Chapter 4

303 20 4
                                    

Tanpa disedari, Aireen bakal menjadi isteri orang sekejap lagi. Air matanya ditahan daripada gugur. Tidak mahu orang lain melihatnya seolah olah dipaksa berkahwin.

"Heh, Reen. Aku nak nanti kau cakap dengan suami kau, balik rumah mak mertua kau terus. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Tapi apa yang aku nak tiap bulan duit kau masukkan dalam bank aku. Dah aku nak kau keluar sekarang. Pengantin lelaki dah sampai." sungguh sebak dada Aireen mendengar kata kata yang keluar dari mulut ibunya. Dia amat berharap agar suaminya akan melayannya dengan baik. Aireen bangun dari kerusinya lalu berjalan keluar untuk memulakan majlisnya.

"Baiklah pengantin perempuan dah keluar. Jadi marilah kita mulakan majlis," kata tok kadi.

"Tengku Rayyan Mikael bin Dato'Sri Tengku Razin, aku nikahkan kau dengan Nur Aireen Mikayla binti Ismail dengan mas kahwinnya sebanyak RM 3000 tunai,"alangkah terkejutnya Aireen apabila suaminya adalah Rayyan.

"Aku terima nikahnya Nur Aireen Mikayla binti Ismail dengan mas kahwinnya RM 3000 tunai," balas Rayyan.

Akhirnya Rayyan dan Aireen selamat menjadi pasangan suami isteri. Datin Sri Hannah yang berada di sebelah Aireen hanya tersenyum kegembiraan melihat anak dan menantunya. Rayyan menuju ke arah Aireen bagi sesi pembatalan wudhuk. Rayyan menghulurkan tangannya untuk disalami isterinya. Aireen menyambut tangan itu dengan sedikit lambat kerana gementar.

"Tak sangka kau yang jadi isteri aku. Takpe, aku janji aku akan jaga kau," bisik Rayyan di telinga Aireen. Aireen tidak tahu sama ada mahu percaya atau tidak setiap kata yang diujarkan oleh Rayyan tadi.

"Saya tak tahu nak percaya atau tidak,"Aireen memberanikan diri memandang Rayyan di hadapannya.

"Terserah kau," balas Rayyan ringkas.

"Lamanya berbisik,"tegur Raina,adik kepada Rayyan.

"Busy body betullah. Nak sweet dengan wife sendiri pun tak boleh ke?"dalih Rayyan. Aireen hanya diam seribu bahasa.

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

Aireen dan Rayyan dalam perjalanan ke rumah mamanya memandangkan rumah ibu Aireen hanya mempunya dua bilik sahaja. Lagipun, ibu mereka tidak mahu mereka tidur dalam keadaan yang tidak selesa. Aireen hanya termenung dan mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Memikirkan tentang rancangan ibu dan ayahnya. Berat hatinya memikirkan hal demikian.

"Asal kau diam?" tanya Rayyan yang sedang memandu.

"Tak tahu nak cakap apa,"balas Aireen pula. Tiada sebarang respon daripada Rayyan malah suaminya itu menghidupkan muzik di keretanya. Dendangan lagu Strong dari kumpulan One Direction dimainkan.

"Tahu lagu ni?"tanya Rayyan lagi.

"Tahu sikit sikit je,"Aireen memandang Rayyan yang sedang memandu dengan tekun.

"I'm sorry if I say I need you,
But I don't care
I'm not scared of love
Cause when I'm with you I'm
weaker
Is that so wrong? Is it so wrong?
That you make me strong.."

Nyanyian Rayyan cukup membuatkan Aireen terkaku. Tidak pernah dia menyangka bahawa suaminya itu mempunyai bakat dalam nyanyian. Tanpa disedari, dia memberikan satu tepukan untuk Rayyan. Rayyan disebelahnya hanya melihat reaksi Aireen.

"Not bad," komen Aireen.

"Not badlah konon. Kalau best pun apa salahnya. Bukan salah pun kalau puji husband sendiri. Kan...?"

