❒ chp. 14

43 12 10
                                    



"Eh?"

Struggle Y/n berfikir mencari jawaban yang tepat akan situasi yang berlaku ke atas nya sekarang.

Izana.. ya , si jejaka kacak yang tiba-tiba muncul itu mengusap lembut kepalanya. Senyuman tidak lekang pudar di wajahnya.

"Rupanya , Y/n-chan kita semakin besar."

Setelah puas mengusap rambutnya , Izana dengan relax nya berjalan mendahului Y/n yang masih tercengang-cengang di belakang.

Diusapnya dia kepalanya perlahan mengingat semula kejadian tadi.

Y/n menggeleng sendiri.

"Kau masih belum berubah , Izana."

"Oi. Cepat nanti aku tinggal , kau marah lagi."

"Haaa ya ya .. tunggu aku!"

Apa salahnya ada teman keluar jalan-jalan kan?

- - - -

"BOM!!"

"Yahhh!!! Aku menang lagi!"

Meletup saja belon daripada gula-gula getah yang dikunyah Mikey tadi ketika Baji bersorak.

"Ha!! Kau kalah betting! Jangan lupa ngan janji kau eh?"

"Hah!? Mana adil! Kau menipu! Aku nampak kau curang tadi!!"

Mitsuya tertawa melihat dua orang temannya itu manakala Draken mengeluh saja. Mikey yang berdiri di sebelah mesin permainan di tepi kedai runcit itu memandang langit.

"So , malam ni pun kau keluar pergi ngan Kaori lagi ker?"

Mikey pandang Draken.

"Macam tulah agaknya."

"Kau takleh rehat sekejap ker?"

Raut muka Mikey sudah bertukar.

"Maksud kau?"

"Takkan kau tak bosan .. setiap hari .. setiap saat nak kena hadap dia? Cerita tak habis-habis ker?" perli Draken , selamba.

Mikey sudah tidak bersandar pada dinding.

Baru mahu melanjutkan suasana panas itu dengan herdikan Mikey , Pah-chin sudah terlebih dahulu mengganggu.

"Eh , itu bukan Y/n-chan ker? Dia gerak ngan siapa tu?"

Semua mereka berpaling menuju ke arah Y/n. Sudah timing ketika itu , Y/n dan Izana tertawa bersama.

Melihat reaksi lembut dari Y/n itu .. senyuman manis Y/n , Mikey tak dapat kawal perasaan tak menentu yang muncul di hatinya.

"Woah..sem lah mamat tu."

"Takkan lah cousin sampa nampak cute camtu kan?"

Draken merenung Mikey.

𝐀𝐍𝐓𝐈-𝐘𝐎𝐔 // 𝒕𝒐𝒌𝒓𝒆𝒗 . 𝒔𝒎Where stories live. Discover now