❐ chp. 09

58 15 1
                                    


♡ 𝖯𝗅𝗓𝗓 𝗏𝗈𝗍𝖾 𝖻4 𝗒𝗈𝗎 𝗋𝖾𝖺𝖽 ♡




"1 minggu."

Ya , sudah seminggu Y/n elakkan diri untuk bertemu dengan Mikey. Jikalau mahu katakan alasan nya bukan saja kerana kejadian di bilik disiplin namun Y/n juga sibuk untuk bersedia dengan exam.


"2 minggu ke depan exam akan mula. Yosh! Aku kena usaha. Aku takkan tertinggal kelas sedikit pun."

Dengan cara ini sajalah Y/n dapat abaikan perasaan sakit hatinya tempoh hari dan pembelajaran didahulukan.

Kkring!!

Kepala Chika pun timbul disebalik pintu meneroka kelas tahun kedua itu mencari kelibat Y/n.


"Ah! Itu pun dia! Y/n!"

Mulut Y/n yang terkumat-kamit membaca buku pelajaran di tangan nya terhenti. Perhatiannya beralih ke depan kelas.

Baru lah dia sedar hampir seluruh kelas nya sudah keluar rehat dan hanya dia dan sedikit rakan kelasnya yang masih stay di dalam.

"Jom pergi rehat!"

"Maaf.. aku bawa bento hari ni. Jadi aku mungkin makan dalam kelas."

Mood Chika seketika jadi down. "Tapi kan hari ni aku full load. Aku belanja jom?"

Y/n tersenyum , "Err.. maaf lah. Hari ni pun tak boleh."

Chika mengeluh sedih dan menarik kerusi di depan meja Chika dan melabuhkan punggungnya.

"Alah... Takkan aku kena terus-menerus pergi rehat sorang-sorang? Aku rindu rehat ngan kau."

"Chika.. kau kan friendly and ramai kawan lain lagi. Kenapa tak ajak dorang jer?"

"Kau dan dorang itu tak sama , Y/n. Aku nak sahabat aku.. bukan kawan biasa."

Luluh hati Y/n saat menatap sahabatnya itu yang bermuka kusam. Tak sampai pula dia berbuat begitu dengan lebih lama lagi. Bukan dia mahu mengabaikan Chika juga.

"Haa , yelah. Jom. Janji kau yang belanja."

"Seriously!? Yess!!! Jangan risau. Aku belanja! Hehe!"

Y/n turut gembira ketika Chika bersorak teruja apabila dia akhirnya mahu keluar bersama Chika.

Chika terlebih dahulu keluar kelas manakala Y/n menutup buku-buku nya dan menepuk habuk yang ada di skirtnya.

Dia pun keluar dan menutup slide door kelas nya.

Baru hendak pusing , dia terkejut pula ketika lengan nya ditarik dengan kasar.

"Ah! Mi-Mikey?!"

Mikey tidak berkata apa-apa dan hanya berjalan berterusan mara ke depan.

"Y/n!!"

Saat dia toleh ke belakang , dia melihat Chika sudah ditahan oleh Pah-chin dan Peh-yan yang tidak membenarkan dia untuk mengejar Y/n lebih lanjut.

Di jalanan barisan belakang mereka pula diiringi dengan gang member Toman yang turut mengekori ketua mereka.

"Apa yang kau tengok ha!?"

Baji dan hanya beberapa petinggi Toman saja yang menjadi bodyguard di belakang menjaga jalanan untuk mereka.

Y/n tiba-tiba rasa gementar. Rasa takut perlahan menguasai dirinya. Apalagi dengan genggaman tangan yang semakin erat.

Y/n berdesis kesakitan namun dia menggigit bawah bibirnya supaya tidak mengeluarkan apa-apa suara.

Aku tau dia sedang marah... Aku dapat rasa.

Draken hanya diam memandang mereka dari sisi , pasrah hanya ikut keadaan dan bersedia jika ada apa-apa masalah yang terjadi selepas ini.

- -

Ttak!

Sesampainya mereka di atas bumbung atap sekolah , pasangan itu berhenti.

Beberapa minit selepas itu , Mikey pun melepaskan tangan Y/n dan dimasukkan ke seluk poket seluar.

Tundukkan kepala dan tidak berucap sepatah kata pun .. itulah solusi Y/n sekarang. Namun sebenarnya , dia punya banyak perkara yang mau dibicarakan.

Mikey maju ke depan dan berhenti di depan jaringan yang mengelilingi depan mereka dan memandang ke bawah melihat ada pelajar yang bermain bola di padang.

"Jelaskan."

"Aku tak tau apa benda yang nak jelaskan dekat kau , Mikey."

"Satu minggu ... Kenapa kau off call aku?"

"Aku busy."

"Mesej aku unread.. bluetick pun tak."

"Homework aku banyak."

"Kau lari dan asyik mengelak dari aku. Time rehat aku ajak kau bersama kau banyak alasan pula."

"Aku nak fokus belajar. Exam dah nak-"

"Fuck you lah ngan exam kau!"

Y/n menggenggam erat kedua penumbuknya. Kulit pucat di telapak tangan nya itu kini sudah menjadi warna merah muda akibat kukunya menusuk.

"Answer..me."

𝐀𝐍𝐓𝐈-𝐘𝐎𝐔 // 𝒕𝒐𝒌𝒓𝒆𝒗 . 𝒔𝒎Where stories live. Discover now