Chapter 11

250 11 1
                                    

"Good morning abang," Aireen menegur suaminya yang baru sahaja turun untuk bersarapan sebelum mereka berdua menuju ks universiti.

"Good morning sayang," Rayyan mengusap kepala Aireen lalu duduk di sebelah isterinya. Wajahnya tidak lekang dengan senyuman.

"Amboi, ceria semacam harini kenapa?" hairan Aireen melihat suaminya itu tersenyum senyum seperti kerang busuk.

"Takde apa apa pun. Happy je sebab ni first day kita pergi uni dengan gelaran suami isteri. Macam sweet pula gitu,"

Tergelak kecil Aireen dengan kata kata. Namun dia juga turut merasakan hal yang sama. Mereka berdua ke universiti sebagai pasangan suami isteri.

"Sayang pun samakan?" Aireen hanya menganggukkan kepalanya lalu tersenyum manis.

"Eii sayang ni betul betul made my day lah orang katakan. Geram je tau," lain macam betul perangai Rayyan sejak berkahwin ni. Manja semacam sahaja.

"Abang takyah nak ngade ngadelah. Cepat makan nanti lambat sampai uni," selesai sahaja sarapan, Aireen segera membasuh peralatan yang digunakan seperti pinggan dan cawan. Sejurus itu, dia segera mengambil barang barangnya lalu bergegas ke kereta Rayyan kerana suaminya itu sudah menunggunya dari tadi.

Sesampai sahaja di universiti, Rayyan melihat Ikhwan dan Fariz sudah menunggunya . Dia perasan mata Ikhwan bukan memandang ke arahnya namun isterinya. Perasaannya bercampur. Cemburu, kasihan. Namun dia tidak mampu berbuat apa apa. Dia tidak tahu akan perasaan Ikhwan terhadap isterinya sebelum ini.

"Abang, tu Ikhwan dan Fariz. Kalau dia nampak Reen macam mana? Nanti dia fikir bukan bukan pula,"

"Sayang jangan risau. Ikhwan dah tahu yang kita dah kahwin . Fariz pun sama. Jadi sayang takyahlah cemas semacam ni," Rayyan menggosok kepala isterinya dengan lemah lembut.

"Macam mana dia orang tahu?"

"Abang bagitau dia orang. Kenapa? Tak boleh ke? Abang bukan apa tapi abang taknak isteri abang ni kena pikat dengan lelaki lain je,"

"Ada ada je lah abang ni. Jomlah, nanti lambat pula,"

Rayyan menggenggam tangan Aireen lalu menuju ke arah dua temannya yang sedang menunggu. Ikhwan cuba untuk menahan perasaan cemburunya itu. Tidak mahu hubungan Rayyan dan Aireen terganggu akibat dirinya.

"Sorry geng lambat," Rayyan menepuk bahu Ikhwan dan Fariz.

"Iyalah, mentang mentang dah ada wife," Fariz sengaja mengusik membuatkan wajah Aireen berubah kemerahan menahan malu.

"Takdelah. Jomlah masuk kelas," Aireen meminta izin untuk masuk dahulu kemudian baru suaminya dan kawan kawannya.

"Weyh, Rayyan. Ada update terbaharu," Ikhwan dan Fariz memandang tepat wajah Rayyan.

"Apa dia?"

"Tengku Hakim ada dekat kolej ni dan dia akan sambung pelajaran dekat sini," kata Fariz. Serentak dengan itu, mereka bertiga dikejutkan dengan suara seorang lelaki tidak jauh dari mereka.

"Well, well Tengku Rayyan Mikael. Jumpa lagi kita dekat sini ya," ya orang tu adalah Tengku Hakim anak kepada pembelot dan pembunuh papa Rayyan.

"Huh, kau lagi? Kau buat apa dekat sini?" Rayyan bertanya

"Ouh, ini kan kampus. So, aku datang sini nak belajar lah takkanlah nak masak masak pula," perli Tengku Hakim itu.

"Takde tempat lain ke kau nak belajar?" Fariz mencelah.

"Suka hati akulah, aku nak belajar dekat mana. Tak guna duit kau pun lah,"

"Dasar cakap besar. Memanglah kau tak guna duit aku tapi tapi kau guna duit bapak dia tau tak," Fariz tidak mampu untuk sabar setelah mendengar perlian lelaki itu.

Hakim yang mendengarkan itu turut berasa tercabar. Baru sahaja dia mahu menyerang Fariz , satu suara membuatkannya tenang.

"Rayyan!" Aireen sengaja memanggil suaminya kerana dia merasakan mereka semua dalam situasi yang tegang.

