13| it's okay hana

1.2K 105 11
                                    








"IZZ!"

Benci!

"Apa buat mulut macam tu?" Izz menegur melihat mulut isterinya memuncung. Izz tolong angkat masuk tandas pun nak marah. Garang lah Hana ni.

Mata Hana menjeling Izz di sisi. Tangannya mencapai berus gigi. "I boleh mandi sendiri lah! Tepi!" Sibuk je tau Izz ni. Hana ni sakit tangan bukan lumpuh satu badan. Melampau je sampai nak mandikan.

Baru tangan Hana nak mengambil ubat gigi, Izz terlebih dahulu menolong. Siap tolong letakkan di atas berus giginya lagi. "Orang nak tolong pun dia marah. Garang la you ni."

"Eleh ye la tu nak tolong. You tu nak menggatal je!" Mata Hana membesar. Izz ni bukannya boleh percaya sangat pun.

Ketawa Izz terhambur. Suka betul dia tengok Hana yang garang ni. Comel je dekat mata dia. "Meh cium sikit."

"Tak nak la-"

Cup!

"Izz!" Hana mengesat kesan air liur di pipinya dengan hujung lengan baju tangan kiri. Tangan yang digunakan untuk memberus giginya.

Izz sengih tak bersalah. "See you soon babe!"

"Kepala otak you!"

Isy. Izz ni suka betullah menggatal. Mujur tangan kanan Hana sakit kalau tak dah lama Hana cubit perut berkotak Izz tu. Geram!

Keluar sahaja dari tandas, Izz terus menuju ke arah almari. Pakaian Hana diambil sepasang. Baju tshirt putih bercorak mickey mouse dan seluar palazo pink. Tak lupa juga pakaian dalam Hana. Semuanya Izz letak atas katil. Senang isteri dia terus pakai sahaja nanti.

Kemudian, Izz terus ke dapur. Peti ais dibuka. Macam biasa, tak ada apa dalam peti tu sebab Hana dan Izz sama - sama tak memasak sepanjang hari bekerja.

Izz garu kepala. Nampaknya terpaksalah dia gunakan tenaga untuk memasak. Izz buka peri bahagian atas dan keluarkan ayam. Tu je lauk yang ada. Itu pun sebab kelmarin Izz terdetik nak beli.

Disebabkan dia tak berapa ada mood sangat nak masak, Izz hanya masak ayam goreng kicap sahaja. Hana bukannya sejenis memilih soal makanan. Isteri dia tu tak banyak songeh. Suap bubur je pun Hana suka. Bagus Hana ni.

"Izz!"

Izz yang tengah mengelamun sambil memotong carrot tersentak. Akibatnya, pisau terhiris hujung jari telunjuknya. "Auch!"

"Sayang!" Hana dah kalut. Aduh, menyesal dia panggil Izz macam tu. Tak pasal - pasal suami dia dah terluka macam ni. "Sorry sayang. I tak sengaja." Ucap Hana.

Jari telunjuk Izz dicapai. Luka sikit sahaja. Hana dah mencebik. "Kesiannya you. Dah lah kena masak lepas tu luka pulak. Isy tak guna betul lah I ni."

"Aip! Apa kata macam tu Hana?" Mata Izz menjegil. Geram sungguh bila Hana mula kecilkan diri sendiri macam tu. "Tak apa lah ni luka sikit je. Don't worry."

Kepala Hana diusap lembut. Izz senyum. Tanda dia benar - benar okay. Lagipun kalau dah selalu di dapur, luka terkena pisau sikit tu biasa dah. Bukannya jari terus terpotong pun. Izz ni polis lah. Pernah ditembak pun.

"Dah siap masak ke?" Hana menyoal. Memandang Izz yang sedang membasuh tangan di sinki.

Izz anggukkan kepala. "Dah. Tu carrot I potong sebab tambah dalam ayam tu je. You nak lunch dah ke?"

"Tak. I nak you."

Wajah Izz berubah. Air liur ditelan. Hana ni...

"I nak you belikan I cendol boleh? Rasa nak makan la." Sambung Hana tenang. Langsung tak perasan riak wajah suami dia tadi.

