17| perempuan gila

1.1K 104 16
                                    










"GOOD morning husband!"

Ceria. Hana ceria menerpa ke arah Izz yang sedang menghidang sarapan mereka. Tubuh lelaki itu dipeluk erat macam semalaman tak berjumpa.

Hujung bibir Izz terjungkit. Kepala Hana diusapnya. "Hmm dah mandi. Makan jom babe?" Bahu Hana dipeluk.

Patuh, Hana menganggukkan kepala. Baru sahaja dia nak tarik kerusi, loceng rumah mereka berbunyi. Hana pandang Izz. Izz pandang Hana. "Siapa nak datang?"

"Siapa?" Izz soal Hana balik. Tak silapnya, tak ada siapa nak datang rumah mereka hujung minggu ni. Lagipun Izz kan baru balik dari kerja lama, tak ada orang nak jumpa dia tiba - tiba macam ni.

"Bukak la tu." Ujar Hana. Dia kembali duduk di atas kerusi. Membiarkan Izz yang membuka pintu sebab takut ada lelaki. Nanti senanglah kalau ada, dia terus lari naik atas sahaja.

"Anak mak!"

Buka saja pintu, tubuh Izz diserbu Puan Lela. "Sihat ka? Kenapa dah balik KL tak call mak?" Soal Puan Lela dengan pandangan membunuh.

Izz tayang sengih. "Izz penat semalam mak. Ingat nak call mak hari ni." Perlahan - lahan tangan Puan Lela dibawa ke bibir lalu dikucup penuh sopan.

"Hai Izz."

"Eh-" Seketika, Izz menggaru hujung kening melihat Qasha yang berdiri sebelah maknya. Tahulah dia kenapa mak tak sabar sangat nak jumpa. Bukan sebab rindu Izz sangat pun. Lebih kepada nak sakitkan hati Hana je.

"Mana bini kau tu?" Tanpa salam, Puan Lela terus merempuh masuk ke dalam rumah Izz. Matanya meliar ke sekeliling rumah. Rasa lama tak jejakkan kaki ke situ.

Rumah anaknya terlalu simple kalau nak diikutkan. Dinding pun bercatkan warna coklat cerah sahaja. Tak nampak mewah langsung!

"Ha kau! Laki kau menyambut tetamu! Kau melantak ya!" Suara Puan Lela terus menengking Hana yang sedang menikmati sarapan tanpa menyedari tetamu tak diundangnya itu.

Wajah Hana membeku. Mi goreng dalam mulut terasa pahit untuk dikunyah bila matanya bertembung dengan mata Puan Lela. "H-hai mak..."

"Apa hai?! Ni siapa yang masak ni?! Kau buli anak aku ya?!"

"Mak mak, sudah." Izz berlari mendapatkan Hana yang terkebil - kebil diherdik maknya. "Apa mak ni? Pagi - pagi tak elok marah - marah. Hana kan tengah makan ni."

Mata Puan Lela menjeling Hana tak puas hati. "Huh kau pun suka la membela dia ni!"

"Aunty, jangan marah - marah. Hana kan memang tak reti masak. Tak akan dia tak makan pulak, kalau Izz tak masakkan?" Suara Qasha sengaja menambah perisa.

Ikutkan hati Hana, dia nak sumbat je pinggan depan dia ni dalam mulut Qasha tu. Sengaja! Tapi hatinya dikuatkan. Dia memandang Izz di sebelah. "I naik atas dulu la. You layan mak dengan Qasha eh?"

Izz angguk. Dia pun tak mahu Hana bertambah sakit hati kalau Hana terus berada dalam ruangan yang sama dengan mak dan Qasha. Hati Hana perlu dia jaga.

"I'm sorry," bisik Izz. Cukup untuk Hana saja dengar.

Hana senyum. Bahu Izz ditepuk sebelum melangkah naik ke tingkat atas. Namun sebelum itu sempat lagi dia dengar suara mak menyindir dia.

"Makan pun kau masak! Mak mentua datang terus masuk bilik! Bini jenis apa kau ambik ni Izz!"

"Mak..."

Hana tutup pintu biliknya. Bawah bibir digigit. Sampai bila? Sampai bila dia kena memendam rasa macam ni?













A Man Like Him✔️Where stories live. Discover now