"Aireen!" Rayyan terus menuju ke arah isterinya.

"Abang buat apa ni? Kenapa semua ni?" tanya Aireen yang bimbang akan suaminya itu.

"Sayang, takde apa apalah. Kita orang semua ni kawan sahaja. Saja nak gurau gurau. Sayang janganlah risau okay," Rayyan menenangkan isterinya itu.

Hakim yang dari jauh hanya melihat Aireen. Entah apa yang membuatkannya berasa lain dan menenangkan hatinya. Namun dengan segera dia menghapus rasa itu.

"Kita jumpa lagi ya Tengku Rayyan Mikael." Tengku Hakim segera meninggalkan mereka berempat.

"Sayang kenapa datang sini balik?" tanya Rayyan kepada isterinya itu. Ikhwan yang melihat itu cuba menahan rasa sakitnya. Fariz menenangkan sahabatnya di sebelah.

"Weyh, Rayyan. Aku dengan Ikhwan masuk kelas dulu lah. Taknak kacau suami isteri berbual," Rayyan hanya menganggukkan kepala dan kembali memandang isterinya.

"Takdelah tadi, Reen tak sedap hati sebab tu cari abang." luah Aireen.

"Sayang ni kan.. Risaunyalah dia dekat abang erh. Abang okay je lah sayang. Okayh jom masuk kelas, nantikan pensyarah masuk.. Haa maut kita kena sidai nanti," mereka berdua terus menuju ke kelas untuk pembelajaran mereka pada hari itu.

•°•°•°•°•°•°•°°•°•°•°•°•°•°•°°•°•°°••°°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

Seorang lelaki termenung jauh memikirkan banyak hal yang mengganggu fikirannya sejak dua menjak ini.

"Boss, kenapa termenung saja dari tadi? Boss ada masalah apa?" tanya anak buahnya .

"Kau takyahlah buat buat tak tau masalah aku. Jangan jadi dungu boleh tak? Sekali sekala jadi cerdik apa masalahnya?" perli lelaki itu. Namun anak buahnya itu hanya membuat tidak peduli sahaja kata kata bosnya itu. Sesedap mulut je mengutuk orang.

"Amboi boss. Kemain lagi erh perlinya. Walaupun saya ni kuat luaran tapi dalaman ni boss tak tau lembut mana. Saya pun ada hati dan perasaan boss," luah anak buah itu.

"Eyh, jiwanglah kau ni. Aku ni serious tau tak. Campur lagi dengan kau, haaa. Ada juga aku bunuh manusia hari ni," terus cemas muka pengikut lelaki itu.

"Jangan boss. Saya belum kahwin lagi boss. Amalan untuk akhirat pun belum cukup boss.. Emak saya dekat kampung pun masih perlukan saya boss. Tolong boss," rayu anak buahnya itu.

"Ceh kau, amalan untuk akhirat konon. Last last ikut aku jugak buat kerja kotor. Sembanglah kau,"

"Boss, walaupun saya ni buat kerja kotor tapi saya tetap solat. Boss ingatlah boss, sejahat mana pun kita, solat tu benda wajib jangan pernah sekalipun kita tinggal," kata kata anak buahnya sungguh menyentapkan dirinya.

"Ah dahlah kau. Tak payah nak tambahkan kusut aku lagi. Keluar kau sekarang sebelum aku belasah kau," lelaki itu memberi amaran.

"Wei, pahal dengan boss tu? " tanya seorang lelaki lagi .

"Kau rasa? Dahlah jom pergi kedai, aku dah lapar ni."

"Buat apa?"

"Ish kau ni kan. Dah terang lagi bersuluh aku cakap yang aku ni lapar, jadi aku nak pergi beli makananlah. Heyyy, kenapalah aku ada kawan lembap macam kau. Dahlah, kau nak ikut ke taknak ni?" dengan dia sekali teremosi disebabkan soalan yang tidak begitu cerdik baginya.

"Kau belanjalah kan?"

"Kau fikir aku kaya macam boss nak belanja kau makan sekali? Guna duit sendirilah. Aku nak bagi mak aku makan sedap pun, jarang jarang ni apatah lagi bagi kau. Bukan jarang jarang je tapi jangan harap."

"Cis kedekut punya manusia," bisik lelaki itu perlahan.

"Dahlah kau. Kalau kau nak ikut, cepat sikit. Kalau taknak lantak kau lah," mereka terus menuju ke kedai mamak yang tidak jauh dari tempat mereka.
























To be continued.......

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now