

"Far? Farhana ke? Siapa tu? Girlfriend awak ke?" soal Nayra sedikit tergugat entah kenapa.

"Farhan, bukan Farhana. Far tu adik kembar tak seiras aku."

"Oh."

Mereka berdiam diri seketika. Kekok pula rasa. Pertemuan mereka terlalu mendadak dan kurang menyenangkan untuk dikenang.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now