Chapter 27

178 11 1
                                    

Bangunan yang gah di hadapan aku langkah dengan senyuman. Hampir seminggu sudah aku melanjutkan pelajaran di situ. Ramai juga kawan baru yang aku dapat. Bersyukur jugalah aku ada ramai juga yang berasal dari Malaysia. Kalau tak, memang berbuih lah mulut aku nak kena speaking 24 jam.

"Kay!" badan aku terus dipusing 180 darjah . Tersenyum aku melihat gelagat dua orang sahabat yang berlari ke arah aku. Siapa lagi kalau bukan Rose dan Doyoung. Sampaikan tertolak masing masing. Terhambur ketawa aku akhirnya. Tak tahan dengan wajah Doyoung yang merajuk disebabkan terjatuh di tolak Rose.

"you're so rude, Rose!" tapi apakan daya, melihat Doyoung marah membuatkan aku dan Rose makin galak ketawa.

"Kay! how dare you," ha sudahh.. sekali nama aku disebut jangan main mainlah.

"okay okay..I'm sorry Doy.. Promise not repeat it again," Rose juga telah pun berhenti ketawa.

"Jomlah masuk kelas. Nanti lewat," walaupun Doyoung tidak pandai bercakap bahasa melayu tapi dia faham setiap percakapan kami berdua. Hairan juga lah. Tapi dia cakap, susah nak sebut.

"Kay, sorry about yesterday. I don't know what problem you're thinking about but I'm really sorry,"

"Eh takpelah. I'm okay. It's just a normal problem. Everyone have problem in their life right. So , don't worry. It's just normal thing, okay?"

"Thanks,"

"Kay, kawan kau tu macam mana? Dia boleh ke hidup dekat sini seorang diri?" Rose tiba tiba bertanya. Alah, ingat aku tak tahu ke gadis ni dah jatuh hati dekat Hakim. Tak habis habis tanya pasal Hakim dari semalam lagi.

"Dia ada kawan dekat sini and tambah lagi ada lagi seorang kawan dia dekat Malaysia datang sini malam tadi, jadi takdelah seorang diri pun. Kenapa kau tanya, dah simpan perasaan ke?"

"Mengarutlah Kay! Cepatlah Doyung, nanti lambat!!" tangan Doyoung yang terkapai kapai mencari sesuatu di dalam begnya ditarik laju Rose . Matanya mencerlung tajam memandang Rose dihadapannya namun gadis itu tidak mempedulikannya. Ada ada sahaja lah perangai mereka berdua ni. Tanpa membuang masa, aku juga membuka langkah ke dewan kuliah.







•°•°•°•°•°•°°••°°•°•°•°••°•°•°°•°•°•°•°•°•°•°°•°•°



Rayyan POV

Pagi hari lagi sudah aku keluar untuk mencari makanan. Aku sengaja mengambil keputusan untuk melalui kawasan universiti Aireen. Sungguh aku amat rindukannya. Tenang hati aku, mendengarkan keadaan Aireen baik baik sahaja dari mulut Hakim semalam sewaktu mengambil aku di lapangan terbang.

"Rayyan, kau nak makan apa?"

"Breakfast je kan. Makan yang ringan ringan sahajalah. Bread or just coffee." kerusi kecil di sebelah meja aku tarik . Kebetulan cafe itu betul betul berada di hadapan universiti Aireen. Risau juga kadang kadang. Tengok universiti je pun tapi tersenyum seorang diri. Nasiblah si Hakim tak cop aku gila. Kalau tak memang kena penumbuklah muka tampan Hakim tu.

"Eh, Rayyan. Itu bukan Aireen ke?" sayu aku pandang dia dari jauh. Kelihatan sangat bahagia tapi dalam hati aku tahu mesti tersimpan rasa kecewa terhadap aku. Maafkan abang, angel.

Bahu aku tiba tiba ditepuk Hakim , tidak kuat juga tidak perlahan. Cukup untuk menenangkan hati aku yang serba salah. Tiba tiba aku teringatkan pesanan mama sebelum aku bergerak ke lapangan terbang .

throwback

"jaga diri baik baik dekat sana. fikir panjang dulu sebelum buat sesuatu perkara. kalau dah dapat dia, jangan sia sia kan.. jangan pernah ulangi kesilapan kalau tak nak kepercayaan seseorang pada diri kita hilang .. percaya qada' dan qadar yang tuhan telah tetapkan. setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya,"

Mrs. RayyanOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz