0002

225 49 1
                                    

"Park Luna !"

Satu suara memanggil nama Luna dari arah bawah membuatkannya berpaling dari buku

"Nee !!" Sahutnya menjawab sang pemanggil

Luna mula berdiri dari kerusi dan menuju ke arah pintu biliknya untuk membuka lalu turun ke bawah

____

"Nak ape ?" Soal Luna sebaik sahaja turun ke bawah

Kelihatan seorang wanita sepertinya yang berusia lebih kurang 24 tahun sedang sibuk memasak sambil memotong kubis untuk dijadikan ramuan masakan

"Apa yang kamu buat ?"

"Menulis diari"

Jawapan singkat diberi oleh Luna namun wanita itu hanya meneruskan kegiatan memotongnya tanpa berpaling arah

"Eonnie nak apa ?" Soal Luna mula mengambil segelas air untuk diminum setelah beberapa jam berada di bilik tanpa keluar

"Boleh tolong eonnie ?" Minta eonnienya

"Apa ?"

Satu jari telunjuk menunjukkan ke arah satu guni kecil yang berisi kacang di samping dinding berdekatan jendela

Luna seperti mengerti dengan apa yang cuba disampaikan oleh eonnienya dan mula pergi ke arah guni kecil itu lalu mengangkatnya selamba membawanya ke arah eonnie

"Gomawo" satu ucapan diberi oleh eonnienya sebagai tanda terima kasih kerana menolong

"Need anything else ?"

Eonnienya mengelengkan kepalanya menandakan ianya tidak memerlukan apa-apa lagi

Luna mula ingin membalikkan badan menuju ke arah bilik semula, namun satu soalan kecil di sampaikan

"Kamu dah isi borang tu ?" Soal eonnie tiba-tiba membuatkan langkah Luna berhenti

"Borang mana ?"

"Kolej" jawab eonnienya singkat

"Ohhh~~" anggukan kecil Luna mula mengingati borang yang ditanyakan eonnie dan membalas "dah isi"

"Baguslah" -eonnie

"Luna naik dulu ye"

"Hmm" anggukan kecil diberi memberi keizinan


Jam 10:50 pagi

Luna mulai bosan sendirian di bilik sambil melihat ke arah jendela kaca dengan silauan matahari menyinari

Dia mula membuat keputusan untuk keluar dari rumah sekejap untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan

"Eonnie, Luna nak keluar kejap" minta Luna

"Pergi mana ?"

"Jalan-jalan"

Eonnienya hanya mengangguk memberi keizinan

~

Di kawasan perumahan berhampiran taman permainan

"Huhh~ bosannya" keluh Luna sambil berjalan mendengar muzik menggunakan earphone nya

Kruk~

Bunyi dari perut Luna secara tiba-tiba membuatkan langkahnya sedikit terhenti

"Nampaknya kau dah lapar ye perut hmm" ucapnya sendirian sambil mengelus perutnya

Melihat sekeliling mencari kedai runcit berdekatan namun tiada yang kelihatan. Luna terpaksa berjalan sedikit jauh untuk mencari kedai runcit

Beberapa minit berlalu...

Luna menjumpai convenience store dan bergegas masuk lalu membeli beberapa makanan ringan untuk mengisi perut yang lapar

Luna menjumpai convenience store dan bergegas masuk lalu membeli beberapa makanan ringan untuk mengisi perut yang lapar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Mmm sedap" ucap Luna sendirian sambil minum air susu yang dibelinya

Luna merasai seperti ingin pulang namun tiada teksi yang ada di situ jadi dia terpaksa berjalan kaki untuk kembali yang mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan

Gadis itu sendirian berjalan melalui lorong yang jarang orang lalu kerana disitu merupakan jalan pintas untuk ke rumah

*Vrom Vrom*

Bunyi motosikal yang laju kedengaran dari belakang Luna dengan kuat secara tiba-tiba

"TEPI !" Jerit seorang lelaki yang merupakan penunggang motosikal itu

Luna masih kebingungan dan selamba berpaling belakang untuk melihat siapa yang menjerit

Namun tidak sempat untuk dia beralih ke tepi menyebab penunggang itu terpaksa berbelok motosikalnya ke tepi dan terjatuh

"Eohh !! Awak tak apa-apa ke ?!" Soal Luna risau campur terkejut melihat lelaki itu tergolek dari motosikalnya

"Arghh~" keluh kesakitan dari lelaki itu

Luna mendekatinya melihat keadaan jikalau memerlukan apa-apa bantuan

"A-awak o-ok ?" Soalnya gugup

Lelaki itu melepaskan helmetnya dan membetulkan rambutnya kelihatan sedikit luka terdapat pada bibir

"Eoh ? Nampaknya awak terluka"

"Aishh Yah ! Bukan ke aku dah suruh kau tepi tadi ha ?!" Ucap lelaki itu sedikit kasar

"Lahh mane lah saya dengar awak cakap macam tu lagi pun masa tu secara tiba-tiba kot"

"Dasar pekak"

Lelaki itu memakai semula helmetnya dan mula berdiri menaiki motorsikalnya untuk pergi

"Awak nak pergi mana ? Biar saya bayar ganti rugi-"

Tidak sempat Luna ingin menghabiskan ayatnya lelaki itu terus pergi tanpa berkata apa-apa

"Ceh dasar sombong... Dia yang salah kot hmm alahh habis jatuh air susu aku dengan kek aishh"

Luna pasrah dengan apa yang ditimpanya lalu membuat keputusan untuk pulang ke rumah dan makan di sana bersama eonnie

(𝘾) 𝑭𝒂𝒕𝒆𝒔-𝑻𝒓𝒖𝒕𝒉 || [희승] √Where stories live. Discover now