29| sampai hati

1K 62 3
                                    





SEJAK dia dapat surat tu, berkali - kali Hana garu kepala. Gila. Tak pernah sepanjang Hana kahwin dengan Izz, dia tinggalkan lelaki itu. Inikan lagi lepas dah ada anak?

Izz je selalu tinggalkan Hana. Hana memuncungkan bibir. Dua hari satu malam tu terlalu lama untuk Hana tinggalkan tiga anaknya dengan Izz.

Dia tahu Izz tak ada masalah nak jaga anak mereka, tapi hati dia tetap tak tenang nak biarkan Izz jaga budak bertiga tu. Isy tak sampai hati lah!

Tengah Hana mengelamun memikirkan masalah negara, telefon dia berdering minta diangkat. Tangan Hana laju menjawab panggilan. "Hello?"

"Babe. I dah sampai." Suara suami Hana kedengaran di hujung talian.

Buat seketika, Hana garu hujung kening. Lah dia lupa pula pagi tadi dia pergi kerja dengan Izz. Jadi balik kerja pun dengan Izz lah. "Ooh. Haa okay sayang. Ten minutes."

"Okay take your time." Panggilan dimatikan.

Hana tergesa - gesa kemas meja kerja dan ambil beg tangan. Surat pemberitahuan tentang kem dua hari satu malam turut dimasukkan dalam beg tangan.

Sampai dekat tempat parking kereta, Hana dah nampak suaminya menunggu di depan pintu kereta sambil memeluk tubuh. Hana tersenyum lebar. "Izz!"

"Babe!" Tangan Izz depakan.

Hana berlari ke arah Izz macam anak kecil yang dijemput ayahnya. Tubuh Izz terus dipeluk erat. "Rinduuuuu!" Hana mengadu sambil memuncungkan bibir.

Izz sengih. Hidung Hana dicuit. "Manja. Jom balik, anak - anak tunggu kita." Izz pun tahu segan bila mata - mata di sekeliling mula memberi tumpuan terhadap dia dan Hana.

Dah macam baru semalam kahwin. Padahal anak dah tiga.

Senyuman Hana melebar. Dia melepaskan tubuh Izz sebelum naik ke kereta. Macam biasa, Izz yang buka dan tutupkan pintu Hana. Bila dengan Izz, Hana ibarat orang yang tak ada tangan. Semuanya Izz tolong buat.

"Macam mana kerja tadi? Okay ke semua?" Tanya Izz sebaik dia memulakan pemanduan. Dah jadi rutin Izz untuk sentiasa ambil tahu tentang harian Hana.

Hujung bibir Hana terangkat. Okay ke? Dia dapat surat makluman kena tinggalkan Izz selama dua hari. Hidup dia dah cukup gelap lepas nampak surat tu. Huhuhu.

Bila Hana tak menjawab soalan dia, Izz menjeling ke sisi. Wajah Hana yang termenung menyapa pandangan. Ada lah tu yang tak kena masa waktu kerja. "Kenapa? Banyak kerja ke? Ke ada student buat hal?"

"Tak lah..." Kepala Hana gelengkan.

Dan Izz pula, bukan baru sehari dia kenal Hana. Bila suara isteri dia lemau macam tu, hati Izz sekaligus rasa berat. "Are you okay babe?"

Stereng diputar ke kiri. Izz memilih untuk berhentikan kereta di tepi jalan semata - mata untuk dengar luahan Hana. "Something happened?"

Hana menunduk. "I kena... tinggalkan you."

"Hah?" Mata Izz membulat. Ayat tak habis Hana tu mampu buat dia fikir yang aneh - aneh ya. "Apahal pulak?"

Hujung jari Hana menggaru kening. Dia keluarkan surat makluman dari beg tangan dia. "Ni haa. Baca lah sendiri." Hulur Hana dengan muka tak rela.

Izz tarik nafas sebelum membaca. Ayat Hana macam nak bagi surat cerai je. Mintak simpang, tapi siapa je tak fikir lain kalau cara Hana cakap dah macam tu.

