❒ chp.11

38 12 0
                                    


♡ Apa khabar semua? ♡
Enjoy reading , fellas~


SKIP TIME ~


Geram.

Satu kalimat perkataan yang mampu menggambarkan perasaan Y/n saat ini. Peluh dingin turun perlahan di tepi dahi Chika merenung sikap rakan seorangnya ini.

Dari awal pagi buta lagi , Chika dikejutkan dengan hentakan kuat atas meja Y/n.

"Dahi kau okay tak? Kuat tu kau hentak atas meja tadi." Kata Chika.

Y/n melontarkan jelingan tajam sehingga membuatkan Chika menutup mulutnya dengan sekilas pandang.

"Ergh! Kenapa pula!? Tiba-tiba saja! Tu!"

Chika melarikan matanya ke arah tempat yang Y/n tunjuk. Di situ , dia melihat Mikey bersam Kaori tengah berjalan bersama-sama untuk membeli di kantin.

Y/n mendengus kesal.

"Ahhh .. Kaori ngan Mikey. Kenapa ngan dorang?" Soal Chika , langsung tak sambung.

Soalan bonus dari Chika itu malah menambahkan rasa pedih di hati kecil Y/n ketika sahabatnya sendiri masih tak connect wifi.

"Lahhh.. Chika! Kau tak sambung ker!? Dah beberapa hari ni .. minah tu!! Berkepit ngan Mikey!! Makan , dia semeja ngan kita! Datang sekolah , Mikey jemput dia! Rehat , dorang keluar sama-sama. Balik sekooolaahh pun! Mikey siap tunggu depan pagar lagi!! Habis tu aku!? Dibiarkan jer macam anak anjing ikut-ikut kat belakang!!"

Chika meneguk air liurnya. Shit! Y/n dah mula dah.. takde cara lain. Aku kena sabarkan dia.

"Ah hahaha .. ahh , Y/n-chan. Relax.. in out .. in out."

Y/n kemudian menarik nafas sesuai dengan tempoh yang Chika lakukan.

"Hey! Kau ingat kita nak senam ker kena tarik nafas?"

Chika tersengih kambing lalu menyambung makan makanannya.

Y/n kembali memandang pasangan tadi.

Tangan Kaori yang tadinya berada di atas kaunter menunggu pesanan datang perlahan ditarik ke bawah dan Mikey sepertinya menggengam jari-jemari nya.

Y/n menampar bahu Chika sebagai refleksi.

"SEE!? Siap main tersipu malu .. main pukul-pukul lagi minah tu! Ahhh , Chika~"

Chika mengeluh . Wajahnya pasrah saja dengan sikap rakan nya. Mungkin dia period kot sekarang .. tu ah sebab perangai budak-budak dia datang balik..

Chika perlahan beralih kepada Y/n yang meraung seperti budak-budak di sebelahnya. Belakang dan bahunya sejak tadi menjadi mangsa disayang .. ehh bukan .. dipukul oleh Y/n untuk lepas geram.

"Boleh tak .. kau biarkan aku enjoy nasi aku? Dari tadi kesian aku en tak dapat sumbat mee masuk mulut , hm?"

Y/n menunduk.

"Maaflah.. aku mana sengaja." Jawab dia rasa bersalah.

Chika pun mengangguk. Dia tersenyum separuh ikhlas lalu kembali mahu menjamu selera. Merasa sedikit percaya dengan kata-kata Y/n.

𝐀𝐍𝐓𝐈-𝐘𝐎𝐔 // 𝒕𝒐𝒌𝒓𝒆𝒗 . 𝒔𝒎Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu