0005

149 44 7
                                    

"Baiklah class, so hari saya akan tunjukkan pada kamu semua tentang-"

Tuk Tuk..

Bunyi ketukan pintu dari luar segera memotong ucapan guru yang sedang mengajar di hadapan membuatkan semua orang melihat ke arah pintu

"Lee Heeseung ? Bukan ke kamu di dewan lain ?" Soal guru itu selepas melihat Heeseung mengetuk pintu

"Maaf, saya dipindahkan ke dewan ni atas sebab pertukaran pelajar"

Guru mengangguk faham dan mengalukan kedatangan Heeseung untuk ke tempat duduknya

Semua pelajar menjadi senang dan gembira apabila Heeseung mula menjadi salah satu pelajar di dewan itu. Para gadis mulai melihatnya perlahan-lahan menaiki anak tangga untuk ke tempat duduk kecuali Ryujin dan Luna

Mereka hanya dia dan melihat lalu meneruskan kegiatannya

Heeseung mengambil tempat duduk bersebelahan dengan meja Luna dan Ryujin apabila menolak ajakan para gadis untuk duduk bersebelahan dengan mereka

"Nampaknya kita sekelas" tegur Heeseung menepuk meja Luna perlahan. Luna hanya mengangguk perlahan dan senyum senang

Ring Ring~

Bunyi loceng pada jam 10:00 pagi bagi waktu rehat

Semua pelajar keluar dari dewan masing-masing secara berkumpulan untuk menuju ke kafeteria. Segala persiapan dilakukan oleh pekerja untuk menyiapkan segala makanan yang akan dikunjungi oleh mahasiswa dan mahasiswi

"Luna nak makan ape ?" Tanya Ryujin sambil menunjukkan jarinya ke arah ordering machine untuk memesan makanan

Luna menghampiri dengan muka sedikit bingung kerana tidak tahu cara menggunakan mesin

"Kenapa ?"

"I-ini first time bagi aku... Macam mane nak gune ? Hehe"

Melihat riak wajah Luna yang sedikit malu kerana tidak tahu cara menggunakannya membuatkan Ryujin ketawa kecil melihatnya, Ryujin segera melangkah ke depan untuk menunjuk ajar pada Luna

Mahu sahaja menghampiri butang mesin itu, tiba-tiba saja seseorang datang menghampiri dan menekan butang terlebih dahulu

"Eoh ? Beomgyu ?!" Ucap Ryujin sedikit menengking Beomgyu

"Hahaha korang lambat sangat ahh~ aku tengah lapar"

"Saba lahhh aku tengah ajar Luna cara nak guna"

Beomgyu melihat ke arah Luna disamping Ryujin yang sedang kaku membeku

"Jadi kau Luna ye ? Budak baru ?" Soal Beomgyu menatap Luna

Anggukan kecil diberi

Beomgyu memberi huluran tangan pada Luna untuk berkenalan

"Hai, nama aku Choi Beomgyu, orang panggil aku Beomgyu but for you... You can call me myGyu"

Hampir muntah Ryujin dibuatnya setelah melihat Beomgyu yang mencuba untuk menggoda Luna namun tidak berhasil kerana Luna sudah berpaling ke mesin untuk membuat pesanan makanan

Selesai dengan pesanan masing-masing dan makanan sudah berada di tangan, mereka bertiga membuat keputusan untuk mencari tempat duduk dan makan disitu

"Mmm~~ sedap" puji Luna setelah merasai makanannya iaitu bibimbap

~

Begitu lahap mengunyah mereka bertiga menikmati kelazatan makanan yang dibeli sehingga sekumpulan teriakan para gadis mulai menguasai suasana

"AAAA LEE HEESEUNG !!"

Teriakan itu menyebabkan Ryujin, Luna dan Beomgyu berhenti seketika di kegiatan makan mereka dan melihat kegilaan para gadis yang menghampiri Heeseung di pintu masuk kafeteria

"Hahh~~ itu dia... Idola para gadis" keluh Beomgyu melihat suasana itu

"Kasian betul kat si Heeseung. Dia jarang sangat ade 'me time' " ucap Ryujin mencelah perbualan

"Famous sangat ke Lee Heeseung tu ?" Tanyaan Luna membuat mereka berdua berpaling ke arahnya

"Mestilah ! Dia orang kaya kot tapi..."

Ryujin ingin melanjutkan ayatnya namun ada sesuatu memori yang memberhentikan ucapannya membuatkan Luna bingung untuk mengetahuinya

"Tapi ? Tapi ape ?" Soalnya ingin tahu

Beomgyu meletakkan sudunya ke tepi dan mendekatkan badannya sedikit ke hadapan untuk bercakap

"Lee Heeseung memang kaya, tapi... Bagi aku dia agak misteri sebab takde sape yang tahu apa pekerjaan ibu bapanya sehingga begitu kaya sampaikan suatu ketika dulu ada khabar angin yang kata dia seolah-olah mempunyai keperibadian yang lain apabila di luar"

"Maksud kau ?" -Luna

Beomgyu melihat ke arah Ryujin

"Kau perasan tak 2 tahun lalu ? Ada kes pembunuhan berdekatan dengan kawasan perumahan di ilsam."

Ryujin mula berfikir sejenak waktu dan mula mengingati kes itu

"Ahhh kes tu~~ tau tau katanya ada pembunuhan berantai dan orang kata ada kaitan dengan keluarga Lee sebab itu berdekatan dengan kawasan perumahannya, tapi tak lama kemudian polis tiba-tiba tutup kes macam tu je sebab dibayar oleh orang atasan"

"Korang tau ke kat mana rumah Heeseung ?" Soal Luna mencelah

"Tak. Takda sesiapa pon yang tahu kat mana Heeseung tinggal walaupun orang kata dia tinggal di ilsam" jawab Beomgyu

"Tapi kitorang dah lupakan hal tu. Sebab tu hanya khabar angin takda sesiapa yang percaya lagipun terlihat dari keperibadian Heeseung yang sekarang, dia nampak agak baik dan peramah dengan semua orang"

Luna hanya berdiam seketika melihat Ryujin dan Beomgyu mula melanjutkan makan mereka dan berfikir tentang apa yang diceritakan mereka berdua

"Hai korang, boleh join ?"

"Ha ?"

.......

(𝘾) 𝑭𝒂𝒕𝒆𝒔-𝑻𝒓𝒖𝒕𝒉 || [희승] √Where stories live. Discover now