22| all the things he did

1.2K 87 6
                                    











"Isy benci!"

Satu lagi baju dilempar ke atas katil. Sejak kandungan Hana mencecah lima bulan, banyak baju dia dah tak muat. Asik nampak punggung je.

Nak beli baju lain sayang, nak pakai baju memang dah tak ada. Akibatnya Hana hanya mampu pakai jubah je sepanjang masa dan nampak sangatlah tak terurus.

Sumpah dia rasa dia nampak hodoh sangat sejak dua menjak ni. Sebab penat, dekat rumah pun Hana tak bersiap. Baju pun entah apa je dia pakai.

Kalau Izz cari lain macam mana?

Hana terduduk di birai katil. Mukanya ditekup dengan tangan. "Huwaaa tak mau Izz cari lain!"

"Hana,"

Bahu Hana disentuh Izz. Terkejut dia masuk bilik yang dipenuhi lambakan baju Hana. Lepas tu, Hana tiba - tiba menjerit nama dia pulak.

"Izz..." Hana angkat wajahnya memandang Izz yang berdiri tegak depan dia. Bibirnya mencebik. "Baju I banyak dah tak muat. I dah gemuk, Izz." Huwaa, sedihnya!

Hujung bibir Izz terjungkit. Sejak dua menjak ni selalu betul dia dengar Hana merungut tentang berat badan dan isu gemuk. Haih, isteri... "Mana ada you gemuk, babe. You naik berat badan sebab ada baby dalam perut you je."

Mata Hana menjeling Izz geram. "Still la! Baju I banyak dah tak muat! Pipi I pun dah makin bulat. Macam mana ni?" Nak bersenam? Hana memang tak mampu dengan perut ke depan dia ni.

Nak diet makan? Hana asik lapar je.

Bibir Izz ketap. Menahan ketawanya dari terhambur. Aduhai kelakar sungguh Hana. "Apa yang bulatnya? I tengok sama je Hana."

"You tahu apa?! Nanti I dah gemuk, buruk... you cari lain!" Hana menghentak kaki. Izz ni tak faham Hana! Izz tak tahu ke berat badan adalah perkara penting untuk kaum hawa.

Izz menarik nafas sedalamnya. Merenung Hana yang berjalan laju ke almari dan mencari baju yang masih sesuai untuk dipakai. Saat beginilah, Izz perlu jadi suami yang menenangkan Hana.

Kakinya menghampiri Hana yang di depan almari. Tangan Izz melingkar memeluk Hana dari belakang. "Hana, i know you always take serious about your weight and health. But please babe? You are perfect now."

Tubuh Hana dipusing Izz menghadapnya. Rambut Hana dikemaskan sebelum Izz mengucup dahi Hana. "You tak percayakan I ke? I will always love you, Hana. If my words tak mryakinkan you, my actions tak cukup ke?"

Mata Hana terkelip - kelip memandang Izz. Ya, love language Hana bukanlah words of affirmation. Sangat sukar untuk dia menerima pujukan melalui kata - kata Izz sahaja.

Tapi pengorbanan dan apa yang Izz lakukan selama ni— sungguh banyak untuk Hana. Sungguh banyak tak terkira betapa sayangnya Izz dengan Hana.

Bibirnya terjuih ke depan. Hana menunduk. "I bukan tak percayakan you. I takut je. I tahu banyak kes suami berubat hati masa isteri mengandung..."

"Hana...." Rambut Hana diusap Izz dengan lembut. "Am I a man that will leave you when you're struggling? Am I a man that will not accepting you for who you are? You know the answer kan babe?"

Betul.

Izz bukan lelaki yang akan tinggalkan Hana semasa Hana bersusah payah hamil anak pertama dia. Izz bukan lelaki yang tak akan menerima Hana seadanya.

Mata Hana dah berkaca. Tubuh Izz terus dipeluknya. "Thank you Izz."

















wear this, my angel. i datang lagi 30 minutes

A Man Like Him✔️Where stories live. Discover now