"Iyalah," sahut Aireen.

Perjalanan mereka mengambil masa selama 30 minit. Sampai sahaja di rumah mamanya, kelihatan Datin Sri Hannah sedang menanti kehadiran mereka.

"Asslaamualaikum mama"

"Waalaikumusslam. Dah sampai dah. Lambatnya. Lama tau tak mama tunggu,"bebel Datin Sri Hannah kepada anak lelakinya.

"Ya Allah mama, cepat dah ni kita orang sampai. Betullah dalam 30 minit aje. Tak sabar betul nak jumpa menantu kesayangan dia tu," perli Rayyan.

"Memanglah,"jawab mama lalu menarik tangan Aireen masuk ke dalam rumah meninggalkan Rayyan yang terpinga pinga seorang diri.

"Amboi,mentang mentanglah dah ada menantu. Anak sendiri pun dah lupa,"rungut Rayyan perlahan namun didengari adiknya, Raina.

"Cemburulah tu mama tak layan abang," celah Raina dengan nada memerli.

"Diamlah budak kecil," kata Rayyan sedikit merajuk. Lelaki pun boleh merajuk tau. Bukan perempuan je.

Rayyan terus menuju ke biliknya memandangkan sudah masuk waktu Asar. Pagi tadi hanya akad nikah yang berlangsung. Majlis resepsi mungkin akan diadakan pada bulan hadapan,mengikut perancangan. Rayyan mengambil wudhuk lalu menunaikan kewajipannya sebagai umat islam.

Aireen yang baru selesai berbual dengan ibu mentuanya itu menuju ke bilik Rayyan memandangkan dia sudah tahu di mana bilik suaminya itu berada. Buka sahaja pintu bilik, kelihatan Rayyan sedang menunaikan solat Asar. Tenang hati melihatnya. Teringat pula dia, waktu pertama kali dia terjumpa dengan Rayyan. Semuanya disebabkan oleh Ikhwan dan Fariz, kawannya sejak dari sekolah rendah lagi namun hubungan mereka sedikit renggang sejak memasuki universiti.

"Ehem,memang kau nak duduk dekat pintu tu je ke harini?" perli Rayyan sehingga teragak agak Aireen untuk masuk ke dalam bilik itu.

"Masuklah, tercegat dekat pintu tu buat apa? Pergilah mandi dulu, lepastu solat Asar. Kalau tak nak mandi dulu pun takpe. Tapi solat tu jangan lupa. Okaylah aku nak rehat sekejap. Nanti kalau aku tertidur tolong kejutkan," pesan Rayyan. Terkaku Aireen mendengar setiap pesanan dari suaminya itu. Sebelum ini, dia ingatkan suaminya tidak menjaga dalam hal sebegitu. Entah mengapa, mungkin dia ingatkan playboy kot. Tapi tak semuanya begitu.

Aireen terus menuju ke tandas untuk membersihkan dirinya. Rayyan yang sedang baring di atas katil hanya memerhati setiap gerak geri Aireen termasuklah ketika isterinya itu membuka tudungnya.

"Rayyan!! Awak tengok apa!!" jerit Aireen lalu mencapai semula tudungnya.

"Kenapa kau jerit?" tanya Rayyan dengan nada sedikit kuat.

"Awak tu tengok saya macam nak terkam saya je," Aireen memandang Rayyan dengan wajah yang masam.

"Apa salahnya kalau aku terkam. Kau tu isteri aku juga," kata Rayyan selamba.

"Perlu ke cakap macam tu,"bengang Aireen.

"Suka hati akulah mulut aku,"sengaja Rayyan mahu bergaduh dengan Aireen.

"Ish,boleh mental tahu tak cakap dengan awak ni. Dahlah baik saya uruskan diri saya daripada layan perangai annoying awak tu," Aireen melangkah masuk ke dalam tandas. Rayyan yabg berada di luar hanya ketawa kecil.

'comel' omel Rayyan perlahan.











Sorry kalau ada typo or salah apa apa..
















To be continued....

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now