Chapter 9

280 15 3
                                    

Rayyan terus turun ke ruang bawah setelah selesai membersihkan dirinya usai sahaja berjoging. Aireen? Semestinya di dapur, menyediakan sarapan mereka berdua.

"Awak, dah mandi?" tanya Aireen lalu memberikan sepinggan bihun goreng kepada suaminya itu.

"Dah, wangi dah ni. Kalau sayang nak peluk pun takpe," sempat lagi Rayyan bergurau manja. Aireen hanya membuat wajah biasa walaupun sedang menahan malu.

"Dah makan. Jangan nak merepek. Lepasni kita beli barang dapur erh. Barang nak masak langsung takde. Tak tau nak masak apa,"

"Okay, lepas makan ni sayang pergi siap siap and then kita terus gerak ya. Kalau lewat takut penat pula esok nak masuk kelas,"

"Beli barang dapur je. Apa yang penatnya. Saya dulu tiap tiap hari buat kerja la.." Aireen tersedar dari keterlanjuran bicaranya. Rayyan menunggu Aireen menghabiskan ayatnya.

"Kerja la apa? Habiskanlah ayat tu,"

"Dah lewat ni. Nanti ramai pula orang dekat mall. Reen naik atas dulu erh, siap siap." Aireen membawa pinggan yang licin ke sinki dan membasuhnya. Rayyan terpinga pinga melihat Aireen yang menaiki tangga ke biliknya.

Rayyan segera menghabiskan bihunnya dan membasuh pinggannya serta pinggan yang berada di dalam sinki. Habis basah bajunya akibat membuka air terlalu kuat. Aireen yang baru sahaja selesai bersiap, terlopong melihat baju suaminya itu.

"Ya Allah. Awak cuci pinggan ke cuci baju?" Aireen ketawa kecil melihat wajah suaminya yang berkerut menahan malu. Tahu pulak malu.

"Hehehe, salah buka kuat sangat air. Sorry,"

"Kenapa nak sorry. Sepatutnya Reen yang kena cakap thank you sebab tolong Reen buat semua kerja ni. Thanks abang," Aireen tersenyum ke arah Rayyan. Rayyan mengusap kepala Aireen dengan lembut.

"Okaylah , abang pergi salin baju dulu erk. Takkan nak pergi mall dengan keadaan baju macam ni kan," Rayyan terus ke biliknya untuk menukar pakaiannya. Hampir 15 minit juga Rayyan menukar pakaiannya.

"I'm done. Let's go,"mereka terus bertolak ke pasar raya untuk membeli barangan dapur.

Aireen yang berada di sebelah Rayyan, mencuri pandang suaminya. Manakan tidak, Rayyan kelihatan kacak dengan memakai pakaian berwarna hitam.

"Ehem, abang tau abang handsome. Tapi janganlah tengok abang macam tu. Malu abang," Aireen terus mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Malu? Tidak terkata malunya sehinggakan wajanya yang putih itu bertukar merah.

"Perasan,"

"Ala mengaku jelah. Tak rugi pun puji suami sendiri," Rayyan masih mengusik Aireen.

"Eh dahlah. Fokuslah drive tu nanti jadi apa apa."

"Haa doa benda buruk erh," Rayyan memandang Aireen di sebelahnya.

"Bukan doa benda buruk, tapi beringat sebelum terjadi,"

"Okay sayang..." Rayyan kembali fokus kepada pemanduannya. Tidak lama kemudian ,mereka pun sampai di pasar raya. Rayyan mengambil troli lalu mengikuti setiap langkah isterinya itu.

"Sayang nak pergi bahagian mana dulu ni?"

"Bahagian ni dulu lah. Jom," Rayyan turut membantu Aireen memilih barang. Sehinggakan Aireen merasakan bahawa itu bukanlah Tengku Rayyan Mikael yang dikenalinya selama ini. Sungguh lain dari apa yang dilihatnya.

"Abang, kenapa pakai baju ni?" terpinga pinga Rayyan apabila disoal sebegitu oleh isterinya. Tadi sebelum masuk kereta okay je. Tapi sekarang kenapa tiba tiba tanya pasal baju.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now