24| our sunshine

1.1K 89 1
                                    









JUMAAT, 7 am.

Bidadari Hana dan Izz selamat melihat dunia buat pertama kalinya. Hana melahirkan bidadari mereka secara normal. Bidadari mereka, membawa seribu makna dalam kebahagiaan mereka.

"Anak daddy..."

Tubuh kecil itu dibawa ke dalam dakapan. Izz mengucup lembut kepala anaknya. Mata Izz berkaca. Tak sangka dia dah bergelar ayah orang saat ini. "Hai Humaira."

Izrina Humaira. Nama yang dipilih Izz dan Hana bagi anak perempuan mereka. Semoga, anak mereka membesar sebagai pelengkap dan bahagia. Seperti yang Hana dan Izz harapkan.

Hana yang terbaring di atas katil tersenyum melihat Izz yang tak kekok mendukung anak mereka. "Thank you, Izz..." Entah lah. Hana yang beranak, tapi dia tak lupa juga Izz yang menanti Hana di sebelah katil selama dia meneran melahirkan Humaira.

"I yang kena berterima kasih sebab you lahirkan sunshine kita ni. Comel macam mummy dia." Mata Izz tak lepas dari merenung Humaira. Sungguh dia jatuh sayang dengan anaknya sejak pertama kali melihat si kecil ini.

Humaira masih terlalu kecil untuk simpulkan mukanya ikut muka Hana atau Izz. Tapi jelas sekali rambut perangnya ada ikut rambut Izz sikit.

Hana tersenyum melihat betapa sayangnya Izz kepada Hana. "Jangan you sayang dia lebih dari I sudah lah."

"Apa pulak? I sayang mummy dia lebih." Bibir Izz menjuih. Namun matanya masih tak lepas dari merenung Humaira. Sungguh lah ini anak dia? Comelnya.

Mata Hana menjegil pada Izz. "Cakap sayang I lebih tapi you cakap tak pandang I pun. You pandang dia je. Tipu la you ni."

Izz tergelak kecil dengar ujaran Hana. Kakinya melangkah ke katil Hana, lalu disempitkan juga dirinya di birai katil. "Ya babe? Nak I dukung you jugak ke?"

"Dah tak boleh ke?" Usik Hana. Sengaja mahu bergurau senda dengan Izz. Tak akan lah dia iri hati dengan anak sendiri. Dia baru je bersalinkan Humaira berejam yang lepas.

Bibir Izz mengukir senyuman. Sebelah tangan yang tak mendukung Humaira itu mengusap kepala Hana. "Boleh la. Lepas ni I dukung you, you dukung Humaira."

Hana sengih. "Whatever. Mak bila nak datang?"

Keluarga Hana semuanya tak dapat melawat Hana sebab sedang melawat adik Hana di Dublin. Kebetulan adik dia dah graduate. Jadi keluarga dia pergi ke sana untuk melihat adik Hana.

Mak Izz je lah yang boleh melawat mereka di hospital ni. Kalau tak melawat pun tak apa. Esok kalau Humaira sihat macam hari ni, mereka dah boleh balik rumah.

"Mak kata petang sikit dia sampai lah." Jawab Izz perlahan.

Serentak itu, suara Humaira mula kedengaran. Bayi yang belum cukup satu hari itu mula merengek dengan mulut terbuka. Hana mula mengambil Humaira dari dukungan Izz.

Tepi tubuh anak kecil itu ditepuk lembut. "Alolo, anak mummy dah lapar ya? Nak minum susu ya?"

Mata Humaira terbuka sikit. Bila Hana lalukan jari di bibir Humaira, bayi itu terus membuka mulut.

"Lapar ya sayang? Kejap ya." Hana dah jadi mak orang. Fuh.

Dia selak bajunya. Mahu menyusukan Humaira. Izz pula yang malu tengok Hana. Dia terus duduk di kerusi dan keluarkan telefon. Nak balas semua mesej tahniah atas kelahiran cahaya mata mereka.

Dan bila mata Hana dan Izz bertembung, keduanya segera melarikan pandangan. Kekok.













"Anak daddy menangis ya?"

