Chapter 29

170 12 3
                                    

Terasa kepala aku berdenyut hebat. Badan aku digoncang sedikit kuat. Sayup sayup kedengaran seperti suara seseorang. Mata aku buka perlahan.

Dua pasang mata sedang memerhatikan aku namun aku tidak mempedulikannya sebaliknya aku mencari susuk tubuh yang lain.

"Reen, awak dah bangun? Syukurlah tiada apa apa yang teruk berlaku pada awak," kata kata Hakim itu menambahkan lagi kekeliruan. Apa maksud dia ' tiada apa apa teruk terjadi' ?

"Apa dah jadi Hakim? Kenapa saya dekat sini?" buka sahaja mata aku sudah pun berada di dalam bilil aku di rumah Rose. Gadis itu hanya menjadi pemerhati memandangkan aku tidak memberitahunya apa apa cerita tentang diri aku.

"Awak pengsan kawasan joging hadapan rumah saya. Awak bernasib baik sebab saya keluar rumah waktu itu," mendengarkan penjelasan daripada Hakim benar benar membuatkan aku sesak nafas. Semua ini hanya sekadar mimpi?

"Mana Rayyan? Dia ada dengan saya tadi? Kita orang pergi taman. Awak pun ada Hakim. Awak saksi kita orang berbaik. Mana Rayyan?" aku seperti orang tidak keruan mencari Rayyan. Hakim dan Rose saling berpandangan dan cuba menenangkan aku.

" Tak Reen. Semua tu hanya khayalan awak sahaja. Saya jumpa awak seorang diri di kawasan itu. Tiada sesiapa dan tiada Rayyan," aku masih lagi tidak mampu terima kenyataan.

Aku tak rasa semua itu hanya khayalan aku semata mata. Aku yakin sekarang ni, Rayyan ada dekat sangat dengan aku.

Kenapa semua ni berlaku? Kenapa aku masih tak boleh tenangkan fikiran aku walaupun aku dah berjauhan dengan Rayyan. Aku masih teringatkan dia.

Mungkin sebab Rayyan lah satu satunya yang setia dengan aku ketika aku dirudum masalah . Dia lah orang yang berjaya mengubah nasib hidup aku. Orang yang mengubah ibu ayah menjadi seperti kini. Impian aku tercapai disebabkannya. Jikalau bukan dia, mungkin aku masih lagi dalam situasi yang lalu.

Aku takut. Aku takut jikalau suami aku hilang dari hidup aku. Aku takut kalau dia telah lupakan aku. Aku takut aku tak mampu untuk menerima semuanya.

"Reen, please don't be like this. I'd a good news for you. I hope you're happy too," aku memandang Rose yang masih lagi memeluk aku. Senyuman terukir di wajahnya. Begitu juga Hakim. Namun apakah berita gembira yang ingin disampaikan itu?

" You're pregnant," hanya dua patah perkataan namun cukup membuatkan hati aku gembira. Air mata aku semakin laju mencurah. Pelukan Rose aku eratkan. Bersyukur kerana Allah kurniakan anugerah yang selama ini aku nantikan. Tetapi aku cukup kecewa kerana tiada Rayyan yang bersama sama dengan aku untuk berkongsi kegembiraan.

Patutkah aku beritahu Rayyan akan hal ini? Patutkah aku pulang ke pangkuannya dan berkongsi kegembiraan ini. Adakah dia akan terima atau sebaliknya ? Aku buntu .

"Hakim. Saya nak minta tolong," lelaki itu segera mendekati aku.

"Anything for you, Aireen,"

"Rahsiakan perkara ni dari Rayyan. Saya takut kalau dia tak nak terima anak ni," jelas wajah Hakim terkejut aku berkata demikian.

"No! Reen awak tak boleh macam ni. Awak patut beritahu dia. Percayalah saya, dia akan jadi orang yang paling bahagia bila tahu perkara ni," Hakim cuba meyakinkan aku nampa hampa.

"I'm just afraid ," mendengarkan itu Hakim hanya mengangguk setuju.

"Don't worry Kay . Both of us are here . We're going to help you whatever happen. Kita besarkan baby ni sama sama okay?" Rose adalah orang yang tidak lelah memberikan kata kata positif untuk aku. Jujur aku bersyukur kerana mendapat rakan sebegitu walaupun baru sahaja kenal.

