10| forever yours

1.1K 111 21
                                    


"you win, girl. now everyone want a man like him."


PAGI itu, Izz tak banyak cakap macam biasa. Malah hanya bercakap apa yang penting sahaja dengan Hana. Dia sebenarnya masih terasa dengan kata - kata Hana semalam.

Tapi bukanlah Izz nak over dramatic. Dia cuma tak suka bila Hana cakap macam tu dan separuh lagi sebabnya Izz sengaja nak bermanja. Entah bila agaknya kali terakhir dia buat drama merajuk macam ni. Jarang betul berbanding dengan Hana yang setiap hari nak merajuk.

"Sayang ada nampak tak baju coklat I?" Hana yang baru keluar dari tandas menyoal. Dia dah menyarung tshirt lengan panjang dengan seluar slack hitam. Rambut pula masih basah dibiar lepas.

Tangan Izz yang sedang memasukkan baju ke dalam bagasi, terhenti. "Huh? Yang hoodie tu ke?" Izz menyoal senada.

Mata langsung tak memandang Hana. Bukan apa nanti rajuk dia pun hilang lepas tengok muka Hana yang cantik tu. Muka baru lepas mandi pulak tu. Isy lemah!

Bibir Hana mengorak senyuman bila perasan suaminya tak mahu memandang. Takut rajuk runtuh lah tu. "Haah. Sayang ada nampak ke?"

Kaki melangkah mendekati Izz. Tangan Hana sengaja letak di atas bahu Izz. Membuatkan lelaki itu mengerut dahi. "Tak. Cari lah sendiri. I nak kemas baju ni."

Izz telan air liur. Hana ni dah la baru lepas mandi. Wangi - wangi menempel sebelah dia pula. Macam mana lah Izz tak lemah lutut kalau Hana sengaja menggoda dia macam ni.

"Izz," Hana tarik hujung baju Izz. Mukanya didekatkan dengan muka Izz. "I'm sorry. Forgive me please?"

Hujung mata Izz melirik ke arah Hana. Dia berdeham sekali sebelum menepis tangan isterinya. "J-jangan la dekat. I nak kemas ni. Tak nampak ke?"

Bibir Hana memuncung. Dia hanya memandang Izz yang dah berjalan ke depan cermin. Entah apa yang Izz sibukkan, Hana pun tak tahu. "I tahu I salah. I tak patut cakap macam tu."

Diam.

Tak boleh jadi ni. Hana mengeluh geram. Bibirnya diketap sebelum melangkah ke arah Izz. Tanpa amaran, kedua belah tangan Hana terus mencengkam pipi Izz membuatkan mata suaminya membulat.

"Eh lepas-"

Cup!

"I'm sorry?" Hana senyum tak bersalah. Suka hati je pakai cara ni untuk pujuk Izz. Menggatal macam ni bukan Hana ye. Ni orang lain.

Muka Izz tak beriak. Terkedu sebenarnya sebab Hana ni bukan sejenis romantik. Tak suka guna cara - cara begini untuk tumpaskan Izz. Tapi-

"Izz, I minta maaf." Hana muncungkan bibir. Mata dibulatkan gaya sungguh comel. Walaupun dah tua bangka, di mata Izz Hana tetap nampak comel.

Tapi kalau student Hana nampak ni, mahu mereka muntah hijau.

Izz mengetap bibir. Anak mata Hana dipandang sedalamnya. "You know Hana? I wish I can be mad at you , but I can't."

Tangan Hana diturunkan. Izz lempar senyuman segaris buat Hana tersengih. "I marah sebab cara you cakap tu macam you give up dengan I. You give dengan kita. I tak nak. I tak suka. I nak kita harungi je apa - apa pun, as long as you're with me." Luah Izz.

Kata - kata Izz berjaya membuatkan Hana meengetap bibir. Dia menunduk. Dia tahu, Izz dah korban banyak perkara untuk jadi suami dia yang sekarang ni.

Izz sanggup tunggu bertahun hanya sebab Hana pentingkan education. Izz sanggup bayar hantaran tinggi yang diminta mama papa sebab ikhlas nak halalkan Hana.

Jadi untuk bercakap soal melepaskan atau bukan selamanya, pasti sahaja terlalu menyakitkan untuk Izz.

"Sorry. I janji tak cakap macam tu dah."

A Man Like Him✔️Where stories live. Discover now