0003

166 46 4
                                    

Tut tut~ Tut tut~

Deringan dari jam loceng Luna pada jam 7:30 pagi. Gadis itu tercari-cari jam yang berada atas meja kecil di samping katil lalu segera mematikannya agar tidak menganggu

Namun sebaliknya dia meneruskan tidurnya kerana masih mengantuk

"Arghh eonnie !" Jeritnya terkejut apabila eonnie membuka langsir secara tiba-tiba membiarkan sinaran matahari menyilau tepat ke arah muka Luna

Luna yang merasakan tak tahan dengan silauan tepat ke matanya menarik kuat selimut untuk menutup badan tapi ditarik oleh eonnie agar bangun dari tidur

"Park Luna ! Bangunlah nanti lambat~ dah lah hari ni hari pertama" kejut eonnienya meminta Luna bangun

"Mmm 5 minit lagi~"

"Ahh takde takde cepat bangun ! Kalau tak eonnie akan potong duit poket hari ni"

Mendengar ugutan itu Luna terpaksa bangun dari tidurnya dan sedikit mengeluh

"Apa pandang-pandang ? Cepat bangun sekarang !"

Luna mucungkan mulutnya membuat riak wajah merajut namun tidak dilayan akhirnya dia mula turun dari katil , "arasseo" katanya mula pasrah dengan keadaan

"Eonnie tunggu bawah ye ! Jangan lambat"

Luna mengangguk

____

Skip 15 minit mandi...

Skip 15 minit mandi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Hmm cantik jugak baju ni.. Pandai eonnie beli hehe" pujinya sambil melihat kearah cermin untuk menilai outfit nya

Selama 3 minit menatap dirinya di cermin untuk bersiap ke kolej di hari pertama, Luna mula membuat keputusan untuk turun ke bawah dimana eonnie sedang menunggunya dan bersarapan bersama lalu pergi

~

Perjalanan ke kolej Luna mengambil masa kira 8 minit dengan kenderaan dan mereka sudah sampai ke destinasi

Luna langsung melihat ke arah pintu pagar dimana mahasiswa dan mahasiswi yang baru sampai melintasi pintu pagar utama untuk masuk

"Kamu tak sabar ?" Soal eonnienya memberi semangat

Luna hanya senyum dan mengangguk kecil

"M-macam mane kalau Luna takde kawan ?"

Sedikit gagap eonnienya untuk menjawab soalan yang ditanya Luna namun dia hanya senyum dan memegang lembut bahu Luna

"Luna-yaa~ kamu pasti akan dapat ramai kawan percayalah kata eonnie... Dulu dengan sekarang takkan sama lagipun kamu dah berusia 20 tahun so takkan lah nak berperangai macam dulu kan ?"

Mendengar kata-kata eonnienya Luna menarik nafas dan mula percayakan dirinya agar menjadi lebih yakin untuk membuat kawan

"Gomawo eonnie~ jumpa nanti" ucap Luna mula memeluk eonnienya dan langsung membuka pintu kereta dan keluar

Lambaian eonnie dibalas oleh Luna dan melihatnya perlahan-lahan melangkah ke pintu pagar utama

"Harap Luna tidak akan merasai perkara yang buruk lagi~ dia tak layak menerimanya"

*Eonnie pov

Luna memang dikenali sebagai gadis yang pandai namun dia seorang introvert. Dia agak susah bergaul dengan orang selepas aku mengambilnya menjadi adik angkatku. Aku mendaftarkannya sebagai keluarga angkat atas namaku iaitu Lisa

Orang-orang memanggilnya gila kerana phobia terhadap kenderaan semasa umurnya 16 tahun dan bersekolah tanpa mempunyai rakan untuk berteman

5 hari ditahan wad kerana mempunyai gangguan panik disebabkan oleh pembuli yang sering membulinya menyebabkan dia makin lama makin trauma untuk bergaul

Aku sering melihat dia memegang foto lama sepertinya itu gambar keluarga yang sudah meninggal... Tak tahan melihat perilaku orang-orang terhadapnya aku bertekad untuk membawanya pada pakar physiotherapy bagi mengurangkan masalahnya

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, Luna mulai berubah perlahan-lahan untuk melawan phobianya dan mempelajari untuk mencari kawan

Kami makin lama saling mengenali untuk menjadi rapat seperti adik beradik sebenar dan Luna makin lama dia mulai belajar bersosial seperti orang normal

*End pov

_____

Dalam perjalan menghampiri ruangan taman kolej dimana Luna berjalan-jalan sambil mencari pejabat agar dapat mendaftar masuk sebagai pelajar baru

Daun kehijauan dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, pokok-pokok yang tinggi di atasnya yang bersinar kerana titisan air embun dan disinarkan oleh sinaran matahari

"Cantik juga pemandangan dia" pujinya sambil melihat keliling

Pelbagai kegiatan yang dilakukan oleh mahasiswa dan mahasiswi di sekitar taman membuatkan Luna gembira melihatnya

"Arghh..."

(𝘾) 𝑭𝒂𝒕𝒆𝒔-𝑻𝒓𝒖𝒕𝒉 || [희승] √Where stories live. Discover now