Nayraish | 60

37.6K 2.2K 833
                                    

TIBA di restoran miliknya, Aish mula melakukan kerjanya dengan hati yang girang. Dia terlalu gembira sehinggakan dia telah melupakan bahawa kebahagiaan itu tidak kekal lama.

Kaki dibawa ke kawasan depan lalu mata Aish bertembung dengan mata seorang wanita yang sangat tidak disukainya itu. Sudah lama sejak Ainan tidak menganggunya. Entah apa pula niatnya kali ini ingin menghampiri Aish.

"Kau nak apa lagi?"

"I just want to tell you something."

"About kematian Reen." Aish hanya diam mendengar.

"I know who is the killer," kata Ainan dengan yakinnya.

"Hah?" Aish mengerutkan dahinya tanda tidak faham.

"I tahu siapa yang sabotaj you dulu," kata Ainan sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"Orang yang cuba nak bunuh you dulu adalah--" Ainan sengaja mengantung ayatnya untuk melihat reaksi Aish.

"Siapa?" soal Aish sekadar ingin tahu.

"Harith.Surprise!Terkejut tak?" soal Ainan dengan senyuman sinisnya.

Aish terdiam seketika sebelum dia bersuara.

"Haha kau ingat aku akan percaya cakap kau?" sinis saja nada suaranya.

"Of course you should because I saksi kejadian tu."

"Explain."

Ainan pun menceritakan apa yang dilihatnya pada hari itu dengan yakinnya. Dia juga reka cerita bagi menampakkan betapa jahatnya Harith di dalam ceritanya itu.

Aish mengepal tangan penumbuknya menahan marah.Dia tidak sangka orang yang dicari selama ini ada di depan matanya sahaja.Musuh di dalam selimut lebih berbisa berbanding musuh yang kelihatan.

"Mesti you kecewa kan sebab bestfriend sendiri yang betrayed you hm." kata Ainan dengan nada bersimpati.

"And satu lagi you kena tahu.." Ainan pun membisikkan sesuatu di telinga Aish.

"I think Harith try nak bunuh wife you pula.Harap you lebih berwaspada lah." Ainan sengaja ingin menjadi batu api supaya Aish dan Harith bergaduh.

Semakin membara hati Aish mendengar kenyataan yang baru sahaja dibisikkan oleh Ainan itu.

"Macam mana kau tahu?" soal Aish seakan tidak percaya.

"Sebab I tahu semuanya." jawab Ainan dengan senyuman lebar.

"Anyway, you patut berterima kasih dekat I sebab dah bagitahu you semua benda ni." kata Ainan sambil menatap wajah Aish dengan pandangan sinis.

"Kenapa kau bagitahu aku?" soal Aish, dia dapat merasakan ada udang disebalik batu.

"Sebab I kesian dekat you. Ada kawan tapi jenis tikam belakang. I cuma nak you be careful. Pengkhianat macam tu tak layak dijadikan kawan."

Aish hanya mendiamkan diri. Dia masih cuba memproses kenyataan yang baru sahaja diterimanya. Setelah puas meluahkan semua tuduhan, Ainan pun beredar.

"Harith, kalau I tak boleh balas dendam dekat you. Biar Rayhan yang buat semua tu. You are stupid sebab dah menjadi punca adik you mati." omel Ainan sendirian.

Setelah Ainan beredar, Aish segera menghantar chat di group I4. Dia menyuruh mereka berkumpul di restoran itu secepat yang mungkin.

"Kenapa nak berkumpul ni?" soal Ariq dari arah dapur. Sekarang waktu bekerja kut.

"Aku rasa aku dah tahu siapa musuh sebenar aku." jawab Aish dengan perasaan bercampur baur.

"Hah? Siapa?" soal Ariq agak hairan.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now