20| thank u

1.1K 98 6
                                    








MATA Hana bersinar tengok epal hijau yang di atas meja. Seronok tengok epal hijau yang tersusun dalam bakul buah itu. Dia terus tarik kerusi dan duduk.

Sebuah epal dicapai dan Hana menikmati dengan jayanya. Sedar tak sedar, lima buah epal di atas meja itu habis dimakan Hana.

Dia tersenyum kepuasan dengan perut yang selesa setelah makan buah epal hijau yang masamnya menyengat lidah itu.

"Babe,"

Izz yang baru saja sampai ke rumah itu terus menyentuh bahu Hana. Hairan melihat isteri dia di meja makan pada petang hari macam ni. Hana ni jenis jaga makan juga.

"Hai, dah balik?" Bibir Hana mengukir senyuman. Dia berdiri dan memeluk tubuh Izz. Mencari ruang selesanya di dalam pelukan Izz. "Dah makan ke? Nak I order apa - apa?"

Kepala Izz menggeleng. Tangannya naik mengusap kepala isterinya. Hilang segala penat di tempat kerja bila disambut Hana. "Tak apa lah babe. Malam ni I masak."

Hana anggukkan kepala. "Okay. Pergilah mandi dulu."

Izz angguk. Namun, belum sempat dia nak melangkah pergi, Izz perasan ada sesuatu yang hilang di atas meja makan. Kaki Izz terhenti. "Babe, epal hijau I beli semalam semua mana?"

Ya. Epal hijau yang Izz beli malam semalam masa dia pergi pasar raya. Dia beli sebab berniat nak buat jus untuk mereka berdua. Macam mana pulak lima buah epal di atas meja tu hilang semua?

Mata Hana terkelip - kelip tak bersalah. "Lah you ke beli? Sedap! I habiskan semua!" Balas Hana dengan bahagia.

Rahang Izz jatuh. Dahinya berkerut hairan. "Hana, you hate apples. Don't you remember? You hate fruit."

Sepanjang perkenalan Hana dan Izz, Izz dah berbuih suruh Hana makan buah tapi isterinya tak suka sayur dan buah - buahan. Tiba - tiba sahaja Hana kata Hana habiskan buah yang Izz beli? Eh pelik!

"Hah? Aah kan..." Hana seperti tenggelam dalam dunia sendiri. Dia tak suka buah. Tapi macam mana pula Hana boleh rasa epal hijau tadi menyelerakan?

Izz garu kepala bila suasana berubah janggal di antara mereka. Ini semua salah Hana. "Tak apalah babe. Bagus lah kan you dah makan buah? Kan?"

Kan?

Perlahan - lahan Hana anggukkan kepala sebelum tersenyum senget. "Maybe? Dah you pergi lah mandi."

"Okay."

Bila Izz dah naik ke bilik, Hana terduduk di atas kerusi. Hujung kening digarunya. Keanehan yang dia baru sedar. Macam mana pulak tiba - tiba Hana rasa epal tadi sedap?

Hana demam ke? Tapi masa dia demam pun dia tetap membenci buah. Hana mengetap bibir. Otaknya sedang memproses sesuatu.

Adakah Hana.... eh takkan!

Tak mungkin.

Tapi-

Mata Hana membulat. "Izz!"

"Izz!"

Tangan Hana memicit dahi sendiri. Kalau betullah apa yang Hana fikir ini, bermakna hidupnya akan berubah selepas ini. Ya Tuhan.

"Ya Allah kenapa?" Izz yang dengan belum sempat pakai bajunya, turun dengan hanya tuala melilit pinggang. Dia memandang Hana hairan.

Hana telan air liur. "Izz...." Mata Hana dah berkaca. Rasa takut menerpa. "Jom pergi klinik."

"Huh?"

Entah kali keberapa untuk hari itu, Hana sungguh aneh di mata Izz.













