"Abang mesti orang ingat kita ni adik beradik kan sebab Reen pendek,"

"Takdenya dorang ingat adik beradik. Mesti dorang cop kita sweet couple this year kan? And you pendek? Yes I admit it but you look so cute and perfect in my eyes," patutlah digelar playboy, reti main ayat erh dia ni. Tapi kisah apa aku janji dalam perut aku sekarang dah macam pesta bunga api dah. Meletup letup apabila Rayyan bicara sebegitu.

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°°°•°°•°°•°••°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°°•°

Sudah masuk hari yang keempat aku dan Rayyan berada di Langkawi dan hari ini kami putuskan untuk pulang ke rumah kami. Mama pun dah banyak kali call tanya bila nak balik. Katanya rindu dengan anak menantu dia, maklumlah menantu dia ni kan lawa. Haih , menyempat angkat bakul sendiri.

Aku hanya menunggu Rayyan di dalam kereta sementara dia sedang menguruskan urusan check out tu. Aku kembali melihat telefon aku. Banyak betul Instagram story yang suami aku update ni. Dahlah penuh dengan gambar candid aku . Nasiblah lawa lawa semuanya.

Cair habis aku tengok dia expose aku di semua jenis media sosial yang dia ada. Ramai juga ex dia serang dia dekat comment dan dm. Hohoho apalah nasib kau Aireen kahwin dengan lelaki ramai orang minat ni. Terpaksalah hadap semua ni. Nasiblah dia sweet kalau tak memang kalah awal awal lah kau dengan "ex- ex" suami kau tu.

Ralit menerokai sosial media, tanpa sedar Rayyan sudah pun masuk ke dalam kereta . Dia hanya memandang aku dengan senyuman begitu juga aku yang turut membalas senyumannya itu. Rasa sedihlah pula nak tinggalkan tempat ni walaupun tiga hari je spend time dekat sini tapi tiga hari itulah yang sangat bermakna. Tiga hari yang penuh bermakna.

"So, are you ready to back home my angel?" dengan nada yang penuh lembut dia bertanya.

"Yes, I'm ready my husband," yang tu jelah aku boleh sebut. Dia panggil aku angel , aku nak panggil dia apa pula. Tak reti sweetlah aku ni iyalah aku ni bukan dibesarkan dalam kehidupan yang penuh dengan kata kata manis dan masam. Kehidupan aku hanya dipenuhi dengan kata kata pahit dan kelat tapi aku tahu itu dulu. Sekarang aku berjaya mendapatkan apa yang aku mahukan dari dulu lagi.

Aku berjaya melembutkan kedua dua hati ibu bapa kandung aku sendiri. Mereka mengaku bahawa aku adalah anaknya. Aku juga mempunyai ibu mertua yang sangat penyayang dan menganggap aku seperti anaknya sendiri. Aku juga mempunya seorang suami yang sangat romantis dan juga baik hati. Bonusnya adalah kacak. Iyalah tu bonus hehehe.. Dan akhirnya aku ada kawan kawan yang selalu menyokong aku dari atas, bawah, kanan dan kiri aku dan juga aku ada adik ipar yang tersangatlah ramah dan happy go lucky. Alhamdulillah rezeki Allah bagi dan InshaAllah aku takkan siakan mereka semua.

"Hey angel. So how our honeymoon? Your rating?" suara Rayyan memecahkan kesunyian .

"Hurm saya rate.... urmm.. 1000/10. Best sangattt!!! and thank youu sebab bawa Reen datang sini,"

"Ni baru langkawi tau. Abang ni banyak lagi planning. Lagi gempak dari ini pun boleh tau."

"Really??" aku menyoalnya.

"Yes. Anything for you angel."

"Thank you my hubby," aku melepaskan satu ciuman di pipi kirinya. Terbuntang matanya melihat kejadian itu. Well, jangan ingat Aireen Mikayla tak berani tau. Uhuk.

"It's sound good. Can you call me by that "hubby" again?"

"Hubby?" mata aku dijuling ke atas. Nak blushing lah tu. Eleh, suami siapalah ni. Tolong kutip jap.. Ehh, jangan jangan.. Aku tarik balik. Bahaya kalau jual suami sendiri. Bukan masuk mahkamah je bonus sekali dengan masuk neraka sebab derhaka. Huhuhu, minta jauhlah Ya Allah .

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now