Nayraish | 67

46K 2.3K 821
                                    

AISH menghentikan keretanya di depan rumah milik Tuan Affan. Dia membukakan pintu penumpang depan untuk Nayra. Setelah Nayra keluar, dia memegang erat tangan Nayra lalu dituntun ke arah bonet kereta untuk mengambil beg pakaian mereka.

"Assalamualaikum!" sapa Nayra sebaik sahaja masuk ke rumah Tuan Affan.

"Waalaikumsalam. Kak Nayra!" sapa Atiya dengan girangnya.

Dia memutuskan pegangan tangan Nayra dan Aish sebelum dia memeluk erat tubuh kakak iparnya itu. Aish yang melihat perbuatan mereka itu mula merasa pelik. Dulu bukan main bergaduh.

"Sejak bila pula korang ni berbaik?" soal Aish sambil mengaru kepalanya.

"Dah lama. Kitaorang selalu berchat tau," kata Atiya dengan sengihan. Aish hanya tersenyum tipis. Syukurlah jika mereka sudah berdamai.

"Ehh Nayra." Puan Nurul yang baru tiba dari dapur menyapa.

"Ibu apa khabar?" soal Nayra sambil menyalami tangan ibu mertuanya itu. Aish juga turut bersalam.

"Khabar baik. Nayra dah sembuh?"

"Alhamdulillah sudah."

"Akak tahu tak Tiya nangis tau waktu tahu akak dah takda." Adu Atiya sambil merangkul lengan Nayra.

"Yeke macam tipu je?"

"Betul! Tiya sedihlah. Rasa menyesal pula sebab pernah cari gaduh dengan akak hari tu," kata Atiya dengan manjanya. Berkat Nayra sering menghubungi, hubungan mereka makin baik.

"Elelee yelah tu." Nayra hanya tergelak kecil. Dia bersyukur kerana Atiya sudah lebih matang daripada sebelum ini.

"Malam ni tidur dekat sini kan?" soal Puan Nurul.

"Haah bu, dah lama tak menginap dekat sini."

"Baguslah tu. Tak juga sunyi rumah ni nanti."

"Ayan..." sapa Tuan Affan dengan senyuman lebarnya.

"Walid.." Aish segera menyalami tangan walidnya itu.

"Hello brother and sister!" Tegur Ariq dengan cerianya. Dia bahagia kerana abang dan kakak iparnya itu bersatu semula.

Nayra hanya tersenyum kepada Ariq. Dia berterima kasih kepada adik iparnya itu kerana Ariq banyak membantu dalam hubungan mereka. Dia juga bersyukur kerana Ariq telah menjagakan Aish selama mereka berpisah dulu.

"Hey bro!" sapa Aish lalu mereka melagakan bahu masing-masing sebelum Ariq mengucup kedua belah pipi abangnya itu.Aish hanya mampu pasrah,nasib baik sayang adik.

Aish merangkul leher adiknya itu dari sisi sambil tergelak kecil. Selalunya mereka berempat tapi sekarang hanya mampu berdua. Sempat juga dia mengusutkan rambut Ariq. Ariq hanya pasrah diperlakukan seperti itu.

"Jom kita berborak dekat luar," ajak Tuan Affan kepada dua anak lelakinya itu.

"Okay." Ariq pun memeluk tubuh abangnya itu lalu dibawa ke luar rumah bersama Tuan Affan.

Nayra terhibur melihat karenah kembar tak seiras yang comel itu. Syukurlah masih ada Ariq sebagai kawan baik Aish juga.

"Nayra.." Nayra menoleh ke arah Puan Nurul.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now