0013

153 37 15
                                    

"Awak kan ada saya"

Ayat pertama Luna setelah mendengar luahan isi hati Heeseung padanya membuatkan Heeseung berpaling

"Awak tak perlu rasa sunyi. Walaupun awak kata awak tak ada kawan, sekurang-kurangnya awak ada saya. Kita kan kawan"

Mendengar itu, Heeseung mula ketawa. Bagi Luna melihat Heeseung ketawa membuatkan hatinya tenang kerana senyuman manis dari lelaki itu mampu membuatkan gadis tenang

"Ya kita kawan, thank you Luna" ucap Heeseung perlahan-lahan mula mengelus kepala Luna

Heeseung mula berdiri untuk bersedia menuju ke kelas tapi sesuatu mula terlintas di kepala Luna menyuruh Heeseung berhenti seketika

"Heeseug-ahh"

Heeseung berpaling

"Awak tahu tak tentang penguasaan Black Office Dark Night ? "

Tiba-tiba saja wajah Heeseung mula kelihatan berkerut dahi apabila mendengar soalan itu dari Luna

"Bagaimana awak mengetahuinya ?" Tanya Heeseung

"Eonnie saya namanya Lisa, dia sepatutnya pergi kursus tentang bidang kedoktoran, tapi... Tiba-tiba saja semalam dia meminta fail biru yang mempunyai logo yang aneh dan terpapar nama pengusahaan tu di halaman pertama, ianya berbunyi seperti perdagangan rahsia"

Heeseung hanya diam memandang Luna yang sedang menunggu jawapannya. Tapi makin lama dia mula senyum dan tenang

"Saya rasa awak tak perlu masuk campur" jawab Heeseung

"Apa maksud awak ?"

"Ianya mungkin hal orang tua, kita tak perlu masuk campur dan lebih baik jangan mengetahuinya"

"Apa maksud Heeseung ' lebih baik jangan mengetahuinya ' ? Kenapa aku merasakan ada sesuatu yang aneh "

Suasana sunyi.

Heeseung tatap dalam ke arah mata Luna membuatkan Luna bingung namun tiba-tiba saja Heeseung semakin kedepan dan memeluknya erat

"Berjanjilah pada saya, jangan mengetahuinya. Lupakan saja demi kebaikan dan keselamatan awak"

Kata-kata Heeseung agak pelik, Luna hanya diam tidak berkata di pelukan Heeseung. Dia tertanya-tanya, kenapa ? Kenapa perlu merahsiakannya ?

"Awak adalah satu-satunya kawan saya jadi jangan ambil risiko demi saya, hm ?"

Masih dalam dilema, tapi nak taknak dia terpaksa mengangguk setuju. Heeseung mula melepaskan pelukannya dan mengajak Luna ke kelas bersama dengan memberi huluran tangan

Sudah berada di tangga, tiba-tiba deringan dari talifon bimbit Heeseung mula berbunyi

"Eoh Luna, awak naik lah dulu" arahnya menyuruh Luna untuk pergi ke kelas dahulu agar dia mencari tempat untuk menjawab panggilan

Luna mengangguk dan pergi meninggalkan Heeseung di bawah. Heeseung mula mencari tempat tersembunyi untuk menjawab panggilan

"Yeoboseyo ?"

"Dah tiba masanya~"


"Aku takkan sesekali menyakitinya"

"Dah tentu kau takkan terima, that's why aku hantar dia pada kau"

"Siapa ?!"

....

Panggilan terputus, Heeseung mula cemas. Dia melihat di sekitar tempat mencari namun sesuatu tidak dijangka

(𝘾) 𝑭𝒂𝒕𝒆𝒔-𝑻𝒓𝒖𝒕𝒉 || [희승] √Where stories live. Discover now