0004

151 45 7
                                    

"Argh"

Keluh kesakitan apabila bahu Luna tidak sengaja dilanggar oleh seseorang yang sedang lalu lalang disitu menyebabkan buku yang dipegang Luna terjatuh ke tanah

Luna terpaksa mengambil buku di tanah akibat terjatuh dilanggar seseorang

Sedang asik mengambil buku tiba-tiba satu tangan mengambil salah satu bukunya dan memberi tepat ke wajah Luna sambil berkata "ni buku awak kan ?" Dengan tak lupa senyuman ramah di wajah

"Eo ? Ohh nee" jawabnya sedikit gugup

"Nampak seperti awak mahasiswi baru di sini"

"Ahh ye, saya baru"

Satu huluran tangan diberi pada Luna untuk berkenalan

"Hai ! Nama saya Shin Ryujin"

Pandangan dari Luna seperti tidak percaya apabila melihat huluran tangan dari Ryujin mengejutkannya

"B-betul ke ni ? A-aku akhirnya mempunyai seorang kawan"

Tanpa ragu Luna mulai menangkap huluran tangan Ryujin sebagai ucapan selamat berkenalan dengan senyuman mulai terukir di wajahnya

"Hai ! Nama saya Park Luna"

"Seronok berkenalan dengan awak, Luna"

"Same"

Mereka bersalaman mesra dengan senyuman senang kerana dapat bertemu dengan kawan baru manakala bagi Luna itu ialah kawan pertama Luna setelah sekian lama menyendiri tanpa seorang rakan

Ryujin mula mengajak Luna untuk pergi ke dewan belajar dimana mereka perlu menaiki tangga yang agak tinggi namun ianya agak menyenangkan kerana bagi Luna, sambil mereka naik mereka juga berbual untuk lebih mengenali satu sama lain

Ianya sangat lancar dengan apa yang dia mahukan. Dapat kawan baik ? Sudah tentu kerana sudah lama dia mahukan setelah sekian lama. Namun sesuatu mula mengubah suasana perbualan mereka

Sekumpulan gadis-gadis menjerit seperti menyambut kedatangan seseorang yang baru sahaja menaiki anak tangga untuk ke atas bersehala dengan Luna dan Ryujin

"Ahh nampaknya dia dah sampai" ucap Ryujin mulai mencekik pinggangnya

"Apa yang dah sampai ?"

"AAAAA ITU LEE HEESEUNG !!!" Jerit para gadis yang menghampiri Heeseung

Luna dengan sifat ingin tahunya mulai berjalan sedikit ke hadapan di mana para gadis itu berkumpul untuk berusaha mendekati Heeseung

"Itu Lee Heeseung, dia pelajar yang popular di kolej ni" jelas Ryujin

"Lee Heeseung ?"

Ryujin mengangguk pada Luna

"Lee Heeseung. Dia seorang mahasiswa yang popular kerana seorang yang kaya, dia juga baik dan peramah dengan semua orang tak lupa pula dengan wajah tanpannya yang menjadi pujaan para gadis di kolej ni... Hahh itu agak menjengkelkan"

"Kenapa pulak ?" Soal Luna masih bingung dengan ayat terakhir Ryujin

"Dia seorang yang popular, jadi mempunyai ramai peminat itu agak menjengkelkan sebab dia selalu diikuti oleh orang apabila sedang belajar ataupun sedang berehat sendirian, itu agak menganggu kerana kami sekelas hahh~~"

Luna mengangguk faham apa yang disampai Ryujin dan mulai perhatikan Heeseung yang masih melayan para gadis yang berada di sekelilingnya sambil menaiki tangga menuju ke dewan belajar

"Arghh"

Seorang lelaki yang berlari tergesa-gesa untuk masuk ke dalam bangunan tidak sengaja terlanggar bahu Luna dengan sedikit keras sehingga buku-buku yang dipegang Luna terjatuh

"Woi ! Takde mata ke ?!" Jerit Ryujin pada lelaki itu

Luna hanya membiarkannya lalu menunduk untuk mengambil buku itu. Namun satu tangan mencapai buku di sampingnya membuatkannya terkejut kerana tangan yang mengambil bukanlah tangan Ryujin melainkan...

"Ini buku awakkan ?" Soalnya mengambil satu persatu buku Luna yang terjatuh

"L-Lee Heeseung ?"

Luna melihat ke arah Heeseung tidak percaya sambil dipandang semula oleh Heeseung dengan tatapan ramah sambil senyumnya memberi buku Luna

Gadis itu perlahan-lahan mencapai buku yang dihulur Heeseung

"Awak nampak seperti mahasiswi baru di sini. Hari pertama ?"

Luna mengangguk iya memberi jawapan kepada Heeseung

Heeseung hanya senyum dan menepuk perlahan bahu Luna sambil berkata "goodluck"

"Lee Heeseung ? Barusan saja dia menepuk bahu aku ? Biar betul "

Luna mengelamun seketika selepas bahunya di sentuh Heeseung

"Luna ? Park Luna" kejut Ryujin membuatkan Luna tersedar dari lamunan

"Jom" ajak Ryujin untuk masuk ke dewan bersama tapi Luna menolak ajakan Ryujin dengan lembut alasannya untuk ke pejabat mendaftarkan diri

~

"Jadi nama kamu Park Luna, 20 tahun ?"

Luna mengangguk iya

Guru mula mengajak Luna untuk mengikutinya berjalan ke dewan pembelajaran dan menunjukkan kepadanya arah semua tempat sehingga tiba di dewan

"Masuklah" ajak guru mengalukan kedatangan mahasiswi baru iaitu Park Luna

Luna mula melangkah masuk ke dalam pintu dewan dan berdiri di atas pentas perbentangan dimana semua mahasiswa dan mahasiswi di dalam dewan itu melihatnya

"Annyeonghaseyo" ucapan pertama diberi sambil menunduk hormat. "Nama saya Park Luna dan saya berusia 20 tahun"

Tepukan diberi oleh semua orang di dalam dewan mengalu-alukan kedatangannya

Luna gembira melihat semua orang gembira dengan kehadiran pertamanya tambahan lagi dia terlihat seorang gadis yang masih menepuk tangan ke arahnya dengan gembira

"Shin Ryujin"

"Baiklah Luna awak boleh duduk"

Gadis itu mulai menaiki anak tangga untuk bersiap sedia dengan pembelajaran pertamanya

Luna duduk di sebelah Ryujin kerana diajak

"Nampaknya kita sekelas" ucap Ryujin

Senyuman terukir dari wajah Luna kerana hari pertamanya agak lancar dengan apa yang dia inginkan selama ini

(𝘾) 𝑭𝒂𝒕𝒆𝒔-𝑻𝒓𝒖𝒕𝒉 || [희승] √Where stories live. Discover now