Chapter 23

159 13 4
                                    

Rayyan mengarahkan aku mengemas baju aku memandangkan Aedy dan maklong akan tinggal di rumah mama selama beberapa hari. Nasiblah mama faham, kalau tak jenguh juga aku nak bagitahu mama.

"Reen, dah siap kemas? Mika mana ?" aku yang menolak beg ditegur mama dari dapur.

"Haah dah siap dah. Rayyan maybe dekat luar, tengah panaskan enjin kereta rasanya,"

"Ouh, tu beg boleh bawa turun tak? Mesti berat kan? Nak mama tolong tak?"

"Eh , takpe mama. Reen boleh angkat sendiri. Bukan berat sangat pun, susahkan mama je." mama melemparkan senyuman lalu ke dapur semula untuk menyambung masakan.

Jujurlah aku kata, beg ni betul betul berat. macam ada batu bertan tan .  Tapi terpaksalah aku gagahkan badan aku yang kecil ni memandangkan Rayyan pun tiada.

"Let me help you," tanpa sempat aku melarang, beg aku telah pun diangkat oleh Aedy ke kereta. Rayyan yang berada di luar kereta hanya melihat dengan wajah yang bengis. Dia mendekati aku.

"Seronoklah kan , ada orang tolong angkatkan? tak malu ke?" bidas Rayyan namun hanya aku dapat dengar. Sungguh kata katanya itu membuatkan aku terkaku dan sungguh berkecai hati aku.

"Rayyan , Aireen. Dah nak bertolak ke?" senyuman aku ukir walaupun di dalam hati hanya tuhan yang tahu. Dari semalam Rayyan tidak mengeluarkan sepatah perkataan melainkan menyuruh aku menyimpan dan mengemas untuk pulang ke rumah. Rindu, ya aku rindu akan gelak tawa dia yang menceriakan hari aku.

" Ya mama. Rayyan nak cepat ni, ada hal lain pula nak uruskan,"

"Ha iyalah. Jaga Aireen elok elok. Aireen jaga diri elok elok. Kalau ada apa call mama je tau," aku hanya menganggukkan kepala dan segera bersalaman memandangkan Rayyan sudahpun berada di dalam kereta. Baru sahaja aku mahu masuk ke dalam kereta tetapi kereta itu sudah pun bergerak sedikit menyebabkan kaki aku terseliuh sedikit.

"Auch," aku mengaduh kesakitan namun langsung tidak dipedulikan Rayyan di tempat pemandu. Aku seolah olah mahu menangis namun aku tahan.

"Aireen okay tidak tu?!" tanya mama dengan nada sedikit bimbang.

"O..okay mama," aku cuba mengawal suara aku yang seolah olah mahu menangis itu. Tahan Aireen, tahan.. Kau kuat, yess!!

"Hurry up!" tersentak aku yang baru ingin melangkah ke dalam kereta. But why Rayyan Mikael? Why?

Aku memandang dia dengan wajah yang tidak berpuas hati. Sungguh hati aku dah pun terluka dengan perbuatan dia harini. Dahlah semalam tak cakap sepatah apa pun dengan aku tiba tiba harini nak marah orang bagai.

"What's wrong with you Rayyan? Saya ada buat salah apa apa ke?" namun hampa soalan aku hanya dibiarkan sepi tanpa jawapan malah dia langsung tidak memandang wajah aku. Ya Allah sakitnya hati aku .

Kaki aku yang terseliuh itu tiba tiba berdenyut hebat. Takkan nak mengadu dekat Rayyan, confirmlah dia takkan layan. Tahan je lah engkau dekat situ Aireen . Aku terus melelapkan mataku untuk menghilangkan sedikit rasa denyutan pada kaki.

Rumah kami dari mama hanyalah mengambil masa selama 30 minit, tapi disebabkan harini hari cuti dan banyak pula kereta, makan masa hampir sejam juga nak sampai.

Sebaik sahaja sampai di rumah aku masih lagi tidur di dalam kereta. Terasa seperti pintu di sebelah aku dibuka.

"Reen bangun, aku nak pergi lain pula ni," dengan sedikit kasar dia mengejut aku. Aku membuka mata perlahan lahan. Namun untuk keluar dari kereta itu mengambil masa sedikit lama memandangkan kaki aku yang terseliuh itu.

"Cepatlah!" seriously aku rasa macam aku ni isteri atau kuli dia? Why he did this to me?

Aku dengan laju turun dari kereta. Sakit? Weh sakitlah , kaki seliuh bukannya luka kecil je. Tapi sakit lagi dalaman aku apabila dilayan sebegitu oleh suami sendiri. Padahal salah aku pun belum aku tahu .

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now