Tanpa mengejutkan Hana, Izz bangun mendukung Humaira di tepinya. Bayi biasalah. Pasti akan bangun tengah malam mahu susu. Tapi melihat Hana yang tidur pulas itu, tak sampai hati Izz nak kejut.

Hana dah menjaga Humaira selama seminggu ni dari siang sampai ke malam. Tengah malam pula Hana yang selalu bangun bila Humaira terjaga. Kesian Hana, tak cukup rehat.

Tangisan Humaira semakin perlahan bila dia selamat dalam dukungan Izz. Seperti tahu sahaja daddy dia tak mahu kejutkan mummy.

Izz capai botol Hana di atas meja dan berjalan turun ke tingkat bawah dengan Humaira dalam dukungan. Peti ais dibuka dan susu badan Hana yang dah bekukan dibawa keluar.

Syukurlah. Hana bukan tak cukup susu. Tapi susu badannya melimpah keluar macam sungai. Tak berhenti sampai Hana kena perah sebab Humaira pun tak sanggup nak minum susu mak dia yang banyak nak mati ni.

Susu badan dalam plastik itu direndam dalam mangkuk yang dipenuhi air panas. Sambil itu, Izz menepuk tepi tubuh Humaira. Tangisan anak kecil itu semakin perlahan, tapi masih berbunyi. Lapar lah tu.

Bila susu dah cair dan panas, Izz terus tukar ke dalam botol dan menyuap ke mulut Humaira. Bayi kecil itu terus menerima tanpa teragak. Izz tersenyum sambil menyuap Humaira.

Bila anaknya dah kenyang, Humaira didodoi dalam dukungan. Zikir dan selawat dialunkan supaya anaknya tidur. Bila Humaira dah tidur, Izz letak Humaira perlahan - lahan atas katil dan buka bedung anaknya.

Pampers Humaira dibuka dan diganti dengan yang baru. Izz buat semuanya tanpa kekok sebab dia selalu tengok Hana buat dan dia pernah belajar juga sekali.

Siap.

Izz tersenyum puas tengok Humaira yang dah tidur nyenyak. Bibirnya laju mengucup ubun - ubun anaknya. "Baik lah sunshine daddy ni. Tak kejut mummy kan?"

Mata Izz mengerling ke arah jam di dinding. Dah pukul tiga pagi. Tubuhnya dibaringkan semula. Mengiring menghadap Hana dan Humaira.

Dua perempuan yang mendapat tempat dalam hati Izz.

Tak sampai lima minit, mata Izz dah terpejam. Penat seharian bekerja dan malamnya berjaga untuk Humaira berjaya membuatkan dia tidur dengan pantas.

Mata Hana terbuka. Dia dah sedar sejak Izz bercakap dengan Humaira lagi. Sengaja dia tak mahu buka mata.

Wajah lena Izz dipandang penuh kasih. Lelaki yang terlalu baik. Selepas seminggu melahirkan Humaira, Izz tak berubah. Dia masih suami yang menyayangi Hana.

Izz kerap tolong Hana uruskan Humaira. Kadang kala Izz akan tanya Hana kalau Hana mahu tidur dan Izz akan tengokkan Humaira. Begitulah.

Bila Izz kerja, Puan Lela yang akan jaga Hana dan Humaira. Pulang kerja, Izz terus ambil alih tugas menjaga Hana dan Humaira. Tak ada masa keluar lepak dengan kawan atau apa. Dunia Izz hanya ada Hana dan Humaira sahaja.

Tangan Hana membelai lembut rambut suaminya. Hatinya tersentuh. Izz sanggup jagakan Humaira demi dia dapat tidur yang secukupnya.

"Thank you jagakan sunshine kita. Love you, sayang."

Hana senyum. Dia mengucup ubun - ubun Humaira sambil tangannya mengusap rambut Izz.

Dua orang yang Hana sayang.

Di katil itu, tiga orang yang saling menyayangi.

Membesarlah dengan didikan terbaik, Humaira.


hana.hanif_

hanif_

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

hana.hanif_ thank you daddy humaira jagakan our sunshine malam ni! luv u <3
















"you are the best thing i ever have" -Hana








—eyein

A Man Like Him✔️Where stories live. Discover now