Chapter 25

189 13 1
                                    

Rayyan POV

Aku baru selesai membersihkan badan untuk menunaikan kewajipan sebagai umat islam . Tiba tiba telefon aku berdering menandakan seseorang menelefon aku.

Izzah?

Aku dengan segera mengangkat. Mana tau ada kecemasan.

"Rayyan!"

"Kenapa kau call aku ni? Siap jerit lagi, asal?"

"Aireen.. dia ada dengan kau ke?" dada aku berdetak laju apabila Izzah bertanya demikian.

"Kenapa dengan dia?" aku mengabaikan soalan Izzah itu malah bertanya soalan semula kepadanya.

"Tadi dalam pukul 2 pagi dia mesej kita orang. Dia cakap jaga cafe' elok elok dan dia dah serahkan sepenuhnya cafe' tu dekat kita orang. Aku dan Farah tanya dia kenapa, tapi dia just baca . Aku call tapi dia tak angkat. Anything happen to her?" aku segera meletakkan panggilan dan berlari ke bilik yang didiami Aireen.

Kosong.

Jantung aku berdegup laju. Tiba tiba aku teringat kejadian malam tadi. Aku tuduh dia. Tapi mungkin dia lakukan demikian. Arghh! Serabutnya. Kau pergi mana ha Aireen! Kau ni asyik timbulkan masalah lah! Bengang hati aku.

Aku baru mahu keluar dari bilik itu namun mata aku terpandang sehelai kertas di atas meja solek. Segera aku mendekati meja itu.

Buat suami Reen yang disayangi..

Maafkan Reen atas salah silap Reen selama Reen bergelar isteri abang. Mungkin abang baca ni waktu Reen dah pergi jauh. Ya, jauh dari abang. Halalkan segala makan minum dan pakaian Reen selama ni. Maaf Reen tak dapat jadi isteri yang sempurna untuk abang. Tapi Reen berani bersumpah yang Reen tak pernah buat apa yang abang cakap. Tapi , Reen tahu abang takkan percaya. Reen tahu abang dah benci Reen. Perasaan benci abang terhadap Reen lebih kuat berbanding cinta abang terhadap Reen. Semoga abang bertemu dengan kebahagiaan abang sendiri , dan Reen pasti bukan dengan Reen. Kirim salam mama dan Raina. Bagitahu ibu dan ayah yang Reen baik baik sahaja. Jangan risau tentang Reen. Reen sayang abang sangat sangat. Maafkan Reen sekali lagi. Terima kasih untuk segalanya.

your angel.

Kertas itu aku pandang sepi. Perasaan aku kini bercampur baur. Aireen, isteri aku yang aku cinta. Pergi tinggalkan aku atas perbuatan aku yang kejam. Tuduh tanpa usul periksa. Hina isteri sendiri. Kejamnya engkau Rayyan. Perkara yang aku takut telah terjadi. Apabila amarah menguasai segala, siap sedialah untuk kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam hidup.

Aku seakan tiada arah tuju. Menyesal dengan perbuatan sendiri namun aku tak mampu untuk putarkan semula masa. Aku hilang dia. Dia yang merupakan segala galanya buat aku.

End POV

Aku, ummi dan Hakim menunggu di balai pelepasan. Dalam masa sejam lagi aku bakal meninggalkan tanah air untuk menyambung pelajaran aku. Segala tentang diri aku telah aku ceritakan pada ummi. Mengalir air mata umi mendengar cerita aku. Air mata aku juga hampir gugur namun aku kuatkan diri aku.

"Reen dekat tempat orang jaga diri tau. Jaga makan. Jangan fikir sangat masalah yang Reen hadap. Belajar rajin rajin. Cepat habiskan. Nanti cepatlah Reen balik sini jumpa ummi dan Hakim . Takdelah Ummi rindu. Ingat , kalau ada apa dekat sana just call me and Hakim. Hakim ada kenalan dekat sana, senanglah nanti dia tolong," aku mengangguk dan menghadiahkan senyuman buat wanita itu. Seperti ibu pula ummi ni.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now