❒ chp. 13

32 11 6
                                    

Y/N mengerutkan dahinya.

Di sebalik dinding atas tangga menuju ke tingkat atas itu , berdirinya Y/n seorang diri sambil mengintai dan cuba mendengar perbualan antara orang-orang yang ketika ini berada di ruang tamu.

"Tetamu kot?"

Sekali lagi , dia cuba untuk diam dan fokus akan topik yang sepertinya menarik sedang diceritakan.

"Y/N!?"

Terinjut sedikit bahunya saat papanya menjerit nama dia. Jadi gelabah dia memastikan dirinya sudah kemas baru dia turun ke bawah.

Saat dia turun , dia melihat ada seorang lelaki tersenyum duduk rapat di sebelah ayahnya berpakaian kasual.

"Mari sini duduk.. papa nak kenalkan seseorang dengan kamu."

Y/n rasa sedikit kekok manakala ayahnya pula sudah menyambung perbualan mereka lagi tanpa menghiraukan Y/n.

Mamanya yang bernyanyi kecil sambil menyediakan teh untuk mereka di dapur itu dipandang sekejap.

Aduh .. papa tak bagitau apa-apa pasal ni pun.

"Haha ...tapi pa , Y/n .. masih ada kerja kena buat ni."

Bukan Y/n tidak perasan sejak dia menjejakkan kaki menuruni tangga , mata lelaki itu hanya fokus pada dirinya.

Saat faham akan jelingan penuh makna dari sang ayah , Y/n menelan air liurnya ketakutan.

"Sekejap jer. Dah duduk kat sini."

Hampanya rasa hati namun si gadis itu masih saja menurut perintah sang ayah lalu duduk di sebelah dia.

Ketika dua orang itu duduk sebelah menyebelah dia , senyuman mula ditarik memanjang menghiasi wajahnya.

"Teh dah siap.."

Lalu situasi sudah berubah sekarang. Tidak ketinggalan juga dengan wanita itu untuk ikut bersama.

"Baiklah. Papa tak suka panjangkan cerita. Syukurlah korang dah jumpa sekarang. Y/n , ini Izana Kurokawa. Izana , Y/n."

Izana pun menarik senyuman menawan yang begitu lebar sambil menghulurkan lengan untuk berjabat tangan.

"Izana. Selamat berkenalan , Y/n-chan."

Sudah lah hensem si jejaka seorang ni , inikan pula dia bersuara garau menyebut namanya sebegitu. Aishhh , aku jadi jealous dengan nama sendiri..

"Ah..haha ya .. selamat berkenalan juga."

Dua orang dewasa tadi hanya menyaksikan mereka yang sudah mula akrab antara sesama dalam diam tersenyum gembira.

Cepat betul gadis itu menarik lengannya. Bukan cuma itu , dia berpaling dan berdehem kecil sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Kuhh , semangat.. asal pula ngan dia ni eh? Bersinar-sinar .. ker mata aku masuk habuk??

"Eherm.. Y/n , masih ingat Izana kan? Teman masa kecil kau."

Melihat reaksi terkedu Y/n , Izana tergelak kecil. "Rupanya kau dah lupa kat aku."

"Ehhhhh!? I-Izana-kun!?T-Tapi kenapa aku tak.. kau pergi mana selama ni?"

Izana mengangguk lalu dia melihat kepada ayahnya lagi.

"Uncle.. boleh tak aku pinjam anak uncle sekejap?"

Panas terus seluruh muka Y/n apabila Izana berkata demikian. Izana pula hanya relax senyum kambing.

"HAHAHA! Apa salahnya.. haa , pergilah."

Macam tu ja!!? Eh , papa dah kenapa ni? Datuk baik seberang jalan tu pun dulu nak marah sebab aku berbual sekejap jer ngan dia.. Izana tak jelas senang jer dapat green light!?

Izana pun menunduk hormat sebelum dia berdiri bersama-sama dengan si ayah. Ibu yang dari tadi diam memasang muka happy tertawa kecil.

Y/n memeluk tubuhnya.

Mana aci!!! Aku langsung tak boleh cakap ya atau tidak kalau papa nak benarkan!

"Kalau macam tu..Uncle , Aunty.. kitorang nak keluar sekejap."

Beradab sungguh si Izana melayan kedua orang tua Y/n. Macam menantu- eh .. eherm.

Hati-hati di jalan ya sayang!" ucap mama.

Mahu tidak mahu , terpaksa lah Y/n terima hakikat akan keluar bersiar-siar dengan Izana , si long-lost childhood dia.

"Tak bawa kereta?"

"Hm?"

"Takde. Aku ingatkan , orang kaya selalunya bawa kereta setiap masa kalau nak jalan mana-mana."

Mereka berjalan beriringan ke jalan raya melintasi setiap kediaman kejiranan di situ.

"Well , in this case .. kau bersama dengan orang kaya yang limited .. sebab aku taklah suka bawa kereta sangat."

Y/n mengangguk-angguk.

"So , hidup okay?"

"Pfffft- soalan apa kau tanya aku ni?"

"Kan lepas aku jalan .. tinggalkan kau , so kau baik-baik jer kan kat sini?"

Y/n menarik nafasnya lalu perlahan menghembus.

"Yup , even without you.. I could do just fine , Izana. Bukan aku kena perlukan kau juga kan untuk teruskan hidup? I have my own life .. besides , kita hidup dalam dunia berbeza."

Izana agak terpana dengan kata-kata Y/n.

Selepas Y/n berkata seperti itu , suasana mereka bertambah janggal. Tidak mahu keadaan senyap , Y/n meneruskan cerita.

"Kau pula apa cerita?"

"Hmm.. Biasa jer. Masih sibuk ngan bisnes mama , balik pun sebab ada urusan kat pejabat mama. Aku lah yang kena suruh handle kan untuk mama."

"Hmmm..."

Izana menjeling Y/n. "Y/n...."

"Hm?"




Y/n terpaku.

"Eh?"

𝐀𝐍𝐓𝐈-𝐘𝐎𝐔 // 𝒕𝒐𝒌𝒓𝒆𝒗 . 𝒔𝒎Where stories live. Discover now