Nayraish | 45

36.4K 2.8K 1.5K
                                    

"AISH, awak dah okay?" Nayra mengambil tempat duduk di tepi Aish. Mereka duduk di atas kerusi halaman rumah mereka

Aish hanya mengangguk. Dia rasa lebih tenang sekarang berbanding semalam.

"Saya tak tahu pun awak depress. Kenapa tak bagi tahu saya hm?" Agak menjauh nada suara Nayra ketika menanyakan hal itu.

"Tak penting pun," balas Aish selamba.

"Tak penting awak cakap? It's a serious matter, Aish! Awak tak boleh terlalu tertekan. Kalau tak, benda semalam akan terulang lagi," bebel Nayra dengan risaunya.

"Aku dah biasalah. Bukannya first time aku buat benda tu," ujar Aish bagi menyedapkan hati isterinya itu.

"Awak boleh tak kongsi masalah awak dengan saya?" pujuk Nayra sambil merenung wajah Aish meminta simpati.

"Apa kau boleh buat? Hilangkan masalah aku? Tak, kau tak boleh buat apa-apa." Aish senyum tipis. Mahu dia meluah pada sesiapapun, tiada yang mampu kurangkan rasa sakitnya.

"Sekurang-kurangnya saya boleh jadi pendengar yang baik."

"I don't need it."

"Awak tak nak jumpa pakar psikiatri?" cadang Nayra pula. Melihat keadaan Aish, lebih baik lelaki itu dirawat.

"Takda manfaat pun, aku masih akan tetap macam ni." Aish sudah pasrah. Bukannya dia tak pernah cuba merawat diri tapi semuanya hanya sia-sia.

"Awak boleh sembuh kalau awak cuba."

"It's hard, Nayra."

"At least bagi tahu saya alasan awak jadi macam ni."

"Hari tu kau tanya aku kan kenapa aku berhenti jadi model sedangkan tu impian aku?" soal Aish menahan pedih di hatinya. Dia duduk menghadap Nayra.

"Haah."

"Aku berhenti disebabkan Reen. Dia meninggal dunia di lokasi shooting," luah Aish dengan perasaan bersalah.

"Maksud awak?"

Aish pun menceritakan tentang kejadian yang meragut nyawa arwah Aireen itu. Nayra menekup mulutnya tanda tidak percaya. Patutlah suaminya ini terlalu susah untuk move on.

"Kau nak tahu satu lagi fakta tak?" soal Aish pula setelah habis menceritakan tentang arwah Aireen.

"Apa dia?"

"Ibu kandung aku pun mati disebabkan aku." Agak sebak suara Aish ketika itu. Kehilangan arwah umi adalah hal yang paling menyakitkan dalam hidupnya.

"Hah? Jap jadi ibu tu?" Nayra masih cuba memproses ayat Aish itu.

"Dia ibu tiri aku."

"Tiya?"

"Adik tiri juga tapi dia adik susuan kami. Dulu umi pernah jaga dia waktu dia baru lahir since ibu tak sihat waktu tu."

"Oh."

"Walid, umi dan ibu berkawan baik. Aku tak tahu macam mana diorang boleh kahwin pada akhirnya."

"Tapi ibu baik kan?" soal Nayra sekadar memastikan.

"Terlalu baik sampaikan aku tak boleh benci dia." Aish tergelak palsu. Mahu tak mahu, dia relakan hati menerima ibu tirinya.

"Walid kahwin dengan ibu pun sebab dia nak seksa aku."

"Maksud awak?"

"Walid sengaja buat macam tu supaya aku boleh ingat yang sebenarnya ibu kandung aku dah takda dan aku adalah puncanya. Dia nak bagi pengajaran kepada aku untuk menghargai orang yang masih ada. Sebab seseorang yang pergi takkan mudah digantikan." Panjang lebar Aish menjelaskan. Dia rasa bersalah pada Ariq kerana turut kena tempias.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now