Nayraish | 11

36.2K 2.5K 134
                                    

"Chef Aish!" Nayra menghampiri Aish yang sedang menyediakan bahan masakan di dapur restoran. Di sisi bertentangan mereka, ada pelayan restoran yang sibuk mengemas dapur.

"Call me Chef Ray." Aish menegur. Dia tak biasa dipanggil dengan nama Aish itu. Baginya, nama Ray nampak lebih segak.

"Tapi saya lebih suka nama Aish."

Aish buat muka pasrah. Dia tak suka sebab nama Aish tu bunyinya macam Ais. Tapi bila Nayra yang sebut, bunyinya comel pula.

"Nak apa?" soal Aish mendatar.

"Chef Aish boleh tak tolong ajar saya cara nak masak ayam buttermilk?"

"Aik masak benda simple pun tak reti ke?" sindir Aish sambil gelengkan kepala.

Sebenarnya bukan Nayra tak reti tapi dia sengaja sebagai alasan untuk merapatkan hubungannya dengan Aish. Dia ingin merobohkan tembok yang dibina oleh lelaki itu. Lagi pula dia mahu membiasakan diri agar tak takut lagi.

"Chef punya resipi lebih sedap. Saya nak juga cuba masak, boleh tak?" pujuk Nayra konon memuji. Kedua belah tangan dicantum tanda merayu dengan muka comelnya.

"Whatever."

Aish menghulurkan sehelai apron kepada Nayra. Melihat Nayra terkial-kial untuk mengikat tali apron, Aish berdiri di belakangnya lalu dia mengikatkan tali apron itu. Nayra agak terkedu. Degupan jantungnya kian laju.

"Nampak sangat malas masuk dapur." Sindiran Aish itu membuatkan Nayra sedikit tersentap. Memang dia jarang masak dekat rumah.

"Potong bahan-bahan tu dulu."

Nayra hanya mengikuti arahan Aish. Dia memotong bawang-bawang itu dengan susah payahnya. Bukannya apa, dia memang malas kalau bab memotong bawang. Selalunya Alya yang akan potongkan, Nayra hanya tinggal memasak saja. Senangkan kerjanya.

"Bukan macam tu caranya, Nayra Adelia!" Aish tayangkan wajah tak berpuas hati sambil bercekak pinggang.

"Habis tu macam mana? Ajarlah!" balas Nayra lalu merenung tajam wajah Aish. Terus hilang rasa nak marah bila tengok muka tampan tu.

"Apa tengok-tengok, ada hutang ke?" soal Aish dengan wajah garangnya.

"Ada mata, tengoklah!"

"Wah pandai melawan nampak!"

"Ada mulut, lawanlah!"

"Nak aku ajar ke tak?" ugut Aish berura-ura ingin pergi. Dia malas nak berlama-lamaan dengan seorang perempuan.

"Nak, nak!" Nayra mengalah juga setelah bertikam lidah.

"Tengok ni cara orang pro sediakan bahan." Seraya menuturkan itu Aish bersedia untuk menunjukkan bakatnya.

Pisau diambil dari tangan Nayra lalu Aish memulakan potongan dan hirisannya dengan kemas dan cantik. Nayra kagum melihat kemahiran lelaki itu.

'Nampak berganda lebih kacak pula chef kiter ni. Aura dia tu rawr!' bisik hati kecil Nayra yang nakal.

Setelah menunjukkan tutorial menyediakan bahan, Aish menyerahkan semula pisau itu kepada Nayra.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now