❒ chp. 16

26 11 1
                                    



"Akhirnya kau sampai juga!"

Ekspresi Y/n melembut saat melihat Emma dan Hinata sudah berada di depan pintu mau menjemput dia dan Mitsuya dahulu.

"Tadaima."

Mitsuya dibalas oleh Emma yang laju menarik Y/n ke dalam pelukan. Hinata juga tidak ketinggalan menyertai pelukan mereka.

"Haa.. aku rindu sangat kat kau , Y/n-chan. Kami , rindu kat kau."

Hinata mengangguk , bersetuju dengan ucapan Emma. " Ya , dah lama tak kumpul sama-sama."

Sejuk hati gadis satunya lagi mendengar luahan sahabatnya. Terasa sedikit lega sebentar.

"Hm. Tapi , kenapa aku tak rindu korang pun?"

Cepat betul kedua mereka meleraikan pelukan dan memandang Y/n dengan tatapan sedikit terkejut dan tidak percaya.

"Kau biar betul?"

"Hm , sia-sia aku berbuih mulut tadi nak maniskan suasana."

Y/n tertawa melihat reaksi lucu dari kedua sahabatnya. "Baiklah , aku saja tu. Chill out , guys. It was a joke!"

Emma menjelirkan lidahnya.

"Tak nak. Kau jahat. Jom , Hina-chan. Kita tinggal budak tak ingat kawan ni. Hmph!"

Hinata pula hanya menggeleng. Dibiarnya si Emma merangkul tangannya dan lantas berlalu dari sana.

Y/n berpeluk tubuh.

Mukanya sudah berubah. Beribu kedutan timbul di dahinya. "Hampeh punya kawan. Celaka betul. Dah aku kata itu cuma main-main jer."

Giliran Mitsuya pula tertawa.

Lelaki yang cukup lama menyaksikan reunion antara tiga gadis itu terasa geli hati melihat interaksi comel mereka.

"Sudah. Jom? Banyak lagi ni nak buat."

Surut sikit rasa geram dirasakan di lubuk hati ketika telapak tangan Mitsuya menyentuh atas kepala dia.

"Hmm.."

Mitsuya tergelak kecil. Y/n pun menghulurkan tangannya. Tidak menunggu lama , Mitsuya memberikan bakul plastik yang satu kepada Y/n dan satu lagi dia pegang.

Y/n melirik ke arah Mitsuya.

"Haih , Mitsuya. Kau jer kawan sejati dan setia aku. Harap kau tak kecewakan aku ya?"

"Haha .. don't worry. Please take care me of me , My little Lady."

"Berhenti sentuh rambut lah. Lebih 30 minit aku urus ni tau."

"Alright..Alright~"

↠↠


"FUHH!"

Y/n mengeluh keras.

Dari tadi lagi dia asyik ke sana sini mengangkat barang-barang untuk dipindahkan ke tempat masing-masing.

Baru seminit masuk ke dapur , Y/n terkebil-kebil melihat kesibukan orang lain untuk menyediakan makanan.

Emma dan Hinata juga berlari ke sana kemari nak siapkan masakan.

Bukan tak nak join sekali , tapi diri sendiri yang tidak mahu menambahkan lagi sesak di ruangan kecil itu.

Sudah lah sempit , nak muatkan sorang lagi memang lah tak boleh.

"Tidak apa. Hari ni jer busy. Alright , let's get back to work."

Selesai menyusun meja dan kerusi di tengah taman kecil di halaman belakang rumah itu , Y/n memeriksa semula semua benda di situ.

"Eh? Tak cukup kerusi lah."

Segera dia bergegas pergi mencari kerusi yang masih ada.

Belum jauh berjalan , sosok seorang gadis yang amat dikenali tiba-tiba pula muncul di hadapan dia.

Di mana dia berharap sangat supaya tidak bertemu.

Bertembung di lorong yang menjadi perantaraan ruang tamu dan menuju ke stor serta ke halaman hadapan.

Dub.Dap.Dub.Dap.

Kuat detak jantung Y/n berdegup seakan mahu tercabut saat itu juga. Diam-diam dia mencubit hujung baju Baby T-shirt nya.

Tenang , Y/n. Jangan nervous. Dia cuma orang biasa.

Entah kalau Y/n sedar atau tidak akan sikap kurang senang Kaori tadi sebelum dia tiba-tiba tersenyum lebar dan mendekati Y/n.

"Heeee .. Y/n-chan! Kau pun ada kat sini ker?"

Ada bau mencurigakan.. aku kena alert.

"Aha..ha. Hai? Emma jemput aku. Dia ada minta tolong sikit."

"Wah , aku pun datang. Mikey tak habis-habis pujuk aku. Nak sangat aku datang katanya. Ada ker sampai nak suka hati suruh orang datang dengan paksaan?"

"Oh.. haha .. Mikey .. paksa?"

Begitu janggal sekali suasana antara mereka setelah perbualan diorang terhenti sekejap.

Bukan rasa janggal , namun apa yang dikatakan oleh Kaori tadi sudah mula buat hati dia pedih.

Mikey? Paksa? Setahu aku .. dia mana suka paksa orang ..

"Ah , okay. Hmm .. aku dengar .."

Tiba-tiba Kaori menjadi tertarik selepas berkata seperti itu. Dia tidak langsung menghabiskan ucapan nya yang membuatkan Y/n tertanya apa yang dikatakan.

Kaori tergelak kecil. Gelak sinis.

"Eh takpe lah. Aku rasa tak betul pun tu .. kot."

Wajah Kaori berubah sinis dalam diam pada hujung ayatnya itu di mana gadis innocent seperti Y/n tidak dapat membacanya.

"Apa? Apa maksud kau?"

Semakin Y/n ingin tau , semakin lebar pula senyuman Kaori dengan trik kecilnya itu.

"Yakin ker nak tau?"

Y/n mula rasa tak senang hati.

"Bagitau aku sekarang."










Kaori tersenyum senget.

The shows begin!

𝐀𝐍𝐓𝐈-𝐘𝐎𝐔 // 𝒕𝒐𝒌𝒓𝒆𝒗 . 𝒔𝒎Where stories live. Discover now