02| soft

1.9K 138 14
                                    

"you win, girl. now everyone want a man like him."





BANGUN pagi, macam biasa sepanjang lapan hari berkahwin-- Izz akan tolong beli sarapan. Mungkin sebab hari pun pagi dan Izz malas nak mencemar duli ke dapur. Tapi Hana tak kisah pun. Ada Izz yang tolong belikan sarapan tanpa merungut pun dah buat dia bersyukur sehari semalam dah.

Izz senyum bila melihat isteri dia mendekati. Dia yang tengah menghidang makanan, terus berhenti untuk menarik kerusi buat Hana. "Have a seat."

Senyuman Hana terukir. "Thank you sayang."

Tangan Izz naik mengusap kepala Hana yang dah dibaluti tudung. Lembut sahaja membuatkan Hana senyum suka. "Nak makan nasi lemak ke roti canai? I beli dua - dua sebab lupa nak tanya you tadi."

Mata Hana jatuh kepada makanan yang terhidang depan mata. Haih, macam mana tak cair? Suami dia setiap saat ada je benda yang nak buat dia nangis terharu. "Sayang, you know you can buy anything kan? You yang beli, tak akan I nak banyak bunyi pulak. You don't have to buy both." Lembut Hana menegur.

Bukan apa, dia tak nak la menyusahkan Izz. Cukuplah suami dia dah terima dia yang tak pandai masak ni. Jangan la dia ni jadi bini tak berguna.

Dahi Izz berkerut dengar ujaran Hana. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah isterinya. "Hana, bukan susah pun. Kalau tak habis nanti I bagi la jiran ke apa. Don't worry okay?"

Bahu Hana jatuh. Membulat mata pandang Izz. "Bukan pasal membazir ke apa tau. I tak nak you treat I baik sangat la. I feel useless."

"You know you're not. Dah, makan. Nanti I hantar you pergi universiti." Sekali lagi Izz mengusap kepala Hana. Sudu dan garfu tak lupa dihulur kepada isteri dia.

Dalam diam, Hana senyum. Halah siapa je tak suka dimanjakan dan dilayan seperti permaisuri? "Tak apa lah, I boleh drive sendiri."

Mata Izz mengecil memandang Hana. Eh ada je la bini dia ni membangkang. Izz zip jugak mulut Hana ni. "I cuti kan hari ni? I hantar you je la. Jimat duit, jimat masa I. Kan?"

Berkerut dahi Hana pandang Izz. Dia yang tengah mengunyah cuba proses balik ayat Izz. "Jimat masa apa pulak? Nanti kena redah jam bagai."

"Jimatlah daripada I duduk dalam rumah tak buat apa, baik I luangkan masa dengan you dalam jam. Haaa baru la bermanfaat masa I." Jawab Izz tenang. Di hujung ayat, dia menyengih.

Bibir Hana mencebik. Izz ni! "Menyampah!"

Tawa Izz terhambur. Namun saat dia ketawa, matanya masih tertumpu ke arah Hana. Memikirkan betapa sayangnya dia dengan Hana dan adakah betul di depan dia ni Hana, isteri dia.

"You pandang I."

"Hmm?" Mata Izz masih tak lari dari memandang Hana. Kini, hanya ketawa yang dah hilang.

Hana mengetap bibir. Tak rasa macam nak makan pulak bila Izz pandang dia macam ni. "You asik pandang I je! Apahal?"

Hujung bibir Izz ternaik. Dia terus letakkan sudu dan garfu ke bawah. "You know what? Serious la kita dah kahwin? I boleh pandang you and adore you tanpa dosa? Best gile! What a life."

"Izz!" Jeritan Hana kedengaran. Dia menaikkan tangan mengacah untuk memukul Izz. Dalam hati, Tuhan je tahu.

Masa sebelum kahwin, Izz tetap soft macam ni jugak. Cuma bezanya Izz tak suka bagi ayat manis bergula dan tak ada la pandang Hana macam sekarang.

Izz senyum selebarnya. "You are my dream, Hana."

"Izz, makan cepat. I tak nak lambat masuk class nanti malu je dengan students." Hana tukar topik. Mata dijegilkan pada Izz. Ergh, Izz ni bukan boleh!

A Man Like Him✔️Where stories live. Discover now