Nayraish | 46

36.8K 2.3K 589
                                    

PADA petang itu Nayra bergegas menyuruh Aish untuk bersiap ke suatu tempat. Nayra memandu keretanya manakala Aish hanya merehatkan diri di tempat duduk penumpang depan. Setelah beberapa minit, kereta dihentikan di depan sebuah tasik.

"Buat apa dekat sini?" soal Aish agak hairan.

"Nak main," jawab Nayra selamba lalu melangkah turun dari perut keretanya. Begitu juga dengan Aish.

"Nak pegang tangan, boleh?" pinta Nayra sambil menghulurkan tangan kirinya.

"Buang tabiat ke?" perli Aish namun dia tetap menyambut huluran tangan Nayra itu.

Mereka bertuntun melangkah masuk ke dalam tasik itu. Nayra membawa Aish duduk di sebuah tempat yang agak tersembunyi dan sunyi daripada orang lain.

"Kita sedang buat apa ni?" soal Aish dengan malasnya.

"Kita tunggu matahari terbenam," jawab Nayra dengan sengihan.

"Lah macamlah kau tak pernah tengok sunset," perli Aish sambil menggelengkan kepalanya.

"Memang tak pernah tengok berdua dengan awak."

"Penting ke?"

"Mestilah. Kejaplah, tak lama lagi ni."

Mereka hanya diam menikmati pemandangan indah tasik itu sementara menunggu matahari terbenam.

"Aish! Dah nak terbenam!" ucap Nayra dengan terujanya setelah lama menanti.

"Haah tengoklah."

Mereka menikmati pemandangan matahari terbenam dengan perasaan bercampur baur. Masing-masing sibuk dengan fikirannya. Senja itu indah tapi kenapa nampak menyedihkan di mata mereka.

"Awak tahu tak senja ni ada banyak maksud?" kata Nayra tanpa memandang wajah Aish. Mata masih setia menatap matahari terbenam yang indah itu.

"Tak tahu."

"Senja mengajarkan kita bahawa apa pun yang terjadi hari ini pasti akan berakhir indah," ujar Nayra dengan senyuman manisnya. Aish hanya mengiyakan saja.

"Do you know why sunset is more colourful than sunrise?" soal Nayra pula.

"Why?"

"Because sometimes good things happen in goodbyes." jawabnya dengan maksud tersirat mungkin.

Nayra menyandarkan kepalanya pada bahu kanan Aish. Dia ingin meluahkan isi hatinya, disebabkan itu dia tidak sanggup ingin melihat wajah Aish.

"Nayra..."

"Pinjam bahu sekejap." Aish hanya membiarkan saja.

"Aish..." panggilnya lembut.

"Hm?"

"The sunset is beautiful isn't?" soal Nayra yang terselit maksud tersirat itu.

"Haah cantik," puji Aish sambil merenung sisi wajah isterinya yang sedang menikmati pemandangan matahari terbenam itu. Jujur, Nayra wanita paling cantik di matanya.

"Ni mungkin sunset pertama dan terakhir kita."

"Hah?"

"Untuk hari ni hehe. Betullah kan sunset cuma muncul sekali sehari ja?" ujar Nayra bagi menutupi rasa sedihnya.

"Haah betul."

"Sama juga macam awak. Awak datang hanya sekali dalam hidup saya. Saya bersyukur sangat pernah kenal awak dan pernah memiliki awak." Bibir berbicara namun mata Nayra masih memandang ke hadapan tanpa pedulikan renungan Aish.

C | Love, Aish Rayhan Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora