0015

122 34 3
                                    

Heeseung berada di balai polis bersama Ryujin. Mereka seperti sedang melakukan sesuatu rancangan dan berbincang dengan beberapa pihak polis untuk bantu menyelamatkan Luna

"Jadi kamu adalah salah satu anak dari ketua perdagangan rahsia ?" Soal salah satu polis yang sedang menyoal siasat Heeseung

Dia hanya mengangguk

Polis tak menyangka apabila anak kepada ketua perdagangan yang sangat kaya tiba-tiba saja datang untuk membuat laporan polis

"Bagaimana kami mahu percayakan kamu ? Adakah ini salah satu perangkap ?"

"Saya berjanji selepas semua ini selesai... Saya akan bersama dengan anda."

Ryujin melihat Heeseung yang kelihatan sangat serius untuk merayu pada pihak polis agar membantunya menyelamatkan nyawa Luna. Dia berganjak ke hadapan

"Kamu perlu percayakannya. Luna~ kawan baik saya. Dia dalam bahaya" celah Ryujin. Polis masih tidak mempercayai kata-kata Heeseung namun mereka melihat air muka Ryujin yang begitu menginginkan Luna diselamatkan

Salah satu anggota polis datang menghampiri dengan membawa selembar kertas memanggil ketuanya yang sedang bersama Heeseung dan Ryujin

"Tuan, saya mereka betul. Kami dapat beberapa maklumat tentang latar belakangnya" pegawai itu memberi selembar kertas pada seorang lagi pegawai untuk dia membacanya

"Lee Heeseung"

"21 tahun"

"Mempunyai seorang abang kembar bernama Lee Ethan yang sudah lama mempunyai rekod jenayah sejak 2017 lalu. Tinggal dengan bapa setelah bercerai sejak 2015 "

"Ada apa-apa maklumat tentang latar belakang ayah serta abangnya ?" Soal ketua pegawai

"Tiada tuan, latar belakang mereka dirahsiakan. Tiada sesiapa yang mengetahuinya bahkan kami tak dapat mencari apa-apa maklumat tentang mereka"

Ryujin melihat ke arah Heeseung seakan-akan sedang terkejut

"Ethan ? Aku belum pernah dengar namanya"

Pandangan mula tertuju pada Heeseung. Heeseung hanya mampu menunduk ke bawah. Dia tak tahu bagaimana untuk menceritakannya, dia seakan sedang dilema bagaimana untuk memberitahu kebenaran yang sebenarnya

"Ada sesuatu yang kau sembunyikan. Bagitahulah Heeseung ! Hidup Luna dalam bahaya sekarang !!" Tengking Ryujin memarahi Heeseung agar memberitahunya kebenaran

Keluhan berat diberi Heeseung. Dia tidak tahu untuk mula dari mana. Semua orang di hadapannya tertunggu-tunggu termasuklah polis yang masih sedang menyoal siasatnya

"Lee Ethan. Dia adalah abang aku, kami sangat rapat dulu sehinggalah eomma mula bercerai dengan appa sebab sudah mengetahui kebenaran yang appa dah lama buat business rahsia yang haram. Mereka bergaduh dengan kuat sehinggalah Ethan menjadi mangsa

Kami berdua tinggal bersama appa. Ethan makin lama makin mengikuti jejak appa yang sudah jauh berubah. Dia menjadi seorang yang panas baran dan akan membunuh sesiapa yang cari pasal dengannya. Pembunuhan itu agak kejam tapi mereka hanya mampu menutup kes kerana appa adalah orang atasan yang sangat kaya"

"Zaman sekarang, wang adalah segalanya" celah salah satu pegawai polis yang mendengar

Suasana sunyi, mereka mula memikirkan cara untuk menyelamatkan Luna dengan selamat. Ryujin mulai risau apatah lagi eommanya baru sahaja menghubunginya mengapa tiada di kolej. Alasan diberi Ryujin kerana dia sakit dan terpaksa ke hospital tapi tidak beritahu di mana hospital yang merawatnya

Heeseung masih memikir untuk membuat rancangan bersama pihak polis. Namun tiba-tiba talifon bimbit milik Heeseung berbunyi. Nombor yang tidak dikenali menghubunginya

"Aku rasa. Aku tahu siapa"

Heeseung memandang pihak polis untuk segera menggodam talifon bimbitnya agar mengetahui lokasi si pemanggil lalu mula mengangkat

__

"Yeoboseyo ?"

"H-Heeseung ahh~"

Suara dari seorang gadis yang sudah lemah memanggil nama Heeseung sebaik sahaja dia mengangkat panggilan. Matanya mula membulat seperti mengenali suara itu

"L-Luna ?!"

"Heeseung-ahh T-tolong~ jebal~ ianya menakutkan "

"Kuatkan diri Luna ! Beritahu dimana awak berada ?!"

Hanya suara nafas yang lemah berbunyi di telinga Heeseung. Dia menunggu untuk jawapan Luna tapi sebaliknya orang lain yang mencelah perbualan

"Kau mahukannya ? Datanglah"

"Ethan ? A-apa yang kau buat pada Luna ?!!"

"Relax Hee, dia tak apa-apa cuma... Sedikit mabuk selepas disuntik dengan sedikit dadah hah~ ianya dadah yang mahal"

"K-kau– !"

"Tenang... Aku berpegang pada janji, dia takkan kesakitan. Datang kesini selepas aku memberi lokasinya"

......

"E-Ethan !"

Panggilan terputus sebelum Heeseung sempat memanggil nama Ethan

Ting~

Bunyi dari notification mesej Heeseung. Ianya adalah lokasi dimana mereka berada. Heeseung ingin menutupnya kembali namun satu pesanan dari nombor yang sama menghantar satu lagi mesej kepadanya

Aku tahu kau bersama polis. Datang sendirian atau dia mati

Muka terkejut oleh Heeseung, tertanya-tanya dibuatnya. "Bagaimana mereka tahu ?! "

Dia mula melihat ke arah satu pegawai yang sudah menjumpai lokasi mereka namun Heeseung memberhentikannya

"Aku akan pergi sendirian"

Mereka terkejut mendengar ayat Heeseung ditambah pula dengan Ryujin yang lagi risau melihat Heeseung

"Tak ! Luna kawan aku dan aku akan cari juga cara macam mana nak selamatkannya"

Heeseung senyum.

"Ethan mahu aku pergi sendirian jika tidak. Luna akan mati"

Pihak polis dihadpannya melihat mereka dengan masih berfikir untuk cari cara

"Kita perlukan rancangan. Kamu boleh percayakan dia ke ?"

Terkedu Heeseung menjawab. Sebenarnya dari dulu dia tidak pernah mempercayai Ethan kerana perangainya yang terlalu banyak berubah. Heeseung mula setuju dan akhirnya dia mendapat cara untuk membuat rancangan

"Aku ada idea. Apa kata kita...."

(𝘾) 𝑭𝒂𝒕𝒆𝒔-𝑻𝒓𝒖𝒕𝒉 || [희승] √Where stories live. Discover now