31| panic

1K 60 2
                                    





PAGI itu, Hana dah bersiap sedia mengemas barangnya. Tak sabar rasa nak balik rumah. Entah apa lah jadi dekat rumah sana tu. Walaupun dia percayakan Izz, separuh hati rasa tak tenang jugak.

"Prof..." Bahu Hana ditepuk seseorang. "Phone Prof mana ya?" Takut - takut pelajar perempuan tu menyoal. Dia senyum segaris.

Dahi Hana berkerut seketika. Dia menoleh ke sekeliling khemah dia. "Haah. Mana ek I letak phone I? Haaa kenapa?" Kepala di garu.

Hidup Hana memang jadi macam tunggang terbalik tanpa Izz. Dia dah lah pelupa lepas tu Izz tak ada nak ingatkan dia, nak tolong cari barang. Mahu tak barai.

Pelajar tadi teguk air liur. "Professor Hanim dapat call dari family Prof."

"Family saya?" Tubuh Hana terus menegak. Teringat mama dan papa yang dah semakin menua. Risau orang tuanya jatuh sakit di saat dia tiada.

Pelajar tadi anggukkan kepala. Dia tarik nafas. "Suami Prof accident kere-"

"Apa?!"

Rahang Hana jatuh. Mindanya terus kosong. Tak tahu nak buat apa. Sama ada nak menangis terus atau pun terus bergegas pergi ke Izz.

Hana overthinking.

"Prof!" Pelajar tadi cemas bila tubuh Hana mulai longlai. Dia menahan tubuh Hana dari jatuh. "Prof Hanim! Tolong!"

Hana masih sedar, namun mindanya kosong. Mata berair. Tak tenang memikirkan keadaan Izz yang jauh di sana.

"Ya Allah Hana!"

Puan Hanim menerpa.











"MAK! Izz mana?!"

Hana terus menerpa ke arah Puan Lela yang baru sahaja keluar dari wad Izz. Muka Hana pucat lesi. Tak tentu arah sejak berita Izz kemalangan menerpa ke telinga.

Muka Puan Lela tegang. Nak je dia marah Hana sebab tinggalkan anaknya, tapi dia tahankan diri. "Ada kat dalam."

Tanpa menjawab, Hana terus membuka pintu. Limpangan air matanya pecah sebaik melihat sekujur tubuh milik insan tersayang terbaring di atas katil.

Bahu Hana terinjut - injut. Dia menekup mulutnya supaya esakan tak kedengaran sampai ke luar. "I... s-sorry..."

"I sayang you..." Tangan Hana menggenggam tangan Izz. Semua ucapan yang Hana tak nak cakap dulu, Hana harap sangat Izz masih sempat dengar semua.

Hana terduduk di kerusi. Wajah Izz yang dah calar itu ditenungnya tak lepas. "You promised me... Izz, you promised me. Please..."

Hana tak nak hilang Izz. Hilang Izz, hilang seluruh hidup Hana. Izz hadir melengkapkan hidup Hana. Sumpah. Macam mana Hana nak teruskan hidup tanpa Izz di sisi?

Air mata semakin berjuraian jatuh. Genggaman pada tangan Izz semakin kuat. Semua memori mereka berdua berlegar dalam mindanya. Hana tak mahu Izz pergi. Hana sayang lelaki ini.

"Izz, I lapar tho."

"Lah, tak makan ke lunch tadi?"

"Tak sempat sebab ada presentation tadi so I rushing." Hana mengeluh di hujung panggilan. Sambil on call dengan pakwe dia pun dia tengah siapkan kerja sebenarnya. Banyak naw!

Di hujung sana, Hana dengar Izz mengeluh keras. "I cakap apa Hana? Dont skip meals kan?" Marah ni marah.

Hana tergelak kecil. Aduhai comelnya boypren. "Hmm ye la I busy."

"Basi dah alasan you. Say sorry." Macam biasa Izz adalah separuh dari Hana yang tak lengkap.

Hana mengetap bibir. "Sorry.... Puas ke sayang?"