"Tahniah ya encik." Doktor lelaki itu sempat berjabat tangan dengan Izz yang masih terkedu dengan berita itu. Selepas perbincangan dia dan Hana dulu, sungguh tak sangka Allah hadirkan rezeki secepat itu.

Tangan Hana digenggam sehingga keluar dari klinik. Hana pula tenggelam dalam dunia sendiri. Masih tak sangka dengan berita yang mereka berdua baru dengar itu.

Masuk sahaja dalam kereta, Izz tak dapat tahan lagi dirinya. Tubuh Hana di sebelah, ditarik ke dalam pelukan. "Babe, thank youu...."

Berkali - kali dahi Hana dikucup Izz. Terharu dan bahagia. Hana akhirnya hamil anak mereka berdua. "Terima kasih babe. I'm so grateful. Wallahi, ini hadiah terindah dalam hidup I."

Selepas tujuh bulan mendirikan rumah tangga, akhirnya Izz dan Hana bakal menimang cahaya mata. Rumah yang dah bersinar dengan kasih mereka berdua akhirnya akan bertambah cerah dengan cahaya mata mereka.

Hana tersenyum lebar. Hati yang gundah dia berjaya menjadi lembut melihat Izz yang sungguh gembira itu. "Are you happy?"

"Yup. Thanks babe."

Tangan Izz, Hana genggam. "I stop ambik pills baru - baru ni sebab I rasa yakin yang you boleh jaga I dan anak - anak I. We are mentally and physically stable, economically pun. But I tak tahu pulak secepat ni..." Di hujung ayat, Hana tergelak kecil.

Aduhai kelakar lah pula. Subur sungguh Hana.

"So... you... okay?" Izz memandang wajah Hana dengan harapan isterinya baik - baik sahaja.

"Okay. From the moment I stop ambik pills, I okay. Cuma tu la... I tak tahu pulak secepat ni." Jawab Hana dengan senyuman. Wah, lepas ni dia jadi mak orang lah? Wah.

Senyuman Izz melebar. Matanya jatuh pada perut Hana. "Allah tahu sekarang adalah masa yang tepat?"

Hana mengangguk setuju. Dia tersenyum lagi. "Thank you Izz. I know you can be a really good father to our kids."

Mata Izz jadi berkaca. Sebak. Nak berkahwin dengan Hana bukanlah satu perjalanan yang mudah. Izz harungi patah hatinya dulu, menunggu Hana bertahun untuk habiskan belajar, dan sanggup bekerja keras kumpul duit kahwin mereka.

Mungkin benar kata orang. Lebih susah kita mahu dapatkan wanita itu, lebih kita hargai dia yang dah jadi milik kita.

"Jangan lah nangis..." Bahu Izz digosok Hana. Hatinya pun jadi sayu melihat Izz menangis begitu. Terharu betul Izz bila tahu Hana mengandung anak pertama mereka.

Izz menarik nafas sedalamnya. "This is too good to be true. Am I dreaming?" Matanya digosok. Buka mata, betullah.

Hana yang di depan Izz.

Ketawa merdu Hana hamburkan melihat telatah suami kesayangan dia. Renungan Izz tak lepas dari wajah cantik Hana. "Thank you Hana."

Jemari Hana naik mengusap pipi Izz. "Thank you jugak, my Izz. Thank you bersabar dengan I, dan layan I dengan baik. I love you."

Izz tersenyum suka. Dahi Hana dikucupnya penuh kasih sebelum tangan bertapa di perut rata Hana. "Let's take care of our angel together okay?"

"Together." Hana anggukkan kepala.

Masing - masing tersenyum. Melakar indah memori mereka yang ke hadapan.

Izz dah dapat bayang keluarganya akan jadi keluarga yang dia mahu bina selama ini. Izz mahu didik anak dia sebaiknya. Bersama wanita terhebat, Hana di sampingnya.

Tangan Hana dan Izz saling menggenggam.

Wallahi, you are our angel, Hana and Izz's junior.



















—eyein

A Man Like Him✔️Where stories live. Discover now