11| i love kids

1.1K 105 5
                                    







Tepat jam lima setengah petang, Izz mula mengemas mejanya. Dia sempat regangkan tangan sebelum bangun dari duduknya. Keletihan seharian duduk menyelesaikan laporan untuk dihantar ke pihak atasan.

"Laju betul nak balik?" Arman, rakan sekerja Izz menyoal terus. Izz ni kalau pergi kerja bukan main murung lagi. Balik kerja auto segar bugar bukan main lagi mata tu.

Izz tersengih. "Tak sabar nak jumpa isteri dekat rumah." Balas Izz bersahaja. Dua bulan kahwin, Izz tak pernah rasa jemu tengok muka Hana. Makin tengok, makin sayang. Kalau tak tengok jadi rindu.

Sepanjang perjalanan ke rumah, Izz buka playlist lagu kegemaran Hana. Dalam diam. Hana pun tak pernah tahu yang Izz suka dengar playlist dia.

Sebab bagi Izz, playlist Hana ni ada maksud tersendiri. Hana tak begitu bagus dalam meluahkan perasaan. Jadi Izz cuba faham isteri dia melalui lagu yang Hana suka. So far, Izz rasa inilah hobi terbaru dia.

Memahami Hana melalui lagu.

There was a time when I would have believed them
If they told me you would not come true
Just love's illusion
But then you found me and everything changed
And i believe in something again
My whole heart will be yours forever

Izz tersenyum lebar bila mendengar setiap bait lirik lagu itu. Hana selalu pasang lagu ni dalam kereta. Izz tahu, ini yang Hana nak sangat cakap.

I choose you

Dalam ramai lelaki lagi yang Hana boleh pilih, Hana pilih Izz sebab Izz menepati ilusi Hana. Lelaki yang Hana mimpikan ada dekat Izz. Kan?

Bum!

Izz tekan brek mengejut bila sedar dirinya terlanggar sesuatu. Air liur ditelan. Hah tu la leka lagi mengelamun kan tak perasan!

Turun daripada kereta, Izz nampak seorang kanak - kanak perempuan yang mengerang sakit. "T-tolong!"

Kakinya melangkah laju merapati budak itu. Basikal yang menghempap budak itu, Izz angkat. "Sorry dik. Uncle betul - betul minta maaf."

Serba salah Izz jadinya. Lagi - lagi bila dia tengok tepi lutut dan bahagian betis budak perempuan itu berdarah. "Mak adik mana? Uncle bawak adik pergi klinik ya?"

"Dya!"

"Ya Allah anak ibu!"

Seorang wanita berlari mendapatkan budak perempuan itu. Resah melihat anaknya kesakitan. "Kan ibu dah kata bawak basikal tu perlahan - lahan! Kan dah sakit!"

Izz mengetap bibir. Sudahnya, dia pula yang serba salah tengok budak tu kena marah. "Puan, tak apa. Memang salah saya sebab lalai. Saya bawak puan dengan anak pergi klinik ya?"

Wanita itu bagaikan baru tersedar dengan kehadiran Izz. Dia senyum kekok. Kepala anaknya diusap. "Tak apa. Saya bawa dia sendiri je."

"Puan ada transport ke? Tak apa saya bawa pergi klinik, lepas tu hantarkan puan ke rumah. Nak bawa basikal ni lagi kan susah? Kaki dia pun sakit." Lembut Izz menawarkan bantuan.

"Jangan panggil saya puan. Panggil Daz je."

Izz anggukkan kepala. "Ikut saya?" Soal Izz lagi.

Daz anggukkan kepala. Sebab memikirkan kesusahan anaknya, Dya yang sakit terpaksa berjalan kaki sampai ke rumah. Lagipun Daz bukannya ada duit nak bawa dia ke klinik.

Tak mahu duduk di samping Izz, Daz duduk bersama Dya di tempat duduk belakang. Tak selesa nak duduk sebelah lelaki itu sebab mereka hanyalah orang luar.

Izz hidupkan semula enjin kereta. Dia mengerling ke arah Daz dan Dya di belakang. "Awak okay ke duduk situ?"

"Okay. Lagipun saya busuk baru balik daripada pasar nanti awak tak selesa." Ujar Daz serba salah. Tangan Dya digenggam erat. Tengok lah kereta Izz, bukan sebarang kereta.

A Man Like Him✔️Where stories live. Discover now