"Ya. Dah pergi tidur."

"I want you ask me to say sorry again. I want you to correct me on the spot... please." Hana mengetap bibir. Sakitnya terasa.

Tak nak hilang Izz. Hana tak mahu.

"You marah I ke?"

Senyap. Hana teguk air liur. Enam bulan jadi kekasih Izz, baru pertama kali Hana kena silent treatment macam ni. Hana pun rasa nak nangis je kena layan dengan Izz macam ni.

Bawah bibir digigit. Hana tarik nafas sebelum bersuara lagi. "Tak, macam ni sayang... I tak tahu pulak phone I habis battery pastu I-"

"Dah sampai rumah you." Kereta berhenti. Ayat Hana pun ikut berhenti. Hana jadi makin seram. Izz buat muka tak ada perasaan. Serupa tengah kawad.

Wajah Izz dipandang Hana. "I tahu I salah. I keluar sampai malam lepas tu lupa you tunggu I nak makan sekali depan hostel I."

"Okay." Tak berperasaan. Tak habis marah lagi lah ni. Mana taknya, Izz tunggu Hana dari petang tanpa khabar berita dari perempuan tu lepas tu Hana muncul pukul sebelas malam cakap dia nak balik rumah sebab pintu hostel dah tutup dan mintak Izz hantar.

Izz yang tengah marah makin berangin je tengok Hana masa tu.

Hana pandang Izz dengan muka simpati. Mata dibulatkan. Harap muka comel dia dapat lemahkan hati Izz. "Jangan marah ek?"

"You know that's now how you say sorry kan?" Wajah tegang Izz tadi dah mengendur sikit. Cumanya masih bernada tegas.

Bahu Hana jatuh. Ish! "Hmm. Sorry."

"Okay I forgive you. Good night,"

"I.... I minta maaf...." Tubuh Hana bergegar melayan esakan. "I isteri yang teruk. I tak reti masak, I selalu marah you lepas tu I suruh you buat macam - macam.... tsk tsk...."

"Dah la tu macam nak buat karangan spm je Madam Hana ni."

Hana kaku. Wajah bersahaja Izz dipandang kosong. Kejap? What?! "You... tak koma ke? Bukan you koma?"

Izz tahan gelak. "Siapa yang kata dekat you I koma?" Sebenarnya dia kemalangan sikit je. Patah tangan sikit tapi tak sampai dua minggu dah boleh baik.

Tadi tu Izz tidur. Hana masuk dia dah bangun dah. Tapi sebab Hana punya sedih tu buat dia rasa nak dengar raungan Hana sampai habis, dia pun pengsankan je lah diri.

"Eh-" Otak Hana kembali memproses. Haah. Tak ada siapa kata Izz koma. Hana tak ada tanya sesiapa pun keadaan Izz macam mana. Dia je terus buat kesimpulan sendiri.

Bawah bibir digigit. Muka Izz dipandang. "Jadi you sihat lh? You hidup?"

Izz geleng kepala. "You overthinking je Hana. Haduh..." Nak ketawa macam tak berkudrat dah. Tapi isteri dia ni memang...

"Sampai hati you biar I nangis je tadi!" Mata Hana membulat. Dada Izz dipukul melepaskan geram. Malu sebenarnya dah meluah macam - macam tadi.

Ketawa Izz terhambur. Wajah Hana diperhati tak lepas. "Meh sini babe. I rindu betul isteri I ni."

Tanpa amaran, tubuh Hana ditarik ke dalam pelukan. Izz senyum. Terasa nyaman tubuh Hana di dalam dakapan Izz. Terasa dunianya dah kembali cerah.

"You..."

"Hm." Izz menyahut sambil mengusap kepala Hana.

"Rindu." Hana bersuara perlahan sebelum menyembunyikan muka dalam pelukan Izz. Malu sangat dah ni. Tak kira dah malu dia hari ni.

Izz sengih. "Sama."
















—eyein

A Man Like Him✔️Where stories live. Discover now