Izz menggigit bawah bibir. Wajah Hana dijeling. "Lah, nak cendol rupanya. Ingatkan nak I."

Ketawa Hana pecah. Tangan kirinya menepuk bahu Izz. "Gedik. Order grabfood je pun okay."

"Hmm."

Hana senyum. Sebelum Izz berjalan ke depan, dia jengket membisikkan sesuatu di telinga Izz. Membuatkan telinga Izz memerah. Sekaligus muka berubah tomato.

"Buat apa I nak you? You're already mine kan?"

Ceh!











Kepala Hana diusap. "Pandai isteri I makan sampai habis. Good girl!" Izz senyum sampai ke telinga. Tanpa sedar yang Hana merenung tidak lepas suaminya itu.

Izz bangun dari duduknya. Sempat kucupan dihadiahkan pada dahi Hana. "Sedap tak ayam kicap I masak? Kalau sedap I masak ni selalu." Tanya Izz.

"Sedap." Jawab Hana ringkas. Dia memandang belakang badan Izz yang sedang mencuci pinggan di sinki. Sudah lah pandai memasak, tak malas tolong Hana buat kerja rumah pula tu.

Belum lagi kira baju Hana yang Izz selalu basuhkan. Padahal kalau ikutkan, Izz pun sibuk juga di tempat kerja. Haih, kenapalah Izz ni perfect sangat?

Izz baik hati.

Izz yang rajin.

Izz yang manis.

Izz yang setia.

Izz yang handsome.

"Hana, apasal you pandang I macam tu?" Izz yang dah habis mencuci pinggan mengerut dahi bila Hana merenungnya tak lepas. Kenapa? Dia ada buat salah ke apa ni?

Laju Hana menggeleng. Dia tersenyum senget. "Izz, kita dah lama tak deeptalk kan?"

Izz tarik kerusi sebelah Hana. Wajah tenang isterinya dipandang. "Lama dah ke? Rasa macam baru semalam kita deeptalk." Hujung kening digaru.

Satu benda yang ada dekat Hana yang tak semua orang boleh tahan; deeptalk. Hana suka cakap benda yang dia terfikir tiba - tiba dan tarik Izz duduk untuk bincang dengan dia.

Izz rasa tu cabaran sebab dapat isteri bijak je kut?

"Pasal apa ni?" Izz menongkat dagu memandang Hana.

Mata Izz, Hana renung sedalamnya. "Anak."

Riak wajah Izz berubah. Duduknya ditegakkan semula. "Hana, we already agreed kan? Jangan bercakap soal anak. I enjoy being with you. Just both of us and that's enough for now."

"Izz sabar..." Hana memegang tangan Izz. Nafasnya ditarik sedalamnya. "I rasa bersalah dengan you. I kena cakap dengan you before you tahu benda ni sendiri."

Bahu Izz jatuh. "Kenapa?"

Nafas ditarik sedalamnya. Hana menggigit bawah bibir. "I ambik pills. I..."

"Hana,"

Tak sempat Hana habiskan bicara, Izz dah menarik Hana merapat. Dahi Hana dikucup. "It's okay. Kenapa nak serba salah? You tak buat salah pun."

"Sebab without your permission?"

"Hana," Izz mengeluh. Tolonglah. "Ni body you. If you're ready to have kids, it's okay. I akan tunggu. Even if you tak nak sampai bila - bila pun, it's okay. I enjoy being with you. I love you even we dont have kids."

"We can be parent-free if you want. Tak payah anak kalau you tak nak. I tak pernah kisah, Hana. We have a right to decide kan. I pun tak kisah lambat atau cepat atau tak ada langsung. Anak ni memang rezeki, but untuk menjaga tu seumur hidup. I tak nak kita ada anak dan biarkan anak tu macam tu je kalau kita tak ready nak anak. We must learn to be a good parent."

"So many things to learn kalau nak anak ni. I haven't think about it yet. Yang penting sekarang ni you je Hana. As long as you're with me, that's enough."

Hana?

Dah berjurai air mata. Ya Tuhan. Izz ni memang kena perfect macam ni ke?

"I love you Izz."


















"I love you more than anything." -Izz.
















—eyein

A Man Like Him✔️Where stories live. Discover now