0006

137 42 10
                                    

Mereka bertiga berpaling ke arah seorang gadis yang menghampiri untuk menyertai mereka berbual bersama

" Minju ?" Tegur Ryujin mengenali gadis itu

"Eo- b-boleh" aluan Luna

Minju mula duduk di sebelah Beomgyu dengan sedikit menghampirinya namun Beomgyu tersenyum lalu sedikit menjauh dari Minju

"Beomgyu-ahh awak tau tak-"

"Tak"

Beomgyu memotong ayat Minju membuatkan gadis itu terdiam seketika lalu diketawakan oleh Ryujin

"Yah Minju, kau masih sukakan lagi ke mamat ni hahaha" ucapnya sambil gelak

"Hahh~ nak buat macam mana aku tetap akan sukakan dia walaupun-"

"Tapi aku tak nak"

Potong Beomgyu membuatkan suasana menjadi lucu sehingga Luna yang melihat menjadi gembira dengan sedikit gelak tawanya di wajah manis

Beomgyu mula menjauh dari Minju dan beralih tempat di sebelah Luna yang berada di hadapannya. Tindakan lucu Beomgyu membuatkan Luna tertawa, Minju hanya memandang

"Mesti kau budak baru kan ? Hai nama aku Minju, girlfriend Beomgyu"

"Sejak bila kita couple ha ?!" Tengking Beomgyu

"Jagiya~ kita bahkan akan berkahwin tak lama lagi" goda Minju membuat muka imutnya

"Ape bende minah ni merepek ni ?! Parents dia yang jodohkan aku dengan kau, aku still tak setuju dengan keputusan yang parents kau buat !"

Semua yang berada di meja mula ketawa dengan keras tambah lagi Ryujin yang sudah lama memerhati mereka berdua untuk mengacau

Ting~

Bunyi mesej dari talifon bimbit Luna berbunyi saat sibuk ketawa melihat mereka bertengkar di hadapan. Dia melihat isi mesej tersebut memberitahunya untuk ke pejabat segera

"A-aku kene pergi" izin Luna untuk pergi

"Pergi mana ?" Tanya Ryujin

"Pejabat"

Mereka mengangguk memberi izin untuk Luna pergi

.....

Dihadapan pintu pejabat dimana Luna sedang berdiri sambil memegang mesej di talifon bimbitnya seperti memberitahu sesuatu di aplikasi mesej iaitu kakoatalk

Dia mulai menarik nafas dalam dan memegang tombol pintu di hadapan lalu segera membukanya. Namun tombol pintu yang dipulas itu berkunci dari dalam

Luna berusaha untuk memulas tombol dengan sekuat tenaga dan tombol mulai berpulas terbuka dari dalam membuatkannya bergerak laju ke hadapan dan mendarat pada seseorang

Satu pendaratan membuatkan tangan Luna mendarat pada seseorang yang berada dihadapannya. Berasa pelik dengan tangkapannya dia melihat ke depan dengan kedua-dua tangannya yang tidak sengaja mendarat di dada seorang lelaki

Riak wajah terkejut segera beriaksi di wajahnya apabila dia mendongak sedikit ke atas untuk melihat wajah lelaki itu

"H-Heeseung ?! Matilah kau Luna haishh cuai betol " ucapnya dalam hati kerana malu tidak menyangka

Heeseung melihat tepat ke dalam bola mata Luna yang masih menatapnya terkejut. Seketika suasana seperti alam persendirian dimana hanya mereka berdua berada di sana

Dengan satu kelipan mata Luna membuatkannya tersedar dari lamunan dan segera menghapus jaraknya dari Heeseung dengan memandangnya sedikit panik

"A-ahh m-mian~" permintaan maaf diberi oleh Luna sambil membongkok pantas

Heeseung tersenyum lalu menunduk tatap mata tepat ke wajah Luna

"Awak budak baru tadi kan ? Apa nama awak ?" Tanya Heeseung

"L-Luna... Park Luna"

Terlalu gugup untuk menatapnya semula Luna sedaya upaya membuat alasan untuk pergi dan nasib sahaja setiausaha pejabat memanggil Luna untuk masuk

~

Jam 5:00 petang


Semua mahasiswa dan mahasiswi mula keluar dari dewan belajar masing-masing untuk pulang ke asrama dan rumah mereka

Luna, Ryujin dan Beomgyu berjalan bersama menuju ke pintu keluar utama sambil bercerita tentang benda menarik dengan gelak tawa bersama

"BEOMGYU-AHH~~"

Panggil seorang gadis dari jauh memanggil Beomgyu tak lain tak bukan ialah Minju

"Hahh~~ minah ni lagi" keluh Beomgyu membalik bola mata

"Hai korang !" Sapa Minju memeluk lengan Beomgyu

Ryujin dan Luna hanya melambai kecil ke arah Minju memberi jawapan sapaannya

"Beomgyu-ahh apa kata kita pergi mana-mana restoran nak ? I lapar lahh"

"Kau kenapa ?! Pergi je lah sorang"

Minju ketawa melihat wajah marah Beomgyu

"Tak boleh lah jagi~ eomma dan appa yang minta hehe... Bye bye korang"

Minju menarik Beomgyu paksa mengikutinya ke restoran dengan cepat sementara Beomgyu yang kelihatan seperti anak kecil yang tidak mahu mengikuti berpaling melihat Luna dan Ryujin untuk membantunya namun mereka hanya ketawa

___

Di pintu pagar utama sekolah dimana Ryujin dan Luna sedang menunggu. Beberapa minit berada di perhentian bas, tiba-tiba sahaja eomma dari Ryujin mengambil anak perempuannya untuk pulang dengan satu lambaian selamat tinggal dan berjumpa esok

Ring Ring~~

Nada dering dari talifon bimbit Luna seseorang menalifonnya

"Eoh.. Eonnie" sapanya menjawab panggilan

"Luna-yaa rasanya kamu kena naik bas"

"Kenapa pulak ?"

"Eonnie tak boleh keluar sekarang. Boss tak bagi"

"Hmm baik"

Luna menutup panggilan dan segera menunggu di perhentian bas bersebelahan dengannya

15 minit menunggu akhirnya bas mulai sampai lalu dinaiki oleh Luna dengan mengambil tempat duduk belakang

Di melihat ke arah tingkap untuk memandang suasana di luar. Namun matanya mula beralih pandang pada sosok lelaki yang memakai serba hitam membawa motor sport hitam pergi ke suatu tempat yang sunyi

"Heeseung ?"

(𝘾) 𝑭𝒂𝒕𝒆𝒔-𝑻𝒓𝒖𝒕𝒉 || [희승] √Where stories live. Discover now