0020-end

214 36 36
                                    

"Heeseung-"

Heeseung melihat Ethan sedang memegang alat kawalan bom yang berada di lengan Luna sambil memegang kuat untuk menghalangnya

"A-apa yang kau buat ni Ethan ?!"

"Haha~ lupa pulak aku, patutnya aku letupkan saja dia ni dari tadi"

Terkaku Heeseung untuk mendekat kerana semakin dia mendekat, semakin hampir jari Ethan menekan butang merah pada alat kawalan itu. Luna tak mampu untuk bertindak kerana genggaman Ethan agak kuat berbanding dengan kekuatan dirinya

"Ethan, lepaskan dia. Dia tak ada kena mengena dalam hal ni !"

Ethan berdesik dengan sengihan jahatnya

"Takde kene mengena ? Kalau kau dari dulu lagi tak berkeras... Mungkin dia dah hidup bahagia tanpa mengenali kau. Ini semua salah kau Lee Heeseung ! Kau sanggup bunuh ayah kau sendiri !!"

Terdiam sejenak Heeseung.

"Mungkin agak kejam aku membunuhnya dengan bom"

Ethan membuang alat kawalan itu ke lantai dan itu agak melegakan namun lain dari sangkaan. Ethan mula mengeluarkan pistol dari poket seluarnya lalu mengacukan pada kepala Luna. Luna hanya menangis ketakutan tidak tahu untuk melakukan apa-apa

"Ethan ! Lepaskan Luna. Mari berbincang"

"Tak ada apa lagi untuk dibincangkan pada saat ini. Kau dah lama lepaskan peluang untuk berbincang" ucap Ethan ingin menekan picu pistol

"BERHENTI !"

Ethan menghentikan jarinya dari menekan picu setelah merasa lawak melihat Heeseung begitu bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan Luna

"Ketepi kau supaya aku boleh keluar dari sini, kalau tak-"

"Ok ! Ok ! Aku keluar"

Heeseung perlahan-lahan mengundur ke belakang untuk memberi laluan pada Ethan keluar dari situ. Dia tak boleh menyerang kerana Luna masih dalam tahanan Ethan

Mereka berada di tengah-tengah kapal dimana polis yang berada di situ segera mengangkat senjata mereka setelah melihat Ethan kemari. Mereka dapat membezakan Ethan dengan Heeseung kerana cara pemakaian mereka yang sangat berbeza disertakan gaya rambut mereka juga agak berlainan

Heeseung keluar dari situ. Melihat polis yang mengepung Ethan beramai-ramai, Heeseung mengarahkan agar mereka menahan senjata dahulu kerana risau akan Luna yang masih berada dalam genggaman Ethan

"H-Heeseung tolong~" rayu Luna dengan tangisannya

Heeseung cuba untuk menolong tapi semakin dia mendekat, Ethan akan menembak ke arah udara dahulu bagi memberi amaran agar menjauh

"Kebelakang ! Atau aku akan tembak dia !!" Ugutnya mengacukan pistol ke arah kepala Luna

Sesuatu menarik perhatian Luna sebaik sahaja dia melihat Heeseung

"E-eonnie ?"

Mayat Lisa yang terlantar di belakang Heeseung sontak membuatkan Luna tak menyangka. Ethan menyedari akan hal itu. Dia mulai berbisik pasa Luna "kau masih percayakan Heeseung ? Dialah yang membunuh Lisa"

Pandangan Luna mula tertuju pada Heeseung. Heeseung menyedari pandangan Luna yang tertuju pada mayat Lisa yang berada di belakangnya. Dia kembali melihat ke arah Luna berharap Luna tidak mudah mempercayai bisikan Ethan yang telah berbohong pada Luna

"A-aku percayakan Heeseung" ucap Luna tiba-tiba

"Apa ? Kau masih percayakannya ?"

"Dia adalah Heeseung dan Heeseung takkan buat benda begitu"

(𝘾) 𝑭𝒂𝒕𝒆𝒔-𝑻𝒓𝒖𝒕𝒉 || [희승] √Where stories live. Discover now