❒ chp. 19

51 14 2
                                    


"Betul tak nak Y/n tolong?"

"Ya , dah dah. Masuk dalam.. kat luar ni sejuk. Malam pun nak datang."

"Alah , sampai kat pagar tu jer."

"Kau ni memang keras kepala dari dulu."

"Hehe~"

Y/n pun berdiri di sisi pagar.

Datuk Sano berhenti lalu bebalik mendekati Y/n lagi. Kedua lengannya yang berada di belakang dikeluarkan.

"Lain kali jangan jatuhkan , nasib atuk yang nampak."

Y/n memandang sebuah botol putih agak kecil yang dihulurkan oleh Datuk Sano.

Air muka Y/n berubah pucat dan terkejut namun dia cepat-cepat mengambil botol ubat itu lalu menyimpannya di poket.

"Hm! Te-Terima kasih atuk."

Sedih raut wajah yang sudah berkedut si orang tua itu pandang Y/n.

"Stage ke-berapa?"

Y/n menunduk.

"Tahap tiga , fasa pertama."

Datuk Sano benar-benar terpana mendengar itu. Sakit sungguh hatinya walau hanya tau hakikat itu.

"Bertahan lah nak. Atuk yakin kalau ada keajaiban , pasti ada harapan."

Y/n cuba tersenyum meskipun air mata sudah mahu tercurah keluar.

"T-Terima kasih."

Untuk terakhir kalinya , Datuk Sano memeluk Y/n. Mengusap dan mengucup lembut dahi Y/n dengan kasih sebelum pergi.

Sudah maklum dari dulu lagi , Datuk Sano menganggap Y/n itu seperti cucunya sendiri.

"Atuk? Mama papa kirim salam."

Datuk Sano tersenyum.

"Kirim kan balik."

Y/n menghantar Datuk Sano pergi dengan renungannya. Dari tadi lagi selepas dia memegang botol ubat tadi , air matanya bertakung namun dia tidak mahu menangis depan Datuk Sano.

Akan tetapi , setitis air mata akhirnya berjaya juga jatuh ke pipinya.

Y/n menyapu air mata itu lalu menarik nafas.

"Haaa... Y/n , kau tak boleh jadi cengeng. Kau kena kuat. Yess!"


"Y/n-chan!"

Terkejut akan sergahan halus itu , automatik buku lima Y/n melayang ke atas menumbuk muka seseorang.

"Aww..."

"HEEEE!? I-IZANA-KUN! Kau tak apa-apa!?",

Tergopoh-gapah Y/n mahu periksa hidung Izana yang terkena tumbukan kerasnya.

"Jangan sentuh! Biar aku tengok! Aduh .. maaf! Aku tak sengaja tadi! Aku tak nampak kau .. aku tak sedar kau ada kat sana! Sorryyy."

Izana tertawa kecil.

"Takpe. Tak berdarah pun."

"Yakin? Tak patah hidung tu?"

Izana menggengam jari-jemari Y/n yang memegang hidungnya , panik terus Y/n sampai meniup hidung nya.

"Aku dah kata , Y/n.. aku okay."

Terpukau dengan warna anak mata Izana bersama dengan cahaya lampu jalanan yang menyinari warna rambut putihnya itu membuatkan dia bersinar di mata Y/n.

Dub.Dap.Dub.Dap.

Rasa macam nak mati awal saja Y/n fikir setiap kali jantung nya berdegup kencang.

Y/n menarik tangannya.

"Ah , sorry."

Izana tersenyum sinis.

Tangannya itu kembali menyeluk kedua poket seluarnya.

"Eh , kau apahal ada kat sini?"

"Aunty dengan Uncle suruh aku ambik kau. Dah lewat but kau masih berkeliaran di luar. Kau tau kan anak dara tak boleh jalan lewat malam?"

Y/n menarik muncung itiknya.

"Aku tak berkeliaran lah. Anyway ! Macam mana kau boleh ada kat sini? Maksud aku .. mama papa-"

"Aku ada family dinner ngan korang."

"Eh? Asal mama tak bagitau aku?"

Izana toleh ke sisi , "Entah."

Y/n mengeluh berat.

"Baiklah , aku akan pulang sekarang. Tapi tunggu .. aku kena ambik barang lagi kat dalam."

"I'll be waiting , Y/n-chan."

"Oh , shush with the language , Izana-kun."

Lekas pudar senyuman manis Izana tadi selepas dia melambai pemergian Y/n



"Dia.. menangis?"

↠↠

𝐀𝐍𝐓𝐈-𝐘𝐎𝐔 // 𝒕𝒐𝒌𝒓𝒆𝒗 . 𝒔𝒎Where stories live. Discover now