0012

130 39 0
                                    

Luna berjalan-jalan di sekitar kawasan rumahnya sementara menunggu makanan delivery tiba. Awalnya dia ingin memasak tapi disebabkan bahan-bahan tiada, nak beli pula sudah larut malam dia hanya order dari food delivery saja

Dia menunggu selama 30 minit untuk menyambut makanannya lalu makan dengan lahapnya kerana kelaparan

"Mmmm~~ sourr good~~" ucapnya menikmati makanan

Sedang kusyuk mengunyah makanannya tiba-tiba sahaja sesuatu mula terlintas di memori Luna. Ianya mula mengingatkan kembali tentang sosok lelaki aneh yang mengintainya disebalik pokok yang gelap dengan pakaian yang serba hitam seperti ingin memburu

Tapi tidak itu sahaja teka-teki lain juga terlintas di fikirannya tentang fail biru yang di minta oleh Lisa iaitu tadi

"Black Office Dark Night  ?? "

Suasana sunyi sebentar.

Luna pov

Tiba-tiba saja teka-teki tu terlintas di kepala otakku apabila sedang enak menikmati makanan

Apa maksud Black Office Dark Night ? Seingat aku eonnie hanya bekerja sebagai setiausaha di bidang kedoktoran, tapi...

Kenapa eonnie berkhidmat pada ahli kongsi gelap ? Semua perkara tiba-tiba saja terlintas dikepalaku seakan-akan ada sesuatu yang disembunyikan oleh eonnie

Sepertinya ada sesuatu yang perlu diungkai. Semua client eonnie yang pernah berkhidmat tak pernah merahsiakan diri mereka walau sebesar mana pon pangkat mereka

Ada urusan penting dengan orang atasan tapi eonnie sendiri pun tak tahu siapa orang tu

Bagi aku dia agak misteri sebab takde sape yang tahu apa pekerjaan ibu bapanya sehingga begitu kaya

Mengingati semula ayat eonnie dan Beomgyu seperti ada sesuatu yang tak kena berkaitan dengan keluarga Lee

katanya ada pembunuhan berantai dan orang kata ada kaitan dengan keluarga Lee sebab itu berdekatan dengan kawasan perumahannya, tapi tak lama kemudian polis tiba-tiba tutup kes macam tu je sebab dibayar oleh orang atasan

Takda sesiapa pon yang tahu kat mana Heeseung tinggal walaupun orang kata dia tinggal di ilsam

Ucapan mereka sebelum ini memang ada makna disebaliknya seakan-akan ianya sebuah klu tapi... Betul ke apa yang aku fikirkan ? Apatah lagi bila tadi aku baru sahaja diintip oleh seseorang yang aneh

Aku agak curiga dengan keluarga Lee iaitu keluarga dari Lee Heeseung. Mereka sangat kaya namun tak pernah kelihatan atau tiada yang mengenali mereka

Pembunuh berantai yang telah senyap sejak 2 tahun lalu mula beraksi secara tiba-tiba dengan membunuh 7 orang mangsa

Skill pembunuhannya sangat serupa dan tiada apa-apa perbezaan. Apakah itu juga berkaitan ? Atau tidak ?

End pov

Luna masih memikirkan misteri itu sambil makan sedikit demi sedikit. Dia kelihatan keliru apabila memikirkannya

Sehinggalah di mula buat keputusan untuk mengabaikan dahulu dan terus masuk tidur agar tak terlewat hari pembelajarannya

~

"Lee Heeseung !" Luna memanggil nama Heeseung sebaik saja dia nampak kelibat Heeseung di hadapan setelah tiba melangkah kaki dari pintu pagar kolej

Bagi Luna ini kali pertama dia memanggil Heeseung dengan kuat kerana selama ni Heeseung hanya dipanggil keras oleh ramai gadis sehingga dia tak berpeluang untuk memanggil

Panggilan Luna sontak membuatkan Heeseung berpaling untuk melihat Luna yang sedang berlari mendekatinya

"Sorang je ke hari ni ?" Soalan pertama ditanya oleh Luna apabila melihat Heeseung yang selalu dikelilingi oleh orang tiba-tiba jalan sendirian

"Ahh nampak nye macam tu lah" jawab Heeseung santai tak lupa senyumannya

"Selalunya awak akan dikelilingi ramai orang. Kenapa hari ni tak ?"

"Saya tak kisah kalau mereka dah mula berkelakuan seperti biasa... Bagi saya ianya hebat sebab ada masa untuk bersendirian"

Kata-kata Heeseung membuatkan Luna termenung melihatnya, memikirkan ayat Heeseung kenapa dia begitu bersyukur ?

"Apa maksudnya ? Sendirian ? Dia bertuah kerana dikelilingi oleh orang ramai berbanding aku dulu dipulaukan oleh orang seperti tak wujud "

Heeseung menyedari langkah Luna terhenti kerana termenung sendirian, dia mula kebelakangan semula dan mengejutkannya

"Luna"

Segera tersedar apabila lambaian tangan Heeseung di matanya membuatkan dia berkelip

Heeseung tersenyum

"Kenapa awak selalu termenung ha ? Ada sesuatu ke ?"

Luna mengeleng kepalanya. Heeseung mulai ketawa kecil melihat tingkah imut Luna

"Saya hanya berfikir, apakah yang menyebabkan awak begitu bersyukur bila sendirian sedangkan awak begitu ramai kawan"

Heeseung hanya tersenyum dengan memandang ke bawah, tidak tahu untuk menjawab. Dia memegang tangan Luna untuk bawa ke kerusi di taman

Luna melihat Heeseung yang kelihatan ingin mengatakan sesuatu dan ya, Heeseung mula bersedia untuk menceritakan sesuatu padanya

"Tak semua orang akan bahagia walaupun dikelilingi ramai orang. Walaupun saya dikelilingi oleh ramai gadis cantik, saya belum pernah ada kawan untuk berbual.

Ianya tak seindah yang awak sangka. Tiada kawan untuk berehat bersama, tiada untuk berborak bersama, bermain, atau meluah... Semuanya perlu memendam sendirian sebab walaupun mereka menyukai kita, tak semestinya mereka mahu berkawan dengan kita.

Ianya agak sunyi tapi kadangkala kesunyian tu agak tenang sebab boleh memikirkan sesuatu secara bebas"

Melihat Heeseung begitu membuatkan Luna terasa sedih dan simpati. Tak disangka orang yang paling popular di kolej mempunyai rasa sunyi

"Kenapa tak luahkan pada keluarga ?"

Heeseung senyap.

Dia mula melihat Luna lalu berpaling semula ke langit

"Keluarga tak semestinya ada dengan kita selalu. Mereka hanya memandang kejayaan kita bukannya usaha kita. Mereka mahukan yang terbaik tapi mereka tak lihat apa yang telah berlaku pada kita untuk mendapatkan kejayaan itu"

"Keperibadian Heeseung agak berbeza dengan keperibadian Heeseung yang aku jumpa pada hari tu... Ia sangat berbeza. Heeseung hari ni nampak agak baik dan peramah namun dia sangat berbeza dengan Heeseung hari tu yang kelihatan dingin dihadapanku  semasa hampir ingin membunuhku "


(𝘾) 𝑭𝒂𝒕𝒆𝒔-𝑻𝒓𝒖𝒕𝒉 || [희승] √Where stories live. Discover now