0017

134 37 3
                                    

Beberapa jam setelah Ethan pergi, Luna hanya tidur letih setelah berusaha melawan Ethan dari berusaha berhubungan dengannya. Dia menangis meminta bantuan dan berharap seseorang akan datang

Rambut yang sudah kusut masai dibasahi peluh dan wajah yang sudah basah kerana tangisan. Perut yang berbunyi kerana belum makan mahupun minum

Tak lama setelah itu, pintu mulai terbuka kelihatan wanita dengan rambut panjang berponi masuk ke dalam bilik dimana Luna diikat

"E-eonnie ?" Panggilnya lemah

Eonnienya iaitu Lisa datang ke hadapannya. Hanya duduk mencangkung melihat wajah Luna yang sudah kelelahan dengan kissmark yang dibuat oleh Ethan di leher serta di pipi, bibirnya yang dipenuhi dengan warna merah selepas dilumat habis-habisan menyebabkan luka kecil

"Heeseung akan datang"

Ucapan pertama Lisa membuatkan Luna tersedar dan melihat perlahan-lahan ke arahnya

"Heeseung akan datang jadi... Eonnie perlu tidurkan kamu"

"K-kenapa~"

"Ini arahan dari Mr.Lee . Kami perlu menukarkan rantai besi tu kepada tali biasa untuk mengikat kamu sebelum Heeseung datang melihat"

"Kenapa perlu ditidurkan ?"

Keluhan berat diberi oleh Lisa, dia hanya memandang wajah Luna

"Kami tak percayakan kamu. Kamu sangka selepas buka ikatan ni kamu takkan lari ? Maaf ini semua dari arahan Mr.Lee"

Hampir saja Lisa mengambil satu jarum untuk dicucuk ke lengan Luna tapi ianya berhenti setelah mendengar esakan kecil

"Tak sangka... Eonnie akan bergerak sejauh ni. Apa salah Luna ? Kita dulu sangat rapat bahkan orang asing pon menganggap kita seperti adik beradik sebenar"

Lisa memandang Luna.

"Ianya salah kamu kerana membuat keputusan untuk bersama Heeseung. Heeseung adalah satu-satunya harapan bagi perusahaan ni, dia perlu menandatangani perjanjian perdagangan yang besar dalam sejarah bersama ketua pelaburan. Dia orang Amerika dan itu adalah peluang pertama dan terakhir. Disebabkan kamu sangat rapat dengan Heeseung, kami terpaksa jadikan kamu umpan untuk dia kemari. Jangan risau selepas ini kamu akan dilepaskan setelah perjanjiannya selesai"

"Betul ke ?"

Lisa senyum lalu mengangguk. Hampir menyuntik jarum pada Luna, tiba-tiba kedua-duanya dikejutkan dengan Ethan yang membuka pintu dengan kuat

"KETEPI !" Tengking Ethan pada Lisa agar ketepi

"Apa masalah kau ?!"

"Aku perlu meletakkan sesuatu padanya" sambil memandang ke arah Luna.

"Apa maksud kau ? Letak apa ?!"

Ethan merampas jarum dari Lisa lalu menyuntik Luna dengan kuat sehingga kesakitan. Luna menggigil, matanya menjadi berat. Dia mula tertidur

"APA YANG KAU BUAT ETHAN ?!"

"Kau inggat Heeseung akan menandatangani perjanjian tu dengan mudah ke ? Dia takkan Lisa. Kau perlu berhenti jadi bodoh ! Heeseung takkan mengangguk semudah itu. LETAKKAN PADANYA SEKARANG !"

Ethan mengarah para petugas untuk memasangkan sesuatu pada badan Luna lalu ditutupi dengan jaket hitam agar tidak kelihatan. Lisa terkejut tapi dia dipaksa untuk keluar

Wajah Ethan perlahan-lahan ke telinga Luna yang sudah nyenyak tidur kerana suntikan itu dia berbisik tentang sesuatu. "Kau dah mengetahui kebenarannya sekarang... Kau akan terima nasibnya "

"Bersiap sedia. Heeseung akan datang menyelamatkan gadisnya"

~

"Kau yakin ke Lee Heeseung ?" Soal Ryujin risau melihat Heeseung dengan rancangan yang dibuat

Heeseung mengangguk. Dia melihat ke arah beberapa anggota polis memberi isyarat untuk sedia

"Aku yakin dengan rancangan ni. Luna pasti akan selamat"

Ryujin mengangguk. Dia melihat Beomgyu datang lalu menghampiri mereka berdua. Heeseung melihat ke arah Beomgyu, "dah sedia ?" Tanyaan Heeseung pada Beomgyu

Beomgyu mengangguk bersedia lalu menuju ke arah komputer. Dia menggodam sistem satelit untuk melihat keadaan dan keberadaan kapal yang menculik Luna. Ianya berada di tengah-tengah laut seperti menunggu kapal lain

"Aku dah dapat godam sistem satelit. Mereka sedang membuat persiapan tapi... Aku tak dapat dengar perbualan mereka"

"Tak mengapa. Asalkan kita tahu setiap gerak geri mereka. Semuanya perlu berakhir"

Ketua pegawai polis datang menghampiri. Dia memberi tabik hormat kepada semua pegawai. Ketua pegawai itu mula memberi beberapa kata-kata

"Dengar sini ! Ini adalah penangkapan besar dalam kes perdagangan haram yang sudah lama dirahsiakan sejak 1999 ! Kita akan mengakhiri kes ini !"

"YA TUAN !" Jerit pasukan

Ketua pegawai mula berpaling ke arah Heeseung

"Lee Heeseung- shi"

Heeseung memandang

"Setelah semuanya selesai, kami terpaksa menahan kamu sementara waktu untuk disoal siasat"

"B-baiklah~"

Mereka mula bersiap sedia termasuklah Heeseung satu pasukan keluar dari balai polis yang diketuai oleh Heeseung

"Tak payah susah-susah untuk bawa pulang banduan "















"Doakan aku..."

(𝘾) 𝑭𝒂𝒕𝒆𝒔-𝑻𝒓𝒖𝒕𝒉 || [희승] √Where stories live. Discover now