Chapter 10

264 15 1
                                    

Sampai sahaja di tempat yang dijanjikan, kelihatan Ikhwan dan Fariz telah pun menunggu aku. Aku berjalan ke arah mereka dengan wajah yang agak tegang oleh kerana mereka berdua mengatakan ada sesuatu yang berlaku.

"Apa yang jadi Wan? Riz?" aku terus menanyakan soalan itu kepada mereka berdua.

"Kau ingat tak, pasal kes hutang dua tahun lepas?" Fariz berbicara.

"Kes Tengku Hanif?"

"Haah. Tengku Hanif,"

"Kenapa dengan dia orang? Bukan kes tu dah selesai ke?" aku memandang Ikhwan dan Fariz silih berganti.

"Kau ingat tak Tengku Hakim? Anak Tengku Hanif?" giliran Ikhwan pula membuka mulut.

"Kenapa dengan dia? Dia dekat Jepun kan sekarang?"

"Budak budak kita cakap, mamat tu dah balik Malaysia and dia balik Malaysia sebab nak balas dendam dekat kau atas kematian ayah dia, Tengku Hanif," tiada reaksi yang dapat aku berikan. Hanya kosong.

"Balas dendam? atas kematian ayah dia? function? sebab setahu aku ayah dia mati dalam penjara bukan dekat tangan aku," aku menghirup air yang sudah dipesan Ikhwan tadi.

"I'm not sure. But now, sasaran dia adalah family kau and orang yang kau sayang," Fariz menjelaskan.

"Aku nak kau jaga Aireen baik baik," tersentak aku mendengar kata kata Ikhwan. Sejak bila dia tahu tentang Aireen.

"Kau..?"

"Aku tahu pasal korang. Korang suami isteri yang sah. Korang disatukan oleh keluarga masing masing. Aku nak kau jaga dia elok elok. Kau tak kenal dia betul betul. Kau tak tahu apa yang pernah dia hadap sebelum ni."

"Aku taknak kau sakitkan hati dia atau lepaskan dia. Sebab kalau kau lepaskan dia, aku nak ingatkan kau yang aku sedia rampas dia dari kau," kata kata Ikhwan cukup membuatkan aku terkaku. Ikhwan cintakan Aireen?

"Iya, aku janji aku jaga dia elok elok." Ikhwan hanya menganggukkan kepala tanpa mengeluarkan sepatah kata.

"Habistu sekarang kau tinggal dengan mama kau?" tanya Fariz.

"Tak. Aku tinggal dekat rumah yang papa aku bagi dekat aku sebelum dia meninggal dua tahun yang lepas," Iya. Rumah itu adalah hadiah pemberian papa sebelum dia meninggal disebabkan geng bepop yang membunuh papa ketika papa ke Penang atas urusan kerja.

"Sekarang ni kau tinggalkan Aireen seorang diri dekat rumah?" tanya Ikhwan dengan wajah berkerut. Aku menganggukkan kepala.

"Aku rasa baik kau baliklah Rayyan. Teman Aireen. Bahaya tinggal dia seorang diri," aku terus menuju ke kereta dan memandu pulang ke rumah. Perasaan aku bercampur baur. Risau, geram, marah. Aku tak nak orang yang aku sayang, tinggalkan aku. Lagi lagi Aireen.

'Sayang, abang janji abang akan jaga sayang sampai nyawa terakhir abang,' bisik hati kecil aku.



•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

Aireen menunggu Rayyan di meja makan setelah selesai menghidang lauk di atas meja itu. Tiba tiba sahaja dia mendapat panggilan daripada ibunya di kampung.

Dia berasa was was untuk menjawab ataupun tidak. Akhirnya dia memutuskan untuk menjawab panggilan itu.

"Assalaamualaikum ibu," Aireen cuba untuk tenang walaupun hatinya sudah berdegup dengan kencangnya.

"Waalaikumusslam, reti pula jawab. Ingatkan tak reti jawab sebabtu susah semacam nak jawab aku telefon ni," Aireen hanya mempedulikan perlian ibunya kerana dia sudah kalis dengan kata kata perlian ibunya. Tiap tiap hari baginya.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now