0019

118 33 5
                                    

"Apa maksud kau ?" Tanyaan Ethan membuatkan Heeseung memberi sengihan padanya. Heeseung mula pandang ke arah laut

"Bagi kau permainan ni dah tamat, tapi bagi aku.... Ia baru je nak mula"

Muka terkejut dari Ethan tak lupa juga dengan yang disekelilingnya memberi ekspresi panik selepas mendengar ucapan Heeseung. "Apa maksudnya ' baru je nak mula ' ?! " Bisik hati Ethan melihat Heeseung tersengih jahat

Flassback....

1 hari sebelum kejadian..

"Aku ada idea... Apa kata kita perangkap mereka"

"Apa maksud kau Heeseung ?" Soal Ryujin masih bingung dengan idea Heeseung

"Kita bagi apa yang mereka mahukan lepastu, kita akan perangkap balik mereka"

Idea Heeseung agak bernas tapi pihak polis masih lagi dalam kebingungan bagaimana untuk perangkap balik mereka tanpa diketahui

"Lee Heeseung-shi, ini agak susah. Kalau kita nak tangkap mereka balik, kita perlu mengetahui setiap jejak mereka untuk merancangkan perangkap berdasarkan aktiviti yang mereka lakukan"

Heeseung berfikir sejenak. Dia melihat ke arah komputer polis yang masih mempunyai maklumat lokasi kejadian. Idea baru seakan-akan terlintas seperti cahaya lampu di otaknya, Heeseung mula melihat ke arah Ryujin

"Ryujin-ahh, Beomgyu pandai dalam bab asas komputer bukan ?" Soal Heeseung

"Boleh dikatakan. Beomgyu pernah menggodam maklumat peribadi sekolah lamanya, dia agak pandai dalam kegiatan menggodam laman sosial rahsia yang tak ramai dapat menggodamnya"

Heeseung mula tersenyum.

"Bagus. Boleh kau hubungi Beomgyu ?"

"For what ?"

Heeseung melihat semula ke arah maklumat lokasi itu, "Beomgyu boleh menggodam laman sosial rahsia jadi, tak mustahil untuk dia menggodam satelit"

Ryujin terkejut

"Apa maksud kau ?"

Heeseung menunjuk bulatan merah dimana lokasi kapal itu berada. "Kita perlukan hacker dan Beomgyu adalah orangnya. Dengan cara menggodam sistem satelit, kita dapat mengetahui setiap pergerakan orang-orang di atas kapal tu"

"Lee Heeseung-shi, kamu tau kan ini agak berisiko kerana satelit adalah objek yang berada di luar bumi ?! Kemungkinan besar kerajaan akan mengetahuinya melalui maklumat penggodam"

"Kita tak ada masa. Ini adalah satu-satunya jalan untuk perangkap mereka. Perdagangan kali ini bukanlah seperti perdagangan haram yang terjadi dulu tapi, ianya perdagangan yang pertama kali berlaku dalam sejarah. Ianya boleh membuatkan Negara Korea hancur di tangan Negara Amerika"

Berkerut dahi pihak pegawai polis itu setelah mendengar penjelasan Heeseung. Mereka tak tahu apa perlu dilakukan. Sebagai polis, ianya sangat berisiko kerana presiden Korea selatan perlu mengetahuinya agar mereka diberi lampu hijau untuk menggodam satelit di luar bumi

"Kita perlukan kebenaran dari Presiden Korea"

Mereka bergerak pantas menuju ke ruangan ketua pegawai polis dan berbincang tentang rancangan itu. "Mereka adalah orang atasan yang terkaya di Korea jadi... Tak mustahil ianya berlaku"

Mesyuarat besar diadakan di bidang persidangan bersama Presiden. Heeseung memberitahu segala rancangannya dan ingin meminta lampu hijau. Tak mudah sebenarnya untuk mendapatkan lampu hijau dari Presiden Korea Selatan tapi ianya demi keselamatan negara

Akhirnya lampu hijau diberi oleh presiden setelah 3 jam membuat mesyuarat bersama ahli-ahli atasan politik. Mereka merancang sehabis mungkin dan berharap besar pada Heeseung

(𝘾) 𝑭𝒂𝒕𝒆𝒔-𝑻𝒓𝒖𝒕𝒉 || [희승] √Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin