Chapter 15

177 15 2
                                    

Kaum perempuan sibuk menyediakan makanan untuk dijamu bersama sama nanti, manakala kaum lelaki pula ralit membakar ayam dan pelbagai aneka makanan.

Masing masing ramah orangnya sehinggakan seperti keluarga sendiri. Gembira aku melihatnya apatah lagi dengan layanan Rayyan terhadap aku yang tidak putus putus mengambil berat akan hal aku sama ada makanan aku cukup ataupun tidak.

"Sayang, tambahlah lagi. Makan banyak banyak harini tau,"

"Amboi, abang hasut Reen eh?"

"Takdelah, abang ajak sayang sahaja,"

"Rosaklah diet Reen," rungut aku perlahan namun didengari Rayyan dan yang lain lalu mereka tertawa.

"Kak Reen, bukan akak sorang tau. Raina pun sama , habislah lari semua fans Raina. Oh no," ketawa aku dengan gaya adik ipar itu.

"Takpelah Reen, nanti kita diet sama sama tau," cadang Mak Imah.

"Saya pun nak juga Mak Imah," celah mama. Terhibur aku dengan gelagat mereka yang mencuit hati aku.

"Reen kita orang pun nak jugak," jerit Izzah dan Fatin. Kami semua ketawa dengan perangai mereka yang menghiburkan itu.

"Okay, nanti Reen masak menu diet pastu Reen bagi sorang satu termasuk Pak Hassan sekali ha. Baru semua orang diet kan," mereka semua tertawa dengan kata kata aku. Sungguh hari ini adalah hari yang amat membahagiakan bagi aku. Aku takkan terlepas satu pun saat saat yang bermakna pada hari ini.

"Ehem, minta perhatian semua orang sekejap boleh tak? Saya nak cakap something ni," Fatin berdiri di hadapan kami semua dengan wajah yang amat riang. Aku melihat pandangan Fariz terhadap Fatin, seperti ada makna yang tersembunyi.

"Kak Atin nak cakap apa? Raina tak sabar ni,"

"Actually, hujung bulan depan kalau takde apa apa halangan, InshaAllah Atin akan jadi isteri orang," semua orang di situ terkejut termasuklah aku sendiri.

"MashaAllah kau biar betul Atin!! siapa bakal suami kau? Kau tak cakap pun dekat aku," serang Izzah. Nampak gayanya betul betul terkejut. Mana tidaknya, jikalau Fatin sudah menjadi isteri orang bermakna hanya dialah yang belum mendirikan rumah tangga lagi. Bukan setakat belum mendirikan rumah tangga tapi tanah nak buat rumah pun takde lagi masalahnya. Ya, Izzah belum lagi ada calon.

"Kau ni sabarlah Izzah, kenapa nak buat muka macam tu?"

"Kenapa taknya, kalau kau jadi isteri orang maknanya aku seorang sajalah yang belum. Bukan setakat kahwin, calon pun belum ada lagi," terdengar sedikit kekecewaan di sebalik kata kata Izzah. Tapi aku percaya suatu hari nanti dia akan temui lelaki yang mampu membahagiakan dia dan menjaga dia sebaik yang mungkin.

"Alah, kau janganlah buat aku rasa serba salah." ucap Fatin.

"Eh takdelah, kau kahwin pun untuk kebaikan kau. Hehhehe aku gurau jelah. Jangan risaulah nanti adalah tu jodoh aku sampai. Kita tak tahu bila. Kalau bukan harini, esok kalau bukan esok , InshaAllah suatu hari nanti. Tak cepat dan tak lambat. Tepat tepat waktu yang sesuai," gembira aku mendengar kata kata Izzah itu.

"Haa Atin, siapa bakal suami Atin?" tanya mama. Kami semua juga menunggu Fatin memberitahu akan hal itu.

"Erm, bakal suami Atin tu dia...ermmm.. ishh..hurmm," nampak gaya seperti gugup mahu memberitahu.

"saya aunty, bakal suami Fatin," okay kali ini aku betul betul tidak menyangka. Rupanya betullah sangkaan aku selama ini. Fariz adalah calon suami Fatin. Aku melihat Izzah yang terlopong setelah Fariz mengakui bahawa dia adalah calon suami kepada Fatin.

"Kecil betul dunia ni kan. Dengan kawan aku jugaklah kau terpikat eh Fariz. By the way, congrats and jaga Fatin ni baik baik. Jangan buat dia marah kalau kau taknak kena ngappp dengan dia," Izzah berkata demikian kepada Fariz. Lelaki itu hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now