Chapter 16

188 12 1
                                    

Aireen POV

Aku mencari telefon aku di dalam beg tangan yang aku bawa namun tiada. Habis semua tempat aku mencari.

"Abang, ada nampak phone Reen tak? Reen cari dari tadi lagi tak jumpa ni," rungut aku .

" Setahu abang, last abang tengok sayang pegang phone waktu dalam kereta tadi. Maybe ada dalam kereta kot," betul juga apa yang dikatakan Rayyan itu.

"Reen pergi dekat kereta dulu okayh," aku segera berlari untuk ke kereta namun Izzah memanggik aku.

"Aireen, aku ikut kau sekali pergi dekat kereta. Rayyan suruh aku temankan kau, dia risau kau seorang diri saja,"

"Eh tak payahlah nak teman aku bagai, aku pandai jaga diri aku sendirilah,"

"Tak ini bukan hal pandai jaga diri ke tak tapi ni hal keselamatan kau juga," kata Izzah.

"Kau tahu ?"

"Tak, aku tak tahu apa apa but apa yang aku tahu, keselamatan kau terancam sekarang ni. Itu je yang Rayyan bagitahu aku. So, jangan degil,"

Aku hanya membiarkan Izzah menemani aku setelah dia memberitahu aku hal itu. Sampai sahaja di kereta, aku terus mencari cari phone milik aku dan jumpa juga akhirnya.

"Jom, Izzah. Aku dah jum.." terkaku aku melihat sebilah pisau di acukan di tengkuk Izzah. Aku melihat sosok tubuh yang memegang pisau itu.

"Ayah?"

"Hahahha, cam juga kau dengan muka aku walaupun aku pakai topeng ni erh?"

"Ayah, lepaskanlah kawan Reen ayah. Kenapa ayah buat Reen macam ni?"

"Aku nak harta suami kau. Kenapa susah sangat kau nak bagi dekat kita orang?"

"Ayah, tu bukan harta Reen ayah. Itu harta Rayyan. Reen takde apa apa hak nak ambil harta dia. Reen takde hak ayah."

"Kau isteri dia, jadi kau ada hak,"

"Tapi Reen takkan minta. Reen takkan rampas harta dia sebab Reen tak layak dapat semua tu. Reen tak layak dapat kekayaan kalau Reen tak bahagia."

"Ayah tolonglah ayah. Bagilah peluang Reen nak hidup bahagia macam orang lain. Reen teringin sangat nak jadi macam dulu, masa ayah layan Reen baik. Tapi kenapa sekarang ayah buat Reen macam ni? Ayah taknak tengok Reen bahagia ke?"

"Ya, aku taknak tengok kau bahagia. Kau tak layak bahagia sebab kau tu beban aku," cukup mendalam sekali kata kata yang dituju oleh ayah kepada aku.

"Ayah, Reen merayu kali ini saja. Lepaskan kawan Reen, jangan pernah babitkan orang lain dalam hal kita. Dia orang tak salah, tolong jangan cederakan dia,"

Aku melihat ayah perlahan-lahan melepaskan Izzah, tetapi aku hairan melihat Izzah seakan memandang ke arah aku dengan riak wajah yang risau.

Aku dapat merasakan ada seseorang di belakang aku. Sebilah pisau berada di tengkuk aku. Tipu jikalau aku tidak takut, fikiranku sekarang hanyalah Rayyan. 

'Rayyan mana awak, saya takut,' fikiran aku sekarang hanyalah Rayyan. Aku hanya berharap agar Rayyan datang selamatkan aku.

"Hei, perempuan! Aku tak minta banyak, aku hanya minta harta suami kau jadi harta kau. Itu pun susah ke? Akan jadi harta kau juga. Kau boleh buat apa apa pun yang kau nak dengan harta yang kau ada," aku amat mengenali suara itu. Ya, itu suara ibu. Tipulah jikalau aku tidak merindui ibu dan ayah tetapi aku hanya mampu memendam rasa itu. 

"Ibu, Reen janji lepasni Reen akan bagi sahaja apa yang ibu dan ayah nak tapi tolong jangan libatkan kawan kawan Reen termasuk suami Reen, Rayyan." 

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now