"Hana,"

Keluhan dilepaskan. Izz pandang Hana yang buat muka serupa baru lepas merompak rumah orang tu. "You kena pergi camping the students for two days one night. Tu ke yang buat muka you masam macam jeruk ni?"

Geli hati Izz tengok muka murung Hana. Dah ada anak tiga pun perangai masih buat Izz rasa nak cubit je pipi Hana.

"Apasal you cakap muka I macam jeruk?" Mata Hana jegilkan pada Izz. Sudahlah seharian dia murung memikirkan dia terpaksa berjauhan dengan Izz. Izz sesuka hati je cakap muka dia macam jeruk.

Izz tersengih. Wajah Hana dipandang. "Okay, but why are you upset?"

Hana diam. Muka Izz dipandang. "I tak pernah tinggalkan you dengan kids. I serba salah sangat. Lagipun, macam mana kalau diorang rindu I? Macam mana kalau mak marah I tinggal you? Macam mana kalau you penat jaga diorang?"

Buat seketika, Izz tarik nafas sedalamnya. Overthinking Hana masih tak luput walau dah ada anak tiga. Tugas Izz pula, untuk sentiasa legakan hati Hana.

"Babe, I reti jaga budak bertiga tu. Small matter je. You pergi kejap je kan? I can take care of it. You focus je dekat sana. Okay?" Senyuman diukir. Cuba untuk legakan hati Hana.

"Pasal mak?" Tanya Hana. Dia tahu walau mak tak lah sekejam dulu, ada kalanya mak bising jugak soal Hana. Tapi nak buat macam mana? Anak dia berkeras mahu ikut cara Hana.

Tangan Izz naik mengusap kepala Hana. Dia senyum. "Jangan risau lah. Kejap je you pergi babe. Dia tak marah pun."

Bibir Hana memuncung. Muka Izz dipandang. "Sure ke dia tak marah?" Nanti kang kalau dia bertembung dengan mak lepas tu kena bebel, hati dia juga yang sakit.

Izz senyum je. Dia labuhkan bibir pada dahi Hana. "Tak apa lah my queen. Nothing to worry about. I boleh jaga anak - anak kita okay? I promise you."

Bahu Hana jatuh. Rasa dah terpujuk dengan Izz walau hati dia masih ada resah nak tinggalkan anak - anak dengan Izz je. Bukan tak percaya Izz, dia cuba risau.

"Kalau apa - apa jadi, promise me you terus call I?" Hana pandang Izz dengan pandangan penuh berharap.

"Ya. Janji." Kepala Hana diusap Izz lagi. Walaupun Hana punya overthinking ni tak pernah habis walau dah meningkat tua, Izz tabahkan je hati dan akan terus pujuk Hana.

Hana mengeluh lega. Lega Izz dah tahu dan Izz okay je nak menjaga anak selama dua hari satu malam. "Okay. Kalau you nak hantar Humaira dengan Haidar kat rumah mama papa pun okay. Boleh you jaga Haris je."

Laju Izz gelengkan kepala. Stereng mula berputar seiring kereta milik Izz yang ke tengah jalan semula. "Tak payah. I nak spend time dengan budak bertiga tu. Rasa macam you je banyak jaga. It's okay lah."

"Thanks sayang." Hana peluk lengan Izz. Untungnya dia dapat Izz yang tak merungut kena jaga anak. Izz tak pernah berat hati nak tolong Hana di rumah.

Kalau Hana sibuk, Izz mesti akan kemas rumah dan buat semua kerja rumah. Walaupun Izz pun penat dengan kerja, sepatah pun Izz tak pernah mengeluh.

Izz mengerling ke sisi. Muka cemberut Hana dijelingnya. "Tu anak I jugak kan? I kena la jaga jugak."

"Thank you Izz...."

"Ya sayang, welcome." Kepala Hana diusap.

Sebelum masing - masing tersenyum gembira. Puas hati.

















—eyein

A Man Like Him✔️Where stories live. Discover now