"Tapi aku tak kuat," semakin kuat tangisan aku. Bergema bilik itu dengan tangisan aku sahaja. Berat besarkan anak tanpa seorang suami.

"Aku tahulah kau kuat Kay. Aku ada, Hakim ada, Doyoung pun ada. Kita orang tak pernah dan takkan tinggalkan dan biarkan kau seorang diri. Kau penting bagi kita orang. Tentang duit perbelanjaan baby ni, aku tanggung. Aku sanggup buat apa saja asal kau dengan anak kau hidup senang," wajah Rose kelihatan sangat gembira dengan berita aku . Beria dia meyakinkan aku dan akhirnya aku hanya akur sahaja.

"Dahlah nangis tu. Ibu mengandung tak elok menangis lama lama," aku ketawa kecil mendengar kenyataan itu.

"Yuhoo! I'm here!" penuh plastik di tangan Doyoung yang baru sahaja sampai. Bila diperhatikan dengan betul, plastik itu penuh dengan makanan.

"Jom kita makan! Aku dah lapar ni. Maklumlah tadi aku suruh orang tu beli makanan, tup tup pengsan. Nasiblah ada Si Hakim tu," Rose sempat lagi memerli aku. Lengan halusnya aku cubit. Mahu tak muncung mulut dia. Hakim yang tengok pun boleh jatuh cinta.

" I'm so excited. I'll be an uncle soon. Omaigod! I wish you'll get baby boy. Tentu dia handsome macam I," hampir terbuntang mata aku mendengar Doyoung bercakap melayu . Tapi slang korea masih ada.

"Kau boleh cakap melayu Doy?" jerit Rose dengan lantangnya. Aku tengok Hakim hampir tercekik makanan yang ditelan. Mau ada masuk berita harini, seorang lelaki mati tercekik makanan disebabkan oleh seorang gadis yang menjerit dengan suara yang lantang. Tak pasal pasal femes.

"Hehehe, dah lama sebenarnya. Maklumlah I ni kan ramai kawan malay. So, belajar sikit sikit dan akhirnya lancar," selamatlah aku lepasni. Tak perlulah nak speaking bagai.

"Baguslah kalau macam tu. Tak perlulah lepasni aku jadi translator tak bergaji kau," dua orang ni memang pantang berjumpa pasti ada saja hal yang mereka gaduhkan. Macam tom & jerry pun ada aku tengok.

"Kay, jangan risau ya. I akan sentiasa support you dan jaga anak you sama sama. Kita kan bestfriend forever!" senang hati aku dengan kata kata mereka yang tak putus putus memberikan aku semangat .

Ibu. Ayah. Kalau mereka tahu tentu gembira. Mama pun. Tapi aku berbelah bahagi sama ada aku patut beritahu ataupun tidak. Ataupun aku patut lupakan niat aku untuk sambung belajar. Apa kau mengarut ni Reen, kau penat usaha untuk kau lanjutkan pelajaran lepastu senang senang sahaja kau nak berhenti. Fikir masa depan anak kau Reen. Aku taknak kehidupan anak aku sama seperti aku. Biarlah aku saja yang merasainya tapi bukan anak aku.

"Reen, termenung apa tu? Makanlah," mujur sahaja sudu yang aku pegang tidak terpelanting. Kalau tidak naiya aku disyak mengelamun padahal memang iya pun mengelamun.

"Kay, kesian anak kau dalam tu . Mesti dia lapar . Baby lapar ya? Mummy tak suapkan ? Siannya baby uncle ni," perbuatan Doyoung seperti bapa budak itu mengundang tawa kami bertiga. Lagi lagi Rose. Hampir tersedak makanan yang dikunyah. Mujurlah Hakim disebelah pantas bertindak memberikan air kepadanya.

"Ha itulah. Gelak dekat I lagi,"

"Hehehe, mianhae,"

Aku harapkan suatu hari nanti, Rayyan muncul . Aku berharap agar dia lah yang akan setia di sisi aku pada waktu ini. Aku betul betul perlukan dia. Aku tak rasa dapat bertahan lagi. Aku perlu pulang ke pangkuannya. Ego. Aku perlu jatuhkan . Sakit apabila ego yang mendahului perasaan. Aku tidak mahu mementingkan ego daripada segala galanya. Aku tak sanggup untuk kehilangan Rayyan. Aku tak sanggup untuk berjauhan lagi.











To be continued....

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now