25| you are

1K 93 4
                                    







DUA bulan berlalu bergitu pantas bila mereka bertiga. Humaira membesar dengan baik. Hana pula menikmati masa cutinya dengan menjaga Humaira. Walaupun Humaira lebih akrab dengan Izz dan hanya cari Hana masa tidur je.

"Hai baby!"

Izz yang baru pulang kerja terus menerpa ke arah Humaira yang di atas katil bersama Hana. Tubuh Humaira didukung terus dan diciumnya. "Anak daddy baik ke hari ni?"

Mata Hana menjegil pandang Humaira yang tak merengek langsung dalam pelukan Izz. Sepanjang hari, anak dia merengek je. Tak tahu apa yang tak kena. Bila Izz dukung, terus diam.

"Tak baik langsung. Hari ni Humaira asik nangis je. Merengek je kerja dia." Adu Hana dengan mulut memuncung. Bila Izz dah ambil Hana, barulah Hana berkesempatan bangun dari katil.

Izz tersenyum mendengar aduan Hana. Pipi Humaira dicubitnya. "Anak daddy kenapa ni? Buli mummy ya?"

"Ya!" Hana membalas laju.

"Mummy penat ya?" Wajah Hana dipandang. Isteri dia yang selalu bercantik di rumah itu tak sekemas selalu. Rambut Hana kepit je dan pakai tshirt Izz.

Tapi pada Izz, Hana tetap cantik di mata dia. Lagi - lagi sejak Hana jadi mak orang. Cantiknya bertambah! Makin garang!

Hana yang sedang menyikat rambut di depan cermin tergelak kecil. "Nak kata penat memang penat. But it's okay Humaira. Mummy enjoy being your mummy."

Pengalaman baru sangat. Hana yang dulu selalu membaca sahaja, kini dihimpit Humaira sepanjang masa. Tapi mujur kalau Izz pulang, Humaira dah tak mahu Hana lagi.

Izz sengih. Pipi Humaira diciumnya. "Tak apa lah. Lagi one month je mummy jaga Humaira kan? Bulan depan dia dah mula kerja."

"You tak kasi I kerja ke?" Mata Hana memandang Izz yang leka bermain dengan Humaira. Sejak beberapa hari lalu, tak habis - habis Izz sebut pasal kerja.

Gerakan Izz terhenti. Terkelip - kelip wajah dia membalas renungan Hana. "Tak lah babe. I cakap je. I tak kisah pun you sambung kerja." Sungguh.

Tak adanya Izz nak halang Hana hanya sebab Humaira dah lahir. Izz tahu Hana sendiri suka kerja dia. Bukanlah Izz ni sejenis suka mengarah isteri. Hana pun tahu Izz macam mana.

Readers pun tahu kan?

Bibir Hana memuncung. "I takut je you fikir I ni mak tak bertanggungjawab sebab letak anak kat nursery sebab kena kerja. I tahu you mampu, I cuma... suka kerja."

Hana bukannya pandai buat kerja rumah. Kerja rumah yang dia selalu buat pun basuh baju dan dryer baju saja sebab pakai mesin automatik. Selebihnya Izz yang uruskan.

Basuh pinggan pula memang tugasan Hana sebab Izz yang memasak. Mengemas memang tugas Izz sebab Hana kalau mengemas, alamatnya dia yang kena vacuum. Betapa teruknya Hana dengan menguruskan rumah. Macam mana nak jadi suri rumah sepenuh masa.

Bahu Izz jatuh. "Meh sini duduk sebelah I." Ruang kosong sebelahnya ditepuk. Hana ni kan. Suka sangat overthink walaupun Izz ni dah buat macam - macam.

Hana akur dengan arahan Izz. Dia duduk sebelah Izz. Mata merenung Humaira yang diam dalam dukungan Izz. Siap tangan menggenggam ibu jari Izz lagi. "Kenapa?"

"Hana, I love all of you. I ni kalau boleh nyanyi I ambik mic, I terus nyanyi lagu all of me. Because all of me love all of you. So apa yang you nak, I tak halang. I support. Kita ada duit bayar nursery, bayar saja lah. I tahu apa yang terbaik, adalah bila mummy Humaira buat keputusan. You are enough. I know you are."

