Chapter 31

203 13 2
                                    

Akhirnya, sampai juga aku di Malaysia setelah penerbangan selama lima jam. Kejung jugalah kaki aku. Nasib baik tak bengkak. Mujurlah ada Rose yang tidak penat mengurut kaki aku. Takut betul kalau kaki aku bengkak atau apa apa.

Beg dan bagasi kami berdua dibawa Hakim. Manakalah Rose masih setia di sisi aku. Risau betul kalau terjadi apa apa. Tak mampu aku balas segala jasa mereka bertiga termasuk Doyoung. Bercakap tentang Doyoung, sedih jugalah dia terpaksa berpisah dengan aku dan Rose. Iyalah, hanya dialah kawan lelaki yang rapat di sana. Lelaki itu jugalah yang sentiasa melayan aku dengan baik apabila aku mula mengidam apa apa. Kesian dia, belum kahwin tapi kena jaga mak budak dah.

"Siapa yang jemput kita ni Hakim?"

"Anas yang ambil. Dia cakap lagi sepuluh minit dia sampailah," lelaki itu ralit memandang skrin telefon. Entah apa yang dilihatnya. Bukan main serius lagi raut wajah. Macam ada sesuatu yang tidak kena. Tapi biarlah, mungkin hal pejabatnya. Maklumlah bos mestilah ada banyak kerja yang nak dibuat.

•°•°•°•°•°•°•°•°°•°••°•°•°°••°°••°•°•°•°°••°°•°•°•°•

Rayyan POV

Lega hati aku mendengar apabila isteri aku sudah pun tiba di Malaysia melalui Hakim . Selama ini, Hakim saja yang memberitahu aku semua perkara. Masuk lima bulan harini, aku dan Aireen berpisah. Rindu aku pada dia? Tidak dapat aku ungkapkan. Hampir tiap hari aku menyesal dengan perbuatan aku. Hanya mampu aku kirimkan doa sahaja kepada si dia.

Dapat tahu Aireen balik Malaysia pun cukup menggembirakan hati aku apatah lagi jikalau dia balik ke pangkuan aku. Insha-Allah suatu hari nanti semuanya akan baik baik sahaja. Aku hanya mengharapkan pengakhiran kepada kisah hidup aku dan Aireen adalah sesuatu yang indah. Takkan aku lupa salah aku jikalau isteri aku tidak akan kembali pada aku. Tidak sama sekali.

Satu satunya perempuan yang berjaya mengubah hidup aku. Satu satunya wanita yang berjaya mengetuk pintu hati aku tanpa sebarang rayuan atau apa pun. Malah dia redha dengan ketentuan yang ditetapkan untuknya dan tidak pernah sekalipun menyalahkan sesiapa. Betapa hebatnya bidadari syurga aku. Bidadari syurga yang dikirimkan tuhan untuk aku. Untuk melengkapkan kisah hidup aku yang penuh liku.

"Rayyan," pintu bilik aku diketuk dari luar. Tiba tiba terasa cecair panas di pipi aku. Air mata rupanya. Segera aku menyeka supaya orang lain tidak mengesyaki apa apa.

"Ya mama," wajah wanita yang bergelar ibu basah dengan ... air mata? terus wajah aku yang tersenyum berubah risau.

"Kenapa mama nangis? Anything happen?" tangan yang membesarkan aku itu diusap lembut. Aku membawanya ke meja kerja aku .

"Reen dah balik Malaysia. Rayyan taknak jumpa dia ke?"

zap!

Suami mana saja tidak mahu berjumpa dengan isterinya tapi aku takut, malu, kecewa dengan diri sendiri. Jujur, kalau ikutkan rasa hati. Sekarang juga aku mahu bertemu dengannya. Namun apakan daya. Aku tak mampu.

"Mama teringin sangat nak tengok anak lelaki mama ni macam dulu. Hadirnya Aireen mengubah sikap anak mama ni. Mama tahu semuanya Rayyan. Mama tahu yang sebelum ni apa kamu buat. Kamu keluar malam balik subuh. Mama tahu, cuma mama tak mahu besarkan isu itu. Kamu dah besar , dan kamu boleh fikir mana baik dan buruk," cukup tersentak aku dengan pengakuan mama. Terasa seperti aku adalah anak yang tidak berguna.

"Tapi lama kelamaan , perangai kamu makin menjadi jadi. Kamu mula pergi clubbing , bergaul dengan orang yang entah apa apa. Suatu hari, Reen datang rumah mama sebagai ganti ibunya kerja. Reen yang baik hati, rajin dan juga pandai hormat orang tua buatkan mama terfikir sesuatu. Mama terfikir untuk menyatukan kamu berdua,"

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now