Chapter 24

163 14 3
                                    

Aku menunggu Rayyan pulang di ruang tamu. Bengkak kaki aku sudah pun surut. Iyalah sebulan telah berlalu.

Bunyi pintu mengejutkan aku dari lamunan. Aku segera berpaling ke arah pintu. Wajah yang aku rindu . Sungguh sakit apabila tinggal satu bumbung tetapi jarang melihat wajahnya. I wish i can hug you right now.

"Abang dah balik? Abang nak makan tak?" dia yang baru mahu melangkah tangga ke bilik berhenti dan memandang aku dengan wajah ketat.

"Berhenti panggil aku abang. Geli tau tak. And one more thing, tak payah kau gatal tangan nak masak untuk aku. Aku takkan makan," sebaik sahaja dia berkata begitu, dia terus masuk ke dalam biliknya. Bilik yang dahulunya banyak memori manis bersama.

Tanpa aku sedar, air mata aku jatuh dengan lajunya. Sedih, sakit , perit dilayan sebegitu oleh suami sendiri. Mana kata kata manis awak tu Rayyan. Mana semua tu? Kenapa awak seksa saya macam ni.

Aku berjalan ke biliknya. Aku mengetuk bilik itu. Namun tiada respon. Aku tekad untuk menunggu di hadapan pintu.

"Why... why Rayyan? Kenapa awak buat saya macam ni. Seolah olah saya just stranger bagi awak. Apa salah saya sampaikan bayang saya pun awak taknak tengok apatah lagi muka saya. Why Rayyan? Tell me the reason. At least I know. But why suddenly you changed," air mata aku masih lagi mengalir seperti tiada noktah .

"I miss you abang. Reen rindu nak dengar suara abang. Reen rindu nak bermanja dengan abang. Reen rindu semua tentang abang. Tapi kenapa abang buat Reen macam ni? Kenapa abang layan Reen macam orang asing. Mana janji janji abang. Mana?"

"Reen yang expect lebih atau abang yang berubah. Reen sayang abang. Please jangan buat Reen macam ni," tiba tiba pintu bilik dibuka. Kelihatan wajah Rayyan masih lagi sama, ketat. Tiada sebarang senyuman. Hilang Rayyan yang dahulu aku kenali.

"Kau dengan janji tu boleh berambus!" tengking Rayyan membuatkan aku tersentak. Pertama kali lelaki itu menaikkan suaranya terhadap aku.

"A..abang,"suara aku bercampur dengan getaran.

"Mulai harini, kau jangan masuk campur hal aku. Aku jijiklah tengok muka kau. Pantang ada lelaki ngorat, mesti kau layan kan!? Aku tak sangka perangai kau teruk macam ni lah Reen. Sumpah aku tak sangka. Pakai je tutup aurat bagai tapi melayan jantan! Apa je ibu ayah kau ajar dulu? Eh lupa, dulu kau mana pernah dapat attention kan. Sebab tulah sekarang ni batak sangat attention jantan!"

Pap!

Kata kata Rayyan sungguh membuatkan hati aku betul betul berkecai. Suami kau sendiri hina diri kau. Pipinya aku tampar. Maafkan Reen tapi abang dah melampau.

"Maafkan Reen tapi abang dah melampau. Reen tak kisah kalau abang nak hina Reen tapi jangan ibu dan ayah. Abang hina Reen tanpa usul periksa. Tutup aurat bukan alasan seseorang tu alim. Tu wajib. Abang sendiri yang bagitahu Reen kan?"

" Kalau betullah Reen ni buat abang semak dan serabut. Fine. Reen akan tenangkan abang. Esok bangun sahaja pagi, Reen akan pastikan hidup abang tenteram. Reen harap abang dapat cari kebahagiaan abang pada masa akan datang. Maafkan Reen dengan kehadiran Reen, buatkan abang rasa serabut. Maafkan segala dosa Reen dan halalkan makan minum Reen,"

Aku menuju ke bilik dan memasukkan semua baju ke dalam beg. Mungkin cara ini yang terbaik untuk tengok dia bahagia lagi. Biarlah aku hanya lihat dia dari jauh.

•°•°•°•°•°°•°•°•°•°•°••°•°•°•°•°•°•°°•°•°•°•°•°°•°

Tepat jam 2 pagi, aku keluar dari rumah itu . Tanpa hala tuju. Aku berjalan ke stesen bas berdekatan. Nasiblah ada orang lagi dekat situ.

Mrs. RayyanOnde histórias criam vida. Descubra agora