Chapter 33

204 12 1
                                    

Aku mencari cari kelibat suami aku di merata rata tempat di dalam rumah namun masih lagi tidak jumpa. Tiba tiba hati aku tergerak untuk menuju ke belakang rumah. Ternyata benar tekaan aku. Rayyan sedang ralit bermain gitar dan menyanyikan sebuah lagu.

Takkan siakan dia
Belum tentu ada yang seperti dia
Satu dunia tahu aku bahagia
Banyak pasang mata saksinya

Takkan duakan dia
Belum tentu esok kan masih ada
Kesempatan tak datang kedua kalinya
Hargai dan jaga hatinya

Dalam diamku
Kupanjatkan selalu doa untuknya
Jodoh bukan soal sempurna
Namun yang mampu tangguh tuk bertahan
Dan berjuang

Suaranya yang amat sempurna betul betul memukau aku. Lagu Hal Hebat itu mempunyai 1001 makna yang tersembunyi. Dengan perlahan aku mendekati dan terus mendakap badan suamiku dengan erat.

"Sedap abang nanyi,"

"Mestilah, tengoklah suami siapa? Suami Aireen Mikayla kan," kami berdua ketawa kecil setelah Rayyan berkata demikian.

"Macam mana boleh jumpa abang dekat sini?"

"Reen cari abang satu rumah lepastu tak jumpa, tengok kereta masih lagi ada. Selepas itu, hati tergerak nak datang sini. Akhiranya jumpalah juga abang,"

Rayyan hanya melemparkan senyuman. Wajahnya seolah dirudum masalah.

"Abang ada masalah apa apa ke?"  aku duduk di sebelahnya sambil merenung dengan wajah yang sedikit risau.

"Takde apa apa, cuma abang bersyukur sebab abang dapat balik isteri abang. Rasa macam tak percaya yang isteri abang sekarang duduk depan abang dan tengah mengandungkan anak abang sendiri," akhirnya air mata lelakinya jatuh jua. Aku sebagai isteri mengusap belakang badannya dengan lembut.

"Reen pun bersyukur sangat sebab abang terima Reen semula seadanya. Kalau tiada abang, Reen tak mampu nak besarkan bayi ni seorang diri. Reen tak kuat macam orang lain," pondok di taman bunga itu sangat menenangkan dan mententeramkan hati. Diikuti lagi dengan angin yang sepoi sepoi bahasa .

"Siapa cakap isteri abang ni tak kuat?"

"Reen cakap,"

"Eh, salah.. Isteri abang lah yang paling kuat tau tak?"

"Iya ke abang ni?" kedua dua kening aku terangkat.

"Iya, kuat sangat. Lagi lagi kalau membebel," aku terus memandangnya dengan tajam dan dia segera berlari menjauhi aku.

Aku ni pantang dicabar, jadi aku pun turut mengejarnya walaupun perut ni sarat. Namun apakan daya , tak sampai seminit aku sudahpun mengah. Tercungap cungap aku bernafas. Tanpa berfikir, aku terus duduk di atas karpet rumput di halaman. Betul betul tak cukup nafas ni. Tangan kanan aku memegang perut manakala tangan kiri pula mengurut urut dada.

"Sayang!" Rayyan yang perasan akan keadaan aku laju berlari ke arah aku.

"Sayang kenapa ni? Abang minta maaf, takde niat pun nak buat sayang macam ni. Abang lupa yang sayang bawa anak kita dalam perut ni. Sayangg!" pipi aku ditampar lembut apabila mata aku hampir tertutup.

"Ish, apa abang ni. Reen nak lelap kejap je. Macam best je baring dekat sini," tercengang suami aku mendengar.

"Ya Allah sayang, abang ingat apa apa tak elok tadi yang jadi," kedua dua bahuku dipegang sedikit kuat olehnya. Rayyan menarik nafas lega apabila aku baik baik saja.

Mrs. RayyanWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu