❒ chp. 20

30 9 1
                                    

"Awalnya kau nak balik?"

Y/n hanya mampu menarik sengihannya sambil mengambil begnya , "Gomen.. aku dah janji tak boleh balik lewat ngan parents ni ha."

Hinata menepuk lembut bahu Y/n , "Takpe. Kitorang faham , lagipun esok kau kata nak ke pekan kan?"

"Hm. Ada urusan kat luar sekejap."

Emma berpeluk tubuh , "Kau ni.. lain kali bagitau awal-awal lah kat kami. Aku dah siap baru nak cadang kita have some girl's sleepover. Kan jadi tak best takde kau."

Y/n mencerlungkan matanya ke atas , "Tu Kaori . Jadi wakil aku nak?"

"Ugh! Dalam mimpi lah.. adapun aku bagi dia tidur kat luar. Biar!"

Y/n dan Hinata pun bersama-sama ketawa.

"Ok , bye! Good luck with the party , girls!"

"Yess ! Hati-hati di jalan , sweetie !!"

Y/n melambai buat kali terakhir.

Habis saja menutup pintu depan rumah , Y/n sudah melihat Izana tersenyum menunggu dia di luar pagar.

"Itu pun kau." kata Izana.

"Haa ya.. nak complain lah tu sebab aku lambat."

Izana mendorong pintu pagar , lebih dahulu membiarkan gadis itu keluar kemudian ditutup semula.

"Tak bawa kereta lagi?"

"I found it would be romantic if we walk side by side?"

Satu tamparan halus hinggap di bahu Izana. Habis berderai tawa kedua mereka dengan gurauan Izana.

"Pandai main ayat kau eh."

"Kita mesti pandai ambil hati orang yang kita suka."

"Maaf , tapi trik kau tu tak akan berkesan dengan saya , Kurokawa-san."

Izana membalas dengan hanya tertawa.

"Makin susah nampak? Oh , berarti aku kena berusaha lagi keras lah kan?"

"Tak payah lah. Menyusahkan kau jer."

"So , nak dapat hati orang tu senang?"

Kedua kalinya Izana menerima tamparan di bahunya , "Sudah lah berangan , Izana.. haha."

Mereka pun berjalan beriringan. Sunyi malam di kawasan kejiranan , ditemani dengan lampu-lampu jalanan terasa begitu tenang.

Lain cerita pula dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi yang mengenai Y/n.

Menggigil tubuh mungil dia menahan sejuk , Izana pula sudah lama menyadari itu.

"Nak jaket?"

"Kenapa? Sekarang dah nak jadi hero lah konon nak bagi jaket?"

"Y/n... aku dah baik hati nak kasi. Kau sakit nanti."

"Ya , ya. Alright , Your Majesty."

Izana membuka jaketnya lalu menyelimuti Y/n masuk ke dalam jaket Izana yang bersaiz besar.

Rasa lega ketika merasakan kain fabrik hangat itu berkontak dengannya.

"Baunya kau."

"Aku baru mandi , Y/n. Jangan nak rosakkan momen."

"Hahaha..."

Inilah masa yang terbaik bagi Izana mau melakukan salah satu trik magic dia , namun tidak semena-menanya terganggu oleh kehadiran seseorang.

"Jangan sentuh dia!"

Semuanya terjadi dalam sekelip mata saja , tengok saja .. Izana sudah jatuh terduduk di atas jalanan.

"Izana!!"

Y/n menoleh ke sisi mendapati Mikey sudah berada di sana dengan pandangan maut.

"Mikey! Apahal kau ha!? Tiba-tiba datang nak pukul orang kenapa?"

Mikey menjeling Y/n lalu menarik lengan dia untuk berlalu pergi. Kesan pada pegangan erat Mikey itu hanya buat pergelangan tangan Y/n sakit.

"Auuhh!! Mikey! Berhenti !!"

Izana sudah mengagak perkara itu terjadi berhasil menghentikan mereka dengan berpaut pada tangan Y/n satunya lagi.

"Aku belum selesai." tenang saja Izana berkata.

"Lepas." selamba Mikey menjawab namun wajahnya tidak ubah menakutkan.

Y/n yang ada di tengah-tengah mereka hanya mampu menelan air liur , kelu tidak terkata.

"Tumbuk muka cantik kau sekali pun tak cukup ker? Atau kau nak lagi?"

"Kata siapa nak kau sentuh gadis aku dengan tangan kotor macam tu?"

"Gadis kau?"

"Stop!Stop!Stop! Jangan lawan lagi!!"

Dua lelaki itu beralih pada Y/n yang berkerut dahi menunduk ke bawah.

"Sudah. Jangan gaduh lagi..Mikey."

Melihat anak mata Y/n yang menjelaskan dia memohon kepada Mikey , luluh hati nya.

Selepas Mikey melepaskan tangan Y/n , Izana juga turut ikut.

Y/n mengusap-usap perit di tangannya , "Y/n.. kenapa kau pulang awal?"

"Salah kah kalau aku balik awal?"

"Tak. Tapi aku- .. kita belum pun ada masa bersama tadi."

Macam tidak percaya yang Mikey akan cakap sebegitu.

"Masa... bersama? Hah! Kau tak payah bodohkan diri , Mikey. Buat apa aku nak spend time ngan kau lagi kalau Kaori sudah kau dapat?"

Mikey cuba membuka mulutnya lagi namun Y/n cepat betul memotong dia.

"Kalau kau masih tak puas hati.. cuba explain kenapa sampai nak peluk-peluk tadi?"

"Bukan aku. Kaori-"

"Bukan itu ker yang kau nak selama ni?! Kau dah berusaha sejauh ni.. bersusah payah nak berurusan ngan aku.. and then what ?"

Izana hanya sekadar menjadi penonton.

Suasana pun mula lah menjadi tegang bersama dengan tiga orang itu yang saling berhadapan di bawah bulan bercahaya terang di langit malam.

𝐀𝐍𝐓𝐈-𝐘𝐎𝐔 // 𝒕𝒐𝒌𝒓𝒆𝒗 . 𝒔𝒎Where stories live. Discover now