Hati Hana menghangat dengan ucapan Izz. Dia tersenyum nipis. "Am I a good mother to Humaira?"

"You are." Bibir Izz terus mengucup pipi Hana.














HANA mengeluh bila sampai di rumah. Lama dia tak  bekerja, hari pertama jadi sungguh penat sampai Hana sakit kepala. Macam - macam nak diuruskan dan dia perlu jawab soalan semua orang berkaitan Humaira yang dah tiga bulan itu.

Kerana Hana terlalu penat dan tak larat, dia suruh Izz yang ambil Humaira di rumah pengasuh. Lagipun rumah pengasuh tu bukannya jauh dari rumah mereka.

Cuma Hana yang mahu berehat dulu sebelum ambil Humaira. Kalau anaknya dah ada, Hana tak dapat mandi lah jawabnya. Humaira dah pandai capai apa yang ada sebelah dia. Dah pandai nak pusing - pusing atas katil. Risau dah nak tinggal sendiri.

Lepas mandi, Hana terus baring di atas katil. Penatnya sampai rasa nak pitam. Belum lagi melayan Humaira yang semakin aktif tu. Mahu sakit kepala Hana.

Malam pula dah tentu berjaga sebab Humaira. Tabahlah hati. Ini semua proses menjadi seorang ibu. Tak terduga Hana akan lalui semua ni.

Letih punya pasal, akhirnya Hana tertidur. Berulit mimpi tanpa sedar dua orang kesayangannya telah pun pulang.

Izz tersenyum melihat Hana yang lena tidur di atas katil. Dia letak Humaira di tepi Hana. Biar dua orang itu bersama. Humaira si kecil terus menggapai badan Hana. Bagaikan mahu mengejut ibunya bangun.

"Maira, tak mau kacau mummy okay? Mummy penat tu." Tegur Izz. Dia ikut berbaring di sebelah Humaira.

Bibir Humaira tercebik. Mata bulatnya memandang Izz dengan omelan bayi yang Izz langsung tak mengerti.

"Rindu mummy ya? Good girl daddy ni duduk rumah pengasuh ya?" Izz mengagah lagi anaknya. Kata orang, amatlah bagus untuk ibu bapa bercakap dengan bayi agar bayi dapat belajar bercakap dengan cepat nanti. Dia pun akan mudah faham apa yang orang cakap.

Bila tangan Humaira menggapai wajah Hana, mata Hana terus terbuka. Cakaran tangan kecik yang dia dah selalu dapat. "Hmm... Izz?" Nama Izz dipanggil dulu sejurus sedar.

"Ya babe? Do you need anything?" Tanya Izz sebelum terus bangun dan duduk. Wajah Hana dipandang. Jelas Hana kepenatan sebab Hana bukannya jenis suka tidur tengah hari atau petang.

Hana gelengkan kepala. Dia ikut duduk seperti Izz. Humaira dibawa ke dalam dukungan. "Lama dah ke you balik? Sorry I tertidur." Ingatkan nak rehat je, akhirnya Hana lena diulit mimpi.

Dahi Izz berkerut. "No need say sorry la. I tahu you penat. Hari ni kan first time you kerja." Izz ni lelaki yang memahami. Tak akan Hana tak kenal lagi suami sendiri.

Bibir Hana mengukir senyuman. "Pengasuh ada kata apa - apa ke hari ni? Maira okay?" Dia menyoal Izz sambil mencuit pipi Humaira. Dah tembam sebab banyak minum susu. Gemuk!

"Pengasuh kata Maira baik je. Dia nangis bila lapar je." Jawab Izz. Dia tersenyum melihat sisi Hana yang bermain dengan Humaira yang dalam dukungan.

Wanita yang dulunya Izz cinta, masih Izz cinta. Wanita yang Izz tunggu bertahun untuk halalkan akhirnya jadi ibu yang sangat penyayang.

"Kenapa pandang I macam tu?" Dahi Hana berkerut.

"You look like my dream." Izz sengih.


















""but i know now i found the one i love" -Hana








CAN WE SKIP TO THE GOOD PART (TIKTOK AUDIO PLS)


—eyein

A Man Like Him✔️Where